Pertempuran Kursk

Pertempuran Kursk
Sebahagian daripada Barisan Timur Perang Dunia II

Penerobosan Jerman semasa serangan ke atas sesusuh Kursk dan penyerangan balas Soviet di sektor utara
Tarikh5 Julai 1943 (1943-07-05) – 23 Ogos 1943 (1943-08-23)
(1 bulan, 2 minggu dan 4 hari)
Lokasi
KeputusanKemenangan Soviet
Perubahan
wilayah
  • Pihak Soviet merampas semula wilayah berkeluasan 2,000 km (1,200 bt) selepas pertempuran itu[a]
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Kekuatan
  • Operasi Citadel:
      • 780,900 askar[1]
      • 2,928 kereta kebal[1]
      • 9,966 meriam dan mortar[2]
  • Fasa penyerangan balas Soviet:
      • 940,900 askar[1]
      • 3,253 kereta kebal[1]
      • 9,467 meriam dan mortar[3]
  • 2,110 pesawat[4]
  • Operasi Citadel:
      • 1,910,361 orang (termasuk 1,426,352 askar kombat sebenar)[5]
      • 5,128 kereta kebal[5]
      • 25,013 meriam dan mortar[2]
  • Fasa penyerangan balas Soviet:
      • 2,500,000 askar[5]
      • 7,360 kereta kebal[5]
      • 47,416 meriam dan mortar[3]
  • 2,792[6][b] hingga 3,549[7][c] pesawat
Kerugian dan korban
  • Operasi Citadel:[d][8]
  • Pertempuran Kursk:[f]
      • 165,314 askar (54,182 askar semasa Operasi Citadel dan 111,132 askar semasa penyerangan balas Soviet) [17][g] – 203,000[18]
      • Estimate 760[19]-1,200[20] kereta kebal dan meriam serbuan musnah
      • 681 pesawat (bagi 5–31 Julai)[21][h]
  • Operasi Citadel:[d]
  • Pertempuran Kursk:[f]
      • 254,470 terkorban, hilang atau ditawan
        608,833 cedera atau sakit[27][i] (74% wounded and 26% sick[28])
      • Jumlah 863,303[29] (~710,000 korban dalam perang)
      • 6,064 kereta kebal dan meriam serbuan musnah atau rosak teruk[30][j][12][31] (of which, 60–65% were completely destroyed[32])
      • ~2,220 pesawat (termasuk jenis jarak jauh)[29]
      • 5,244 meriam[25]

Pertempuran Kursk adalah satu pertembungan Perang Dunia Kedua antara tentera Jerman dan Soviet di Barisan Timur berhampiran Kursk (450km dari barat daya Moscow) di Soviet Union semasa bulan Julai dan Ogos 1943. Penyerangan Jerman telah diberi nama kod Operasi Citadel (Jerman: Unternehmen Zitadelle) dan membawa kepada salah satu pertempuran kereta kebal terbesar dalam sejarah, iaitu Pertempuran Prokhorovka. Penyerangan Jerman telah dibalas dengan dua penyerangan balas Soviet, Operasi Polkovodets Rumyantsev (Rusia: Полководец Румянцев) dan Operasi Kutuzov (Rusia: Кутузов). Bagi pihak Jerman, pertempuran itu menggambarkan penyerangan strategik terakhir yang mereka dapat lancarkan di Barisan Timur. Bagi pihak Soviet, kemenangan tersebut memberi Tentera Merah inisiatif strategik untuk keseluruhan perang.

Pihak Jerman berharap dapat melemahkan potensi penyerangan Soviet untuk musim panas tahun 1943 dengan memutuskan sejumlah besar tentera yang mereka jangkakan akan berada di dalam kawasan sesusuh Kursk.[33]Kawasan sesusuh atau kawasan berunjur Kursk itu berkeluasan 250 kilometer (160 bt) daripada utara ke selatan dan 160 kilometer (99 bt) daripada timur ke barat.[34] Dengan menghapuskan sesusuh Kursk, pihak Jerman juga akan memendekkan garisan pertahanan mereka, membantutkan penguasaan Soviet di sektor kritikal (yang mana dapat melegakan beberapa beban yang ditanggung oleh pihak Jerman dan memberi mereka masa untuk berkumpul semula dan merancang penyerangan lain terhadap pihak Soviet) dan mendapatkan semula inisiatif daripada pihak Soviet.[35] Rancangan ini membayangkan satu pelitupan oleh sepasang gerakan kacip yang memecah masuk melalui rusuk utara dan selatan kawasan sesusuh itu.[36] Diktator Jerman Adolf Hitler percaya kemenangan disini akan menaikkan semula kekuatan Jerman dan memperbaharui prestijnya dengan sekutunya, yang telah menimbang untuk menarik diri dari peperangan.[37] Ia juga berharap ramai tawanan Soviet dapat ditangkap supaya dapat digunakan sebagai hamba abdi dalam industri persenjataan Jerman.[35]

Pihak risikan Soviet telah mengetahui niat Jerman, sesetengahnya disediakan oleh bahagian perisikan dan pemintas Tunny. Beberapa bulan sebelum serangan akan berlaku di genting sesusuh Kursk, pihak Soviet membina satu pertahanan secara mendalam yang direka untuk memusnahkan penggempur panzer Jerman.[38] Pihak Jerman melambatkan penyerangan itu, sambil mereka cuba membina tenteranya dan menunggu senjata baru, terutamanya kereta kebal baru Panther dan juga sejumlah besar kereta kebal berat Tiger.[39][40][41] Ini memberikan Tentera Merah masa untuk membina berturut-turut lingkaran pertahanan jauh kedalam. Persiapan pertahanan termasuklah kawasan periuk api, perkubuan, zon tembak artileri dan kubu anti-kereta kebal, yang mana memanjang kira-kira 300 km (190 bt) ke dalam.[42] Formasi mudah gerak Soviet telah dikeluarkan dari kawasan sesusuh itu dan sebuah pasukan besar simpanan telah dibentuk untuk penyerangan balas strategik.[43]

Pertempuran Kursk adalah pertama kali dalam Perang Dunia Kedua yang serangan strategik Jerman telah dihentikan sebelum ia boleh memecah masuk pertahanan musuh dan menembusi kedalaman strategiknya.[44][45] Kedalaman maksimum kemaraan Jerman ialah 8–12 kilometer (5.0–7.5 bt) di utara dan 35 kilometer (22 bt) di selatan.[46] Walaupun Tentera Darat Soviet telah berjaya dalam penyerangan musim sejuk sebelum ini, penyerangan balas mereka selepas serangan Jerman di Kursk merupakan kejayaan strategik penyerangan musim panas pertama mereka dalam peperangan.[47]

Nota

Rujukan

Sumber

Bacaan lanjut

·== Pautan luar ==