Pilihan raya presiden Iran 2009

Pilihan raya Presiden Iran 2009 diadakan pada 12 Jun 2009 di seluruh negara Republik Islam Iran. Suruhan Pilihan raya Iran mengesahkan Mahmoud Ahmadinejad menang besar , 69 % undi.

Iranian presidential election, 2009

← 2005June 12, 20092013 →
 
CalonMahmoud AhmadinejadMir-Hossein Mousavi
PartiAbadgaranIndependent Reformist
Undian popular24,527,51613,216,411
Peratusan62.63%33.75%

 
CalonMohsen RezaeeMehdi Karroubi
PartiIndependent ConservativeEtemad-e-Melli
Undian popular678,240333,635
Peratusan1.73%0.85%

President sebelum pilihan raya

Mahmoud Ahmadinejad
Abadgaran

Terpilih

Mahmoud Ahmadinejad
Abadgaran

Pengundian bermula 8 pagi - 6 petang (11.30 pagi waktu Malaysia).Seramai 46 juta pengundi berdaftar akan mengundi.Pengundian pusingan kedua pada 19 Jun 2009. Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menggesa rakyat keluar menunaikan kewajipan mereka sebagai pengundi. % tinggi yang keluar mengundi mungkin menandakan penyertaan ramai pengundi propembaharuan. [1]

Calon presiden

Presiden Mahmoud Ahmadinejad (52) ditentang sengit oleh 3 calon lain iaitu bekas Perdana Menteri Iran Mir-Hossein Mousavi (67), Mehdi Karroubi dan Mohsen Rezaee.

Empat calon ini membentuk dua blok aliran pemikiran politik dengan Ahmadinejad dan Mohsen mewakili kumpulan konservatif manakala Moussavi dan Karroubi mengetuai kumpulan reformis. Kumpulan konservatif sangat vokal serta tegas dalam menyuarakan masalah umat Islam sejagat dan disokong oleh Ayatullah Khameini.Kumpulan konservatif masih menguasai Parlimen yang memihak kepada Ahmadinejad. Beliau memperjuangkan keadilan dan maruah Iran dan di samping memiliki nilai-nilai Islam.

Kumpulan reformis menjurus kepada polemik setempat seperti pemulihan ekonomi serta kebebasan hak-hak wanita dan kerajaan.

Mahmoud Ahmadinejad

Pilihan raya Iran 2005 dimenangi oleh Mahmoud Ahmadinejad dengan kemenangan mengejut dengan janjinya untuk memulihkan nilai-nilai Revolusi Islam Iran 1979.Barat khususnya Amerika Syarikat berharap Ahmadinejad dapat dikalahkan.

Rekod Mahmoud Ahmadinejad selama 4 tahun dinilai dalam pilihan raya. Pengurusan beliau terhadap ekonomi negara pengeksport minyak berhadapan masalah kadar inflasi dan pengangguran yang tinggi. Rakyat Iran masih mahukan pemimpin yang lantang dan berani dan konsisten mengkritik barat khususnya Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel.

Negara-negara Arab memerlukan Ahmadinejad untuk dijadikan kambing hitam dalam setiap konflik yang berlaku di Timur Tengah.Kebangkitan pejuang Hamas dan Hizbollah dikait dengan Ahmadinejad sebagai penaja keganasan.[2]

Mir Hossein Mousavi

Mir Hossein, 67, diharap dapat meredakan ketegangan antara Iran dengan Barat dan Amerika Syarikat berhubung Program nuklear Iran dan mencerahkan peluang untuk mengadakan dialog dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan memberi harapan semasa memberi ucapan di Universiti Kaherah, Mesir. Kemenangan Barack Obama memberi inspirasi baru di Iran supaya lebih sederahana.

Mir Hossein dilihat sebagai pejuang kebebasan hak-hak rakyat, mengutamakan kepentingan negara dan terbuka dengan dunia luar.Beliau mendapat sokongan daripada tokoh berpengaruh Iran, Mohammed Khatami. Mir cuba membetulkan corak pentadbiran Ahmadinejad sehingga dipinggirkan masyarakat antarabangsa .

Mohammed Khatami semasa menjadi Presiden Iran pernah melawat Washington dan mewujudkan dialog dengan Amerika Syarikat.

Mehdi Karroubi

Bekas Speaker Parlimen, Mehdi Karroubi satu-satunya ulama berani bertanding menentang Mahmoud Ahmadinejad.

Etnik Lor, Azeris, Baluchis, Kurdish, Arab dan Turkoman serta minoriti non-Parsi berjumlah hampir separuh daripada populasi Iran merasakan diri dipinggirkan dan dinafikan kebebasan.Bahasa masyarakat minoriti dilarang demi mempertahankan identiti kebangsaan Iran menerusi bahasa dan agama nasional.

Mohsen Rezai

Bekas ketua Kor Pengawal Revolusi, Mohsen Rezai mencuba nasib menentang Mahmoud Ahmadinejad.


Keputusan

{{Tnavbar-header|[[Jadual Keputusan Pilihan raya Iran 2009}}
PartiCalonIndiPeratus
AbadgaranMahmoud Ahmadinejad24,527,51663.29%
Pergerakan Reformasi IranMir-Hossein Mousavi13,216,41134.10%
BebasMohsen Rezaee678,2401.75%
Etemad-e-MelliMehdi Karroubi333,6350.86%
Undi sah38,755,80298.95%
Undi tak sah409,3891.04%
Jumlah39,165,191100.00%
Keluar mengundi
Source: BBC Persian[3] Note that the data is as of June 13, 9:13 AM Tehran time.
Last update: Julai 31, 2023 at 11:45 (UTC)

Kajian awal

Kajian awal telah dilakukan beberapa pihak tentang siapa yang akan menang dalam pilihan raya Iran ini.

Organisasi undianTarikhMaklumat undianCalon
Mahmoud AhmadinejadMehdi KarroubiMir-Hossein MousaviMohsen Rezaee
laporan oleh Rooz Online[4]sebelum 9 Jun 2009Nationwide; 7900 orang23%-54%–57%-
Rahbord e Danesh, laporan oleh Tabnak[5]sebelum 9 Jun 20091743 orang25.5%6.1%37.6%30.8%
laporan oleh Alef [6]sebelum 8 Jun 2009Bandar utama61.7-28-
laporan oleh Alef [6]sebelum 8 Jun 2009Tehran42-46-
IRIB, laporan oleh Alef [7]sebelum 7 Jun 2009Tehran47.5-39.9-
IRIB, laporan oleh Alef [7]sebelum 7 Jun 2009Lebih 16,000 . 3 bandar utama setiap provinsi62.7-25.7-
laporan oleh Baznevis[8]sebelum 6 Jun 200916,945 orang22.5%7.5%64%4%
laporan oleh ILNA[9]sebelum 5 Jun 2009Nationwide 300,000 orang24.61%10.72%54.53%10.14%
Rahbord e Danesh, laporan oleh Tabnak[10]sebelum 3 Jun 20091743 orang29.5%7.5%37.5%25.2%
Rayemelat[11]sebelum 3 Jun 2009Tehran33%10%50%6%
laporan oleh Rajanews/Press TV[12]sebelum 1 Jun 2009Bandar utama53%-36%-
Baznevis, laporan oleh Tabnak[13]sebelum 31 Mei 2009Nationwide; 77,058 orang33%3%36%27%
Aftab News, laporan oleh Tabnak[13]sebelum 31 Mei 2009Nationwide; 18,391 orang; (Who will you not vote for?)(62%)(7%)(28%)(4%)
Rahbord Danesh, laporan oleh Tabnak[13]31 Mei 2009Nationwide32%6%36%27%
laporan oleh Ghalamnews[14]sebelum 27 Mei 20091650 orang35%-54%-
laporan oleh Rayemelat[15]sebelum 27 Mei 2009Tehran sahaja36%9%48%5%
Young Journalists Club (IRIB affiliated)[16]sebelum 30 Mei 2009Nationwide; 30,000 orang1st2nd3rd4th
laporan oleh Ayandeh News[17]sebelum 26 Mei 200910 Bandar utama34%-38%-
Islamic Republic of Iran Broadcasting[17]sebelum 26 Mei 2009Tehran sahaja43%-47%-
New America Foundation[18]sebelum 20 Mei 2009Nationwide; 1001 orang34%2%14%1%
laporan oleh Rayemelat[19]14 Mei 2009Tehran sahaja42%6%44%4%
Etemad-e-Melli[20]sebelum 13 Mei 2009Nationwide1st2nd3rd4th
Rahbord Danesh, laporan oleh Tabnak[13]5 Mei 2009Nationwide38%12%32%15%
laporan oleh Rajanews/Press TV[21][22]3 Mei 2009–4 Mei 200962 bandar59%-22%-
Government[21]sebelum 3 Mei 2009-54% (45% in Tehran)-22% (29% in Tehran)-
Rahbord Danesh, laporan oleh Tabnak[13]4 April 2009Nationwide40%8%24%1%
Worker's Statistical Institute[23]late Mac2009Nationwide survey of workers36%8%52%-
Rahbord Danesh, laporan oleh Tabnak[13]5 Mac2009Nationwide44%7%13%0%

Rusuhan dan bantahan selepas pilihan raya

Pilihan raya itu mencetuskan kekacauan paling teruk di Iran sejak revolusi 1979 di mana pertumpahan darah, bantahan, penahanan dan tindakan terhadap media menggoncang negara pengeksport kelima terbesar dunia ini. Penyokong Mir Hossein Mousavi (34 %) tidak puas hati dengan kemenangan Ahmadinejad (62.6  %) mengadakan rusuhan dan bantahan bukan sahaja di Teheran tetapi juga di seluruh Iran malah di seluruh dunia. Setakat ini 8 orang terbunuh.[24]

Belia Iran di Teheran membakar tong sampah, bank dan tayar ketika polis pencegah rusuhan memukul mereka dengan belantan.Satu pos tentera diserang dengan niat mencuri senjatanya.[25] Ahmadinejad menuduh media asing melancarkan "perang psikologi" terhadap negaranya.[26] Bantahan ini menyamai bantahan semasa Revolusi Islam Iran 1979. Pengundi seramai 46.2 juta. Tetapi pengundi baru ini lahir selepas revolusi Islam 1979, detik pemerintah Shah Iran yang disokong Amerika Syarikat, digulingkan.

Pada 15 Jun 2009, lebih 700 rakyat Iran mengadakan tunjuk perasaan di Wisma Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di Jalan Semanthan, Kuala Lumpur, Malaysia. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menyatakan polis PDRM terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan lima bom asap kerana mereka enggan bersurai.Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri mengancam akan menarik balik visa jika pelajar Iran meneruskan demonstrasi.[27]

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyatakan bahawa terpulang kepada pengundi di Iran untuk memilih presiden mereka. Sebarang bantahan penipuan kertas undi tidak patut menyebabkan pertumpahan darah.Setiausaha Negara Amerika syarikat , Hillary Rodham Clinton menyatakan Amerika tidak dapat menerima kemenangan Ahmedinijad. [28][29]Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sangsi dengan undian tersebut.[30][31]

Pada 19 Jun 2009, 12 ahli Majlis Kawal Selia meneliti 646 aduan penyelewengan .Mousavi mahukan keputusan pilihan raya itu dibatalkan. Majlis bersedia mengira semula kertas undi yang dipertikaikan tapi menolak cadangan membatalkan pilihan raya. Penyokong Mousavi berkabung sehari bagi memperingati rakyat Iran yang terkorban dalam tunjuk perasaan yang diadakan bagi menentang keputusan pilihan raya yang didakwa mempunyai unsur penipuan.

Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berunding dengan wakil empat calon presiden yang bertanding di Teheran.Ali Khamenei menggesa Mousavi mematuhi undang-undang dan menyelesaikan isu itu secara aman. Beliau didesak menfaikan bantahan di mahkamah supaya dapat dibicarakan dan diadili.[32]

Sekatan dan tangkapan

Beberapa wartawan asing diminta keluar dari Iran kerana kerajaan tidak menyambung visa yang diperoleh bagi membuat liputan pilihan raya . Wartawan hanya dibenarkan membuat liputan dari pejabat sahaja, , melakukan temu bual melalui telefon dan memantau sumber rasmi seperti laporan televisyen kerajaan Iran.

Beberapa penyokong Mousavi termasuk Hamid Reza Jalaipour, seorang pakar sosiologi ditahan oleh polis Iran.Saeed Laylaz, seorang penganalisis politik dan ekonomi, juga ditahan di rumahnya.[33] Wanita berselendang juga turut turun ke jalan raya.

Kira-kira 170 anggota kumpulan reformis, termasuk 10 pemimpin mereka.Mereka dipanggil dan diberi amaran agar tidak menambahkan lagi ketegangan. Mereka kemudian dibebaskan.Mereka adalah ahli parti utama reformasi Iran, Mosharekat yang turut dianggotai Mohammad Reza, adik bekas [Presiden Iran]], Mohammad Khatami.Rajab Ali Mazroei menyatakan 10 anggota Barisan Penyertaan Islam Iran (IIPF) dan Pertubuhan Revolusi Mujahidin Islam ditahan .

Polis menahan Behzad Nabavi, seorang bekas timbalan Speaker Parlimen. Mohsen Midramadi yang mengetuai IIPF dan suruhanjaya dasar luar Parlimen di bawah Khatami .Khatami Abdollah Ramezanzadeh merupakan jurucakap kerajaan. Lain-lain ialah Mostafa Tajzadeh, Mohsen Aminzadeh, Zoherh Aghajari, Saeed Shariati dan Zahra Mojaradi atas kesalahan penganjuran bantahan . [34]

Pautan luar


Rujukan