Stromae

Paul Van Haver [ˈpɔːl vɑn ɦɑvər] (lahir 12 Mac 1985) atau nama pentasnya Stromae [stʁomaj,[1] stro-mai] ialah seorang pemuzik dan penyanyi dari Belgium yang mengkhusus dalam genre-genre hip hop dan muzik elektronik.

Stromae
Stromae pada tahun 2011
Latar belakang
Nama lahirPaul Van Haver
Kelahiran (1985-03-12) 12 Mac 1985 (umur 39)
Etterbeek, Brussels, Belgium
Genre
Pekerjaan
Instrumen
Tahun aktif2000–kini
Syarikat rakaman
Laman sesawang
mosaert.com/projects/stromae

Beliau telah memenangi seberapa anugerah ternama sepanjang kerjayanya, termasuk Victoires de la musique - anugerah muzik berprestij Perancis - sebanyak 2 kali - pada tahun 2011 untuk album Cheese[2] dan 2014 untuk album Racine carrée.[3]

Biografi

Paul Van Haver lahir di Brussels pada 12 Mac 1985. Beliau berdarah kacukan - ayahnya Pierre Rutare seorang arkitek kaum Tutsi dari Rwanda manakala ibunya Miranda van Haver seorang suri rumah dari Flanders.[4][5][6] Ayahnya terbunuh dalam sebuah pembunuhan beramai-ramai semasa melawati saudara-maranya di Rwanda, dia dan adik-beradiknya dibesarkan bersama ibunya di Laeken selepas itu.[4][7]

Beliau memulakan kerjaya muziknya sebagai seorang penyanyi rap dengan nama pentas Opmaestro sebelum menukar nama kepada "Stromae" tidak lama kemudian.

Lagu dari album pertamanya berjudul "Alors on danse" segera menjadi masyhur dan mengungguli carta pertama di kebanyakan negara serata Eropah pada 2010.

Gaya muzik

Muzik dikaryakan beliau dalam genre hip hop dan muzik elektronik yang turut diterapkan unsur-unsur muzik dunia, lagi-lagi gaya muzik Congo yang didedahkan kepadanya semasa kecil.[8] Lagu-lagu yang digubahnya turut menarik perhatian kerana menyentuh topik-topik berat dan semasa dari krisis hubungan dalam keluarga[9] dan ketagihan media sosial[9] malah sejauh penderitaan kanser.[10][9]

Diskografi

Album studio

  • 2010: Cheese
  • 2013: Racine carrée
  • 2022: Multitude

EP

  • 2007: Juste un cerveau, un flow, un fond et un mic...

Mixtape

  • 2006: Freestyle Finest
  • 2009: Mixture Elecstro

Rujukan

Pautan luar