Prince

Prince Rogers Nelson (7 Jun 1958 - 21 April 2016) atau lebih dikenali sebagai Prince ialah seorang penyanyi dan penulis lagu, instrumentalis, dan penerbit rakaman Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang inovator muzik dan dikenali untuk hasil karya eklektik beliau malah , dan pelbagai vokal luas. muziknya menerapkan pelbagai gaya, termasuk funk, rock, R&B, gelombang baru, soul, psikedelia, dan pop. Malah, beliau sering menonjol diri berpenampilan sangat ranggi dengan pakaian mewah dan solekannya.

Prince
Prince mengadakan persembahan di Coachella Valley Music and Arts Festival pada 2008
Kelahiran
Prince Rogers Nelson

(1958-06-07)7 Jun 1958
Meninggal dunia21 April 2016(2016-04-21) (umur 57)
Chanhassen, Minnesota, Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika Syarikat
Nama lainsebagai penghibur:
  • Camille
  • The Artist Formerly Known as Prince (TAFKAP)
  • The Artist[1]
sebagai penulis lagu:
  • Jamie Starr
  • Joey Coco
  • Tora Tora
  • Alexander Nevermind
  • Christopher Tracy
Pekerjaan
Tahun aktif1976 – 2016
PasanganMayte Garcia (k. 1996; c. 1999)
Manuela Testolini (k. 2001; c. 2006)
Kerjaya muzik
Genre
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
  • The Revolution
  • Wendy & Lisa
  • The New Power Generation
  • The Time
  • Morris Day
  • Sheila E.
  • Sheena Easton
  • Vanity 6
  • Apollonia 6
  • Mazarati
  • The Family
  • 94 East
  • Madhouse
  • Anna Fantastic
  • Andy Allo
  • 3rdeyegirl
  • Janelle Monáe
  • Judith Hill
Alat muzik terkenal
  • Hohner MadCat Telecaster
  • Model C
  • Cloud
  • Symbol ("Habibi")
  • G1 Purple Special

Beliau telah menjual lebih 150 juta rekod di seluruh dunia, menjadikan beliau salah seorang artis yang paling laris sepanjang masa.[2] Beliau memenangi tujuh Anugerah Grammy, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk filem Purple Rain. Beliau telah dimasukkan ke dalam Rock dan Roll Hall of Fame pada tahun 2004, tahun pertama kelayakan. Majalah Rolling Stone menyenaraikan kedudukan Prince di nombor 27 dalam senarai 100 "artis yang paling berpengaruh zaman rock & roll".[3] Kerjaya seninya turut banyak mempengaruhi sebilangan artis muda termasuk Alicia Keys, Usher, Janelle Monáe, The Weeknd, Lady Gaga, Lenny Kravitz, Andre 3000, Frank Ocean serta Ween.[4][5][6]

Biografi

Awal hidup

Prince Rogers Nelson lahir pada 7 Jun 1958 di Minneapolis, Minnesota; beliau anak sulung[nota 1] Mattie Della (née Shaw) - seorang pemuzik jazz - dan John Lewis Nelson, seorang penggubah lagu;[9] beliau dinamakan "Prince Rogers" sempena nama pentas ayahnya semasa dia dan ibunya dalam kugiran jazz Prince Rogers Trio.[10] Kedua-dua keluarga ibu bapanya datang dari Louisiana.[11] Beliau pernah menghidapi epilepsi semasa kecil.[12]

Beliau dan adik Tyka berputik minat terhadap muzik atas galakan bapa mereka;[13] beliau sendiri mengarang lagu pertamanya "Funk Machine" ketika berusia tujuh tahun.[13] Ibu bapa mereka bercerai ketika Prince berusia 10 tahun.[13][14]

Kerjaya permuzikan

Pada tahun 1984, beliau mula merujuk kepada kugiran sandaran sebagai The Revolution dan mengeluarkan Purple Rain sebagai runut bunyi untuk filem sulung senama arahan beliau tahun 1984 beliau dan menerima pujian meluas. Selepas menerbitkan album Around the World in a Day (1985) dan Parade (1986), The Revolution dibubarkan, dan Prince mengeluarkan album berkembar Sign o' The Times (1987).

Pada tahun 1993, beliau menghadapi suatu perselisihan kontrak dengan Warner Bros. dalam pengurusan album The Gold Experience, di mana beliau menyatakan identiti dirinya seakan dikongkong kepada syarikat tersebut berikutan perselisihan ini - beliau menukar nama pentas diri kepada suatu simbol tiada sebutan[nota 2] agar dapat mengeluarkan album baru pada kadar yang lebih cepat.[15][16] Beliau mengeluarkan lima rekod antara 1994 dan 1996 sebelum menandatangani dengan Arista Records pada tahun 1998. Pada tahun 2000, beliau mula merujuk dirinya sebagai "Prince" sekali lagi.

Kematian

Prince dijumpai pitam di sebuah lif di kediaman berstudio rakaman Paisley Parknya namun gagal diselamatkan - beliau diisytiharkan mati pada jam 10:07 pagi (enam jam sebelum mereka menemuinya, menurut suatu pakar paramedik[17]) tidak lama kemudian.[18] Kenyataan siasat daripada pihak setempat mengumumkan beliau meninggal dunia akibat dos berlebihan fentanil[19] tanggal 21 April 2016 pada usia 57 tahun.[20]

Diskografi

  • For You (1978)
  • Prince (1979)
  • Dirty Mind (1980)
  • Controversy (1981)
  • 1999 (1982)
  • Purple Rain (1984)
  • Around the World in a Day (1985)
  • Parade (1986)
  • Sign o' the Times (1987)
  • Lovesexy (1988)
  • Batman (1989)
  • Graffiti Bridge (1990)
  • Diamonds and Pearls (1991)
  • Love Symbol Album (1992)
  • Come (1994)
  • The Black Album (1994)
  • The Gold Experience (1995)
  • Chaos and Disorder (1996)
  • Emancipation (1996)
  • Crystal Ball (1998)
  • The Truth (1998)
  • The Vault: Old Friends 4 Sale (1999)
  • Rave Un2 the Joy Fantastic (1999)
  • The Rainbow Children (2001)
  • One Nite Alone... (2002)
  • Xpectation (2003)
  • N·E·W·S (2003)
  • Musicology (2004)
  • The Chocolate Invasion (2004)
  • The Slaughterhouse (2004)
  • 3121 (2006)
  • Planet Earth (2007)
  • Lotusflower (2009)
  • MPLSound (2009)
  • 20Ten (2010)
  • Plectrumelectrum (2014)
  • Art Official Age (2014)
  • HITnRUN Phase One (2015)
  • HITnRUN Phase Two (2015)

Filemografi

Filem

TahunFilemPerananCatatan
1984Purple RainThe Kid
1986Under the Cherry MoonChristopher TracyJuga sebagai pengarah
1987Sign o' the TimesDiri sendiriJuga sebagai pengarah
1990Graffiti BridgeThe KidJuga sebagai pengarah
Televisyen
TahunTelevisyenPerananCatatan
1997Muppets TonightDirinya sendiriEpisod 11
2014New GirlDirinya sendiriEpisod: "Prince"

Jelajah

  • Prince Tour (1979–80)
  • Dirty Mind Tour (1980–81)
  • Controversy Tour (1981–82)
  • 1999 Tour (1982–83)
  • Purple Rain Tour (1984–85)
  • Parade Tour (1986)
  • Sign o' the Times Tour (1987)
  • Lovesexy Tour (1988–89)
  • Nude Tour (1990)
  • Diamonds and Pearls Tour (1992)
  • Act I and II (1993)
  • Interactive Tour (1994)
  • The Ultimate Live Experience (1995)
  • Gold Tour (1996)
  • Love 4 One Another Charities Tour (1997)
  • Jam of the Year Tour (1997–98)
  • New Power Soul Tour/Festival (1998)
  • Hit n Run Tour (2000–01)
  • A Celebration (2001)
  • One Nite Alone... Tour (2002)
  • 2003–2004 World Tour (2003–04)
  • Musicology Live 2004ever (2004)
  • Per4ming Live 3121 (2006–07)
  • 21 Nights in London: The Earth Tour (2007)
  • 20Ten Tour (2010)
  • Welcome 2 (2010–12)
  • Live Out Loud Tour (2013)
  • Hit and Run Tour (2014–15)
  • Piano & A Microphone Tour (2016)


Anugerah dan pencalonan

Nota

Rujukan

Sumber utama

Bacaan lanjut

  • Jones, Liz (1998). Purple Reign: The Artist Formerly Known as Prince. Birch Lane Press. ISBN 978-1-55972-448-7.

Pautan luar