Televisyen analog

Televisyen analog mengekodkan maklumat gambar dan bunyi televisyen lalu memancarkannya dalam bentuk isyarat analog, iaitu bentuk yang mana pesanan disampaikan oleh isyarat penyiaran adalah fungsi variasi-variasi yang dibuat dalam amplitud dan/atau frekuensi isyarat. Semua sistem yang mendahului televisyen digital, seperti NTSC, PAL atau SECAM merupakan sistem televisyen analog.

Penyiaran yang menggunakan sistem televisyen analog mengekodkan isyarat melalui pengekodan analog NTSC, PAL atau SECAM lalu memodulatkan isyarat ini pada pembawa VHF atau UHF. Gambar televisyen analog dipaparkan pada skrin sebidang penuh sekali, serupa seperti filem wayang gambar, tanpa mengira kandungan gambarnya.

Pemansuhan sistem

Luxembourg merupakan negara pertama di dunia membuat peralihan siaran penuh ke mod digital pada 2006 disusuli oleh Belanda pada tahun sama. Pada tahun berikutnya, Finland, Andorra, Sweden dan Switzerland melakukan peralihan sendiri dengan segera.

Jepun merupakan negara Asia pertama beralih kepada teknologi ini memindahkan kesemua sistem siaran serata negara (kecuali prefektur-prefektur Miyagi, Iwate dan Fukushima) pada 2011; ketiga-tiga kawasan ini menyusul pada tahun berikutnya.

Peringkat Nusantara

Brunei merupakan negara Nusantara pertama beralih kepada siaran digital dengan penutupan Stesen Pemancaran Andulau di Belait pada 31 Julai 2017.[1] Radio Televisyen Brunei menyempurnakan rancangan ini secara penuhnya dengan penutupan stesen pemancaran Bukit Subok di Brunei Muara pada 31 Disember tahun sama.[2]

Siaran percubaan digital dimulakan di Singapura melalui DVB-T2 pada 16 Disember 2013. Kesemua siaran analog di negara pulau itu ditutup pada tengah malam hari 2 Januari 2019.

Di Malaysia pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengiklankan bidaan tender untuk pengendalian siaran digital lewat tahun 2009 melalui 470 hingga 742 MHz dalam lebar UHF. Pada April 2019, Menteri Komunikasi ketika itu, Gobind Singh Deo membuat pengumuman rasmi bahawa peralihan sepenuhnya dilaksanakan akhir tahun sama.[3] Langkawi merupakan kawasan pertama menutup siaran analog setempat pada 1 November 2019, peralihan ini disempurnakan dengan penutupan pemancaran analog di Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober 2019.[4]

Pemansuhan siaran analog di Indonesia mula dicanangkan pihak Pemerintah sana pada 2020 di bawah kepimpinan Menteri Komunikasi ketika itu, Muhammad Nuh, yang dirancang terlaksana secara bertahap sejak tahun 2012.[5][6][7] atas dasar menjimatkan kos kendali frekuensi radio sambil menambahkan pendapatan negara.[7] Aturan mengalihkan siaran televisyen se-Indonesia kepada siaran digital ini telah diatur melalui Peraturan Menteri Kominfo No.22/PER/M.KOMINFO/11/2011 tentang Penyelenggaraan Penyiaran Televisi Digital Terestrial Penerimaan Tetap Tidak Berbayar oleh Kementerian Komunikasi dan Informatika[6] yang menyasarkan penamatan siaran analog secara rasmi penuh pada 2 November 2022.[6][5][7]

Lihat juga

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno