Sokrates

Sokrates (Yunani: Σωκράτης, rumi: Sōkrátēs; ; bahasa Inggeris: Socrates, Arab: سُقرَاط, rumi: Suqrāṭ dimelayukan sebagai Sukrat;[a] 470-399 SM) merupakan ahli falsafah Yunani yang diakui ramai sebagai pengasas falsafah Barat. Bukti tunggal terhadap kewujudannya hanya terdapat daripada rujukan-rujukan kepada beliau oleh orang-orang yang dikatakan merupakan pengikut-pengikutnya. Oleh itu, sesetengah orang telah menyoal tentang adakah Socrates benar-benar pernah wujud dan merujuk kepada pemerihalan cacat Plato mengenai kematian Socrates melalui peracunan. Tambahan pula, terdapat satu pola bahawa semua rujukan kepada Socrates berfungsi sebagai alat retorik yang digunakan, mula-mula oleh Aristotle dan kemudiannya oleh orang-orang lain seperti Plato, sebagai pengharapan terhadap orang yang berwibawa untuk memberikan tanggapan bahawa aliran hujah mereka disokong oleh seorang tokoh yang agung.

Socrates

Dikatakan seorang penduduk Athens, Socrates telah diperihalkan sebagai didapati bersalah oleh mahkamah Athens kerana tidak beriman dan merosakkan pemuda-pemudi Athens melalui ajarannya. Mereka yang memberikan pemerian ini mengatakan bahawa beliau diberikan pilihan untuk memilih buangan tetapi memilih kematian minum hemlok kerana beliau percaya bahawa buangan akan mengaibkan persetujuannya untuk mematuhi undang-undang Athens.

Kaedah Socrates

Sumbangan terpenting Socrates kepada pemikiran Barat dikatakan kaedah bertanya-tanyanya (bahasa Inggeris: method of enquiry) yang dikenali sebagai kaedah elenchos, dan yang beliau mempergunakan untuk penelitian konsep-konsep moral yang utama seperti "Baik" dan "Adil" yang sering kali digunakan tanpa sebarang definisi nyata. Kaedah ini diperihalkan buat pertama kali oleh Plato dalam karyanya, Dialog-dialog Socrates. Disebabkan ini, Socrates dianggap secara tradisi sebagai bapa falsafah politik serta etika (atau falsafah moral), dan secara amnya sebagai sumber untuk kesemua tema utama dalam falsafah Barat.

Nota

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno