Singgeris
Singgeris[a], lebih dikenali sebagai Singlish (kata lakur dari "Singapore" dan "English") merupakan sebuah bahasa kreol berdasarkan Bahasa Inggeris di Singapura. Bahasa ini merupakan bahasa pertama bagi ramai pemuda-pemudi Singapura.
Singgeris | |
---|---|
Kawasan | Singapura |
Penutur bahasa | 227,000 penutur bahasa utama, lebih daripada 3 juta sebagai bahasa kedua (1985) |
Creole Bahasa Inggeris
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | – |
Kehidupan di Singapura |
---|
Agama |
Bahasa |
Bahasa Singlish |
Demografi |
Ekonomi |
Filem |
Hari Kelepasan |
Kebudayaan |
Kehomoseksualan |
Kesusasteraan |
Muzik |
Pendidikan |
Pengangkutan |
Politik |
Sukan |
Tarian |
sunting |
Sungguhpun bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa rasmi Inggeris, Singlish biasanya dianggap sebagai memiliki kelas bawahan.[1] Kerajaan Singapura sangat tidak menggalakan penggunaan Singlish daripada Bahasa Inggeris Piawai Singapura supaya orang Singapura boleh bertutur dengan penutur Bahasa Inggeris yang lain di dunia. Kerajaan menjalankan Gerakan Bercakap Bahasa Inggeris Baik (Speak Good English Movement) untuk menitikberatkan usaha ini.[2] Bagaimanapun, pengabaian rasmi dan penapisan berterusan sebaliknya diimbangi oleh penampilan lain dalam media aliran utama, termasuk penggunaan meluas oleh orang ramai dalam wawancara di jalanan disiarkan di TV dan radio secara harian, termasuk juga penggunaan sekali-sekala di akhbar.[3]
Kosa kata Singlish terdiri daripada perkataan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, dan sedikit daripada bahasa-bahasa Indik serta bahasa-bahasa Sinitik. Selain itu, slanga Amerika dan slanga Australia juga masuk melalui siri televisyen.
Singlish berkaitan rapat dengan Manglish di Malaysia yang bersebelahan.
Dalam budaya popular
perbendaharaan kata
Kebanyakan perbendaharaan kata Bahasa Singlish berakar daripada bahasa Inggeris British dan meminjam banyak kosa daripada bahasa-bahasa Sinitic (Hokkien, Kantonis, Mandarin) Melayu (Riau, Johor, Palembang/Basemah) dan Tamil.
Salah satu contoh peminjaman kata dari bahasa Hokkien ialah kiasu , yang diambil dari "kia" bermakna takut dan "su" tewas. Jika digabung secara harfiah "takut tewas" dan digunakan bagi mengumpat orang yang kita tidak senangi (hampir sama maknanya kalau kita menyebut orang lain kepiting kerana tak mahu membantu meminjamkan wang).[4] dan kata pinjam lain yang sering dipergunakan ialah makan yang bermaksud 'makan'.[5]
Dalam banyak kes, perkataan yang dicakap dengan pelat bahasa Inggeris ditukar dengan pelat dari Cina sehingga mengalami perubahan makna. Banyak kosa bahasa Inggris juga digunakan dengan bahasa-bahasa Sinitic bersamaan. Contohnya borrow/lend, yang ditimpa dengan perkataan Hokkien yang memiliki makna sama, 借 (chio). (' Oi (dari bahasa-bahasa Min selatan walaupun orang Singapura mengejanya sebagai oy), can borrow me your calculator? jika diterjemah dalam bahasa Melayu maka, hai bolehkah saya meminjam penghitung awak?'); dan kata send boleh digunakan bagi bermaksud 'menemani seseorang', seperti dalam "Let me send you to the airport " padahal dalam bahasa Inggeris yang lain ialah "Let me accompany you to the airport" ("biarkan aku menghantarkanmu/menemanimu ke lapangan terbang). Penukaran kata accompany menjadi send mungkin dipengaruhi perkataan Hokkien送 (sang)[6] Namun, kata dari bahasa Melayu (meng)hantar juga boleh menukar kata send apabila digunakan bagi membawa maksud 'hantar surat dari pejabat pos' dan 'bawa kanak ke sekolah',[7] apabila dipakai dalam kalimat singlish tadi "let me menghantarkanmu to airport" atau "let me hantar/temani to airport" jika kedua kalimat ini menghilangkan kata send maka kebanyakan orang akan berfikir 'nampak kurang padu'. Meski kata menghantar dipakai dengan makna menemani sama seperti send.
Media
Subbahagian ini ialah senarai penggunaan bahasa singgeris di pelbagai media.
Wayang
- Army Daze
- I Not Stupid
- I Not Stupid Too
- Money No Enough
- One Leg Kicking
- Talking Cock the Movie
- Singapore Dreaming
- Just Follow Law
- Perth[1]
- Tiong Bahru Social Club
- Republic of Food
- Pop Aye
Muzik
- Cinderel-Lah!
- Oi! Sleeping Beauty
Televisyen
- Comedy Night
- Phua Chu Kang
- ABC DJ
- Under One Roof
- Maggi & Me
Sastera
- Eh, Goondu! (1982) Singapore: Eastern Universities Press. ISBN 9971-71-168-0.
- Lagi Goondu! (1986) Singapore: Times Books International. ISBN 9971-65-224-2.
- Chiang, Michael, Army Daze (Singapore: Times Books International, 1987) ISBN 981-3002-12-3
- Chong, C.S., NS: An Air-Level Story (Singapore: Times Books International, 1994) ISBN 981-204-312-8
Bacaan lanjut
- Melcher, A. (2003). Unlearning Singlish: 400 Singlish-isms to avoid. [Singapore: Andrew Melcher Pte. Ltd. ISBN 9810489528
- Wong, J. O. (2001). The natural semantic metalanguage approach to the universal syntax of the Singlish existential primitive. CAS research paper series, no. 30. Singapore: Centre for Advanced Studies, National University of Singapore. ISBN 9810438176
- The Coxford Singlish dictionary. (2002). Singapore: Angsana Books. ISBN 9813056509
- Shelley, R., Beng, K.-S., & Takut bin Salah. (2000). Sounds and sins of Singlish, and other nonsense. Kuala Lumpur: Times Books International. ISBN 9812043926
- VJ Times Editorial Team. (2000). Singlish to English: basic grammar guide. Singapore: VJ Times. ISBN
9812211616
Lihat juga
Nota kaki
Rujukan
- Ho, Mian Lian and Platt, John Talbot (1993). Dynamics of a contact continuum: Singapore English. Oxford: Clarendon Press; New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-824828-8.
- Lim, Lisa (2004). Singapore English: a grammatical description. Amsterdam; Philadelphia: John Benjamins. ISBN 1-58811-576-3.
- Newbrook, Mark (1987). Aspects of the syntax of educated Singaporean English: attitudes, beliefs, and usage. Frankfurt am Main; New York: P. Lang. ISBN 3-8204-9886-9.
- Platt, John Talbot and Weber, Heidi (1980). English in Singapore and Malaysia: status, features, functions. Kuala Lumpur: Oxford University Press. ISBN 0-19-580438-4.
- Brown, Adam (1992). Making Sense of Singapore English. Singapore: Federal Publications. ISBN 981-01-2154-7.
Pautan luar
- Singapore Speak Good English Movement
- Ah Beng's Guide to Singlish
- The Coxford Singlish Dictionary @ Talkingcock.com
- A Dictionary of Singlish and Singapore English
- Singapore Colloquial English (Singlish)
Templat:English dialects