Syihan Hazmi

Penjaga gol bola sepak Malaysia

Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed (lahir 22 Februari 1996) ialah seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Liga Super, Johor DT dan pasukan kebangsaan Malaysia

Ahmad Syihan Hazmi
Maklumat peribadi
Nama penuhAhmad Syihan Hazmi Bin Mohamed
Tarikh lahir (1996-02-22) 22 Februari 1996 (umur 28)[1]
Tempat lahirSalor, Kelantan, Malaysia
Ketinggian1.90 m (6 ka 3 in)[2]
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Takzim
Nombor33
Kerjaya remaja
2012Sekolah Sukan Bukit Jalil
2013–2014Harimau Muda C
2015–2017Kelantan B21
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2013–2014Harimau Muda C0(0)
2016–2017Kelantan1(0)
2018Negeri Sembilan2(0)
2020–2021Petaling Jaya City8(0)
2021–2022Negeri Sembilan22(0)
2023–Johor Darul Ta'zim
Pasukan kebangsaan
2016–2017Malaysia B237(0)
2022–Malaysia3(1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Mei 2022
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 September 2022

Kerjaya kelab

Ahmad Syihan mula bermain dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2012. Setahun kemudian beliau bermain dengan pasukan Harimau Muda C dalam Liga FAM Malaysia 2013.

Selepas dilepaskan oleh Harimau Muda C, beliau menandatangani kontrak bersama Kelantan FA tetapi masa bermainnya terhad dalam Piala Presiden Malaysia.[3] Satu-satunya penampilan rasmi beliau untuk Kelantan ialah pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia menentang Pahang pada 20 Ogos 2016 di mana Kelantan tewas 2-0. Beliau juga menyelamatkan penalti yang diambil oleh Kogileswaran Raj dalam perlawanan itu.[4]

Pada 2018 beliau menyertai Negeri Sembilan FC tetapi digantung 20 bulan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia kerana gagal ujian doping semasa menyertai Piala Asia B-23 AFC di China.[5]

Beliau kembali daripada penggantungan pada 2020 dengan menandatangani kontrak bersama Petaling Jaya City F.C. Disebabkan kekurangan masa bermain, beliau meninggalkan kelab dan kembali ke Negeri Sembilan.[6] Beliau membuat penampilan pertama kali kedua untuk Negeri Sembilan menentang Sabah FC pada 4 Mac 2022. Negeri Sembilan menang 1-0 yang turut menyaksikan beliau menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Neto Pessoa.[7]

Kerjaya antarabangsa

Ahmad Syihan membuat kemunculan pertama dalam pasukan kebangsaan adalah perlawanan persahabatan menentang Palestin apabila menggantikan Norazlan Razali serta menyelamatkan penalti.[8]

Beliau menerima panggilan pertamanya untuk pasukan bawah-22 tahun kebangsaan dan membuat permulaan pertamanya menentang Bahrain, perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0.[9][10] Pada 2017, beliau merupakan penjaga gawang pilihan pertama dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Dubai. Pada 2018, beliau merupakan penjaga gol ketiga untuk pasukan bawah 23 tahun kebangsaan dalam Piala Asia B-23 AFC 2018.

Rujukan

Pautan luar