Samgyetang

sup Korea bersama ayam sumbat

Samgyetang (sebutan bahasa Korea: [sʰamɡjetʰaŋ]) yang bermaksud ginseng (kor. insam) - ayam (kor. gye) - sup (kor. tang). Ia mengandgungi seekor ayam secara seluruh tanpa dipotong - diisi dengan bawang putih dan nasi -, daun bawang dan rempah, antaranya jujube dan ginseng Korea .[1]

Samgyetang
JenisGuk
Tempat asalKorea
Bahan utamaAyam, ginseng Korea
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Samgyetang
Hangul삼계탕 / 계삼탕
Hanja / 鷄蔘湯
Perumian Semakansamgyetang / gyesamtang
McCune–Reischauersamgyet'ang / kyesamt'ang

Kebiasaan

Samgyetang ialah sup panas untuk hari-hari panas semasa musim panas. Ia sangat popular pada hari-hari sambok (삼복), iaitu tiga hari dalam kalendar lunar — Chobok (초복), Jungbok (중복), dan Malbok (말복) - yang merupakan hari yang paling panas dan paling berlengas di Korea.[1][2] Turut menjadi kepercayaan orang Korea untuk memakan sup ini tiga kali sepanjang tempoh tersebut untuk kesihatan yang baik.

Terdapat restoran khusus di Korea Selatan yang menghidangkan samgyetang semata-mata, mendapat populariti tempatan melalui resepi istimewa mereka, yang sering dijadkan rahsia. Makanan ini lazimnya disertakan hidangan sampingan dan, di sesetengah restoran, sebotol kecil insamju (wain ginseng).[3][4]

Lain-lain

Dalam Kantonis, ia diterjemahkan sebagai yun sum gai tong. Dalam budaya Cina, seperti juga budaya Korea, sup ini dipercayai dapat mengelakkan penyakit. Satu-satunya perbezaan antara kedua-dua budaya ialah dalam budaya Cina, ginseng bukan dimakan oleh orang yang sakit kerana dipercayai ginseng akan menyekat penyakit itu dalam badan seseorang.[5]

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar