VinFast

Pengilang automotif Vietnam

VinFast adalah subsidiari kepada Vingroup, salah satu daripada firma persendirian terbesar di Vietnam. [2][3][4]Vingroup merupakan peneraju dalam bidang pembinaan, hartanah dan mempunyai pegangan besar dalam sektor pendidikan, penjagaan kesihatan, pertanian, pelancongan dan perniagaan runcit.[5][6]Melalui pameran tersebut VinFast akan menonjolkan falsafahnya iaitu ‘Vietnamese – Style – Safety – Creativity – Pioneering’ yang dibangunkan oleh studio reka bentuk Itali terkenal Pininfarina.[7]

VinFast
Jenis/bentuk sahSyarikat, perniagaan Sunting ini di Wikidata
IndustriAutomotif
Ditubuhkan2017 dalam Hanoi, Vietnam
PengasasPham Nhat Vuong
Ibu pejabatHanoi, Vietnam
Tokoh pentingJim DeLuca (CEO)
Lê Thị Thu Thủy (Pengerusi)
Dave Lyon (Pengarah)
Kevin Fisher (Ketua Kejuruteraan Kenderaan)[1]
KeluaranAutomotif
PemilikVingroup Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukVinGroup
Tapak webvinfastauto.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: VinFastAuto.Official Twitter: vinfastofficial Instagram: vinfastofficial Youtube: UCA5OijDHvvWJ3vy5iVdWcAQ Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Vinfast Lux A2.0 adalah berdasarkan kepada BMW 5 Series (F10)
Vinfast Lux SA2.0 adalah berdasarkan kepada BMW X5 (F15)
VinFast Fadil red back

Kompleks pengeluaran dengan keluasan 335 hektar sudah hampir siap dan menariknya terletak di atas laut yang ditambak. Lokasinya juga strategik iaitu berdekatan pelabuhan Hai Phong di utara Vietnam.[8]

Di antara pembekal bagi kilang ini ialah FFT, EBZ, Dürr, GROB, Thyssenkrupp, AVL, MAG, Eisenmann dan Hirotec. Terdapat lebih daripada 1,200 robot daripada ABB.

Selain itu beberapa vendor terkenal sudah pun komited untuk membuka kilang seperti ZF Group, Jerman, Lear Corporation, AS dan AAPICO, Thailand.[9][10]

VinFast juga akan berkerjasama dengan Eckhert Schulen untuk melatih 200 aprentis setiap tahun. Dengan kursus dalam bidang mekanik industri dan mekatronik mengikut piawaian Jerman setiap graduan akan menerima pensijilan daripada Dewan Perniagaan dan Industri Jerman.

VinFast juga adalah syarikat automotif Vietnam pertama yang mengambil bahagian dalam pameran kereta antarabangsa dan ini menunjukkan semangat kental dan keyakinan syarikat.[11][12][13]

Rujukan

Pautan luar