Trail of Tears

Pada tahun 1830, suatu pemindahan besar-besaran orang asli Amerika Syarikat secara paksa dilakukan berikutan pelulusan "Akta Penghapusan Indian" (Indian Removal Act). Orang-orang asli ini - terutamanya bangsa-bangsa Cherokee, Muscogee (Creek), Seminole, Chickasaw, dan Choctaw serta hamba-hamba mereka. - dihalau dari tanah asal nenek moyang mereka di kawasan tenggara Amerika Syarikat dan dipaksa bergerak sehingga ke suatu kawasan khusus di sebelah barat Sungai Mississippi sebagai Indian Territory.

Peta menunjukkan laluan penghijrahan paksa bangsa-bangsa asli di Selatan Amerika Syarikat ke tanah rizab Indian Territory dari 1830–1838.

Orang-orang yang dipaksa berpindah ini terseksa mengalami pendedahan tanpa perlindungan cuaca, penyakit dan kebuluran semasa dalam perjalanan ke petempatan baru mereka, malah banyak daripada mereka yang meninggal sebelum tiba di destinasi mereka. Kesengsaraan yang dialami masyarakat-masyarakat asli ini turut memberi jolokan nama Trail of Tears ("Jejak Bertangisan/Kesedihan").[1][2][3]

Latar belakang

Kejadian utama

Terhadap bangsa Choctaw

Bangsa Choctaw merupakan bangsa asli pertama yang dipaksa berpindah dari tanah air mereka. Perjanjian Bok Chukfi Ahilha (juga Perjanjian Dancing Rabbit Creek) dimeterai antara pihak-pihak bangsa Choctaw (diwakili Greenwood LeFlore, Musholatubbee dan Nittucachee) dan Amerika Syarikat diwakili Kolonel John Coffee dan Setiausaha Perang John Eaton) pada 1831 di mana ia merundingkan bahawa 11 juta ekar (45,000 km2) milik bangsa Choctaw di Mississippi ditukar milik dengan 15 juta ekar (61,000 km2) di kawasan Indian Territory (kini negeri Oklahoma) di mana orang Choctaw dikehendaki berpindah ke sana.

Terhadap bangsa Seminole - penolakan dan pemberontakan

Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Adams–Onís dengan Empayar Sepanyol untuk memperoleh kawasan jajahan Florida; mereka mengambil alih tempat tersebut pada tahun 1821. Pada tahun 1832, orang-orang Seminole diundang ke suatu mesyuarat di Payne's Landing, Sungai Ocklawaha untuk mendengarkan penentuan keberadaan mereka berikutan pendudukan pihak Amerika Syarikat. Pihak Amerika Syarikat memberi syarat agar orang Seminole berhijrah ke kawasan bertanah sesuai jauh ke barat, malah mereka akan ditempatkan di petempatan rizab orang Muscogee dan diasimilasikan. Perkara ini tidak disenangi orang Seminole kerana bangsa Muscogee menganggap mereka sebagai suatu "bangsa pengkhianat"; perkara ini diburukkan lagi dengan keadaan perundingan tersebut yang dianggap merumitkan kerana tanggapan pukul rata pihak Amerika Syarikat bahawa masyarakat Seminole diutamakan antara semua bangsa dalam kawasan rizab tersebut.

Pada 28 Disember 1835, sekumpulan orang Seminole dan kulit hitam menyerang hendap suatu kompeni Tentera Darat Amerika Syarikat yang bergerak dari Fort Brooke, Tampa ke Fort King di Ocala - kesemua kecuali tiga orang askar dalam 110 orang dibunuh mereka habis-habisan. Serangan ini - dikenali dengan nama "Penyembelihan Dade" - mencetuskan suatu konflik bersenjata yang berlarutan antara pemberontak-pemberontak Seminole dengan Amerika Syarikat.

Terhadap bangsa Muscogee

Terhadap bangsa Cherokee

Pada ketika ini kawasan yang semakin meluas sehingga pihak Amerika Syarikat banyak berselisih dengan bangsa-bangsa Asli Amerika yang berjiranan. Pemerintah-pemerintah negeri tidak mahukan kawasan-kawasan milik puak asli yang terasing dalam kawasan pentadbiran mereka, namun bangsa-bangsa Asli ini enggan berpindah atau menukar identiti mereka.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan bangsa Cherokee bertegang dengan pihak Amerika Syarikat. Faktor pertama ialah penemuan galian emas di kawasan berhampiran Dahlonega, Georgia pada tahun 1828 yang menyebabkan kerubut emass pertama di Amerika Syarikat - banyak pendatang memasuki dan mencerobohi tanah milik orang Cherokee sehingga berlaku pergaduhan, maka pemerintah negeri Georgia semakin didesak agar menepati Pakatan 1802 (Compact of 1802) di mana pemerintah persekutuan Amerika Syariakt dijanjikan akan menghapuskan hak milih tanah orang asli sedia ada di negeri tersebut.[4] Selain itu juga, terdapat kerisauan yang dibangkitkan daripada persaingan antara para pendatang dengan masyarakat Cherokee dalam penanaman kapas di kawasan beriklim ideal; penghasilan kapas berlebihan oleh kedua-dua kaum ini dikhuatiri akan menyebabkan permintaan dan harga kapas mengurang secara mendadak lagi-lagi dengan berkembangnya penanaman kapas berskala besar hasil ciptaan mesin busar kapas oleh Eli Whitney tahun 1793.

Terhadap bangsa Chickasaw

Kesan

Perangkaan

Bangsa orang asliPopulasi di timur Sg. Mississippi sebelum pemindahanPerjanjian pembuangan
dan tahun dimeterai
Tempoh pemindahanJumlah bilangan yang dipindahkanBil. penduduk yang kekalBil. korban pemindahanBil. korban perang
Choctaw19,554[5] + warga kulit putih + 500 hambaDancing Rabbit Creek (1830)1831–183612,5007,000[6]2,000–4,000+ (Akibat kolera)tiada
Creek22,700 + 900 hamba[7]Cusseta (1832)1834–183719,600[8]Ratusan3,500 (akibat penyakit)[9]? (Perjanjian Creek Kedua)
Chickasaw4,914 + 1,156 hambaAnak Sungai Pontotoc (1832)1837–1847lebih 4,000Ratusan500–800tiada
Cherokee21,500 + 2,000 hambaNew Echota (1835)1836–183820,000 + 2,000 hamba1,0002,000–8,000

[10][11][12][13][14][15]

Seminole5,000 + hamba pelarianPayne's Landing (1832)1832–18422,833[16]250[16]500[17][18]700 (Perang Seminole Kedua)

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno