Mata angin

Dalam geografi, mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Biasanya arah mata angin digunakan semasa memandu arah atau mengemudi, semasa menggunakan kompas dan menggunakan peta.

Mata angin
Mata angin terbesar di dunia dilukis di Edwards AFB

Terdapat 4 mata angin pusat yang utama: utara, selatan, timur dan barat, serta empat arah pengantara mata-mata ini iaitu timur laut, tenggara, barat daya dan barat laut.

Takrifan

Secara kardinal

  1. Utara (0°) (North)
  2. Timur Laut (45°): Terletak di antara utara dan timur (North East)
  3. Timur (90°) (East)
  4. Tenggara (135°): Terletak di antara timur dan selatan (South East)
  5. Selatan (180°) (South)
  6. Barat Daya (225°): Terletak di antara selatan dan barat (South West)
  7. Barat (270°) (West)
  8. Barat Laut (315°): Terletak di antara barat dan utara (North West)

Utara, timur, selatan dan barat merupakan empat mata angin utama. Utara dan selatan menggambarkan kutub Bumi, manakala timur dan barat menentukan arah putaran Bumi. Matahari terbit di timur dan tenggelam di barat.

Kefahaman asal dan penamaan arah

Masyarakat Austronesia yang menuturkan bahasa induk kepada bahasa Melayu di kawasan Sumatera asasnya membahagikan arah tempat mengikut jarak dari jasad air besar yang berdekatan iaitu sama ada di tanah pedalaman meninggi yakni *daya[1] mahupun menurun ikut sungai ke muara di hilir yakni *lahud;[2][3] Bahasa Melayu lama muncul dengan dua istilah iaitu "daya" dan "laut".

Walau bagaimanapun, perubahan politik yang berlaku pada abad ke-14 mengalihkan tumpuan budaya kepada semenanjung Melayu yang lebih berdekatan dengan tanah besar Asia memaksa pengungkapan arah yang berbeza:[3] arah "laut" digantikan dengan "utara" meminjam dari bahasa Sanskrit sementara "selatan" dimunculkan hasil pengimbuhan perkataan "selat" yakni menggambarkan arah terletaknya selat Melaka.[3] "Barat" dan "timur" masing-masing datang dari turunan penungkapan Austronesia untuk angin-angin monsun yang meniupr dari dua arah ini iaitu *timuR[4] (dari arah tenggara semenanjung) dan *habaRat (dari arah barat laut semenanjung).[5][3]

Lihat juga

  • Aras tinggi - maklumat pemetaan yang tidak diambil kira dalam sistem titik kardinal
  • Azimut
  • Geopenyembunyian - satu hobi antarabangsa
  • Kegunaan trigonometri
  • Latitud dan Longitud
  • Lencongan magnet - untuk memahami mengapa kompas tidak menjajarkan secara sempurna dengan kutub utara dan kutub selatan Bumi
  • Pemberian nama titik utama kompas kepada semua 32 titik kompas bernama bahasa Inggeris yang digunakan secara antarabangsa
  • Pengorientasian - untuk mempelajari hobi dan sukan antarabangsa yang popular
  • Senarai ahli kartografi - tentang ahli kartografi yang terkenal dalam sejarah
  • Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Rujukan