Wany Hasrita

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia

Nurshazwany Hasrita Hasbullah (Jawi: نورشذوني حثريتا بنت حسب الله; lahir 24 Disember 1992) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[2][3] Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, "Menahan Rindu".[4]

Wany Hasrita
Wany di Majlis Konvokesyen Graduan MSU ke-22 pada Mac 2018.
Kelahiran
Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah

(1992-12-24) 24 Disember 1992 (umur 31)
PendidikanSarjana Muda Sains Perubatan
Pusat pendidikanManagement & Science University (MSU)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2016–kini
PasanganMohd Al-Adib Fahmi Harun (k. 2022)
Anak-anak1
Ibu bapa
  • Hasbullah Hassan (bapa)
  • Norita Jaafar (ibu) [1]
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
FMC Music
Pengkarya berkait
Tajul Ariff, Wani Syaz

Pada tahun 2018, beliau telah memenangi Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31.[5][6]

Beliau juga antara selebriti tanah air yang turut terlibat dalam perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia (TGR Festival) yang bersaing dalam kelas promosi bagi musim ke-2 hingga musim ke-5.[7]

Kehidupan awal

Wany dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan dibesarkan di Cheras. Wany menempuh persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras, sekolah yang sama dengan rakan artis, Eric Fuzi dari kumpulan Floor 88. Wany merupakan graduan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU Shah Alam) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Perubatan.[8][9][10][11][12]

Kerjaya

Wany mula memuat naik video nyanyannya di aplikasi Smule pada 2012 dan mula mendapat perhatian di media sosial.[13][14]

Pada tahun 2016, Wany telah menandatangani kontrak rakaman di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah empat tahun menjadi artis di bawah label syarikat rakaman tersebut, beliau berjaya mengeluarkan beberapa single hit antaranya "Menahan Rindu, "Terlalu Memuja", "Belenggu Rindu" dan "Canggung".

Di YouTube, single pertamanya, iaitu "Menahan Rindu" ditonton melebihi 35 juta tontonan[15] manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff, iaitu "Disana Cinta Disini Rindu" ditonton melebihi 15 juta tontonan.[16]

Menerusi kedua-dua lagu tersebut, Wany berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik 32 namun demikian hanya lagu "Menahan Rindu" yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL ke-32).

Wany kemudiannya mengeluarkan EP pertama yang dilancarkan pada 25 April 2018 yang bertajuk sama. EP tersebut mengandungi lima lagu iaitu "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul), "Rintihan Rindu", "Ewah-Ewah", "Semaikan Cinta" termasuk "Menahan Rindu" yang tercalon dalam AJL ke-32.

Wany turut berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telefilem pertama lakonan beliau Tergantung Rindu lakonan Haqiem Rusli dan Tajul Ariff dengan memegang watak diri sendiri yang ditayangkan di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 9 Jun 2018.[17][18]

Melengkapkan portfolio kerjayanya, Wany menggalas peranan sebagai pengacara rancangan Sembang Sahur di TV3 bersama-sama Issey Fazlisham, Shuk Sahar dan Dayah Bakar.[19]

Beliau mempunyai kelab peminat rasmi, WanyHasnizers yang sentiasa menyokong kerjayanya sehingga beliau berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 yang merupakan suatu kejayaan besar dalam kerjaya seninya.[5][6] Kemenangan ini sekali gus memecahkan tradisi selama sembilan tahun yang dimenangi pelakon sebagai Bintang Paling Popular. Kali terakhir penyanyi memenangi kategori utama itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza pada ABPBH ke-22.[20]

Pada tahun 2019, beliau muncul dengan sebuah lagu Raya bertajuk "Menanti di Aidilfitri" menampilkan kolaborasi bersama Muna Shahirah, Wani Syaz dan Wan Azlyn. Sebuah muzik video yang turut dibintangi oleh Azhan Rani telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini.[21] Selain itu, Wany turut muncul dengan single, "Sinar Terindah" yang menampilkan duet bersama Wani Syaz.[22]

Wany, bersama Khai Bahar dan Sufian Suhaimi, menjayakan Konsert TRIO 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 2 November 2019.[23]

Pada 5 Februari 2021, syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City) mengumumkan di akaun rasmi Facebook mereka bahawa muzik video beliau "Cinta Khayalan" akan dilancarkan secara rasmi di YouTube bermula jam 8 malam.[24][25]

Wany berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 2021 dengan lagu "Canggung"[26] dan "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah).[27] "Belenggu Rindu" terpilih untuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 dan sekaligus meraih tempat ketiga.[28]

Pada 20 Januari 2022, Wany sekali lagi berkolaborasi bersama Wani Syaz menerusi lagu duet "Sang Purnama". Lagu ciptaan Sang Hitam, Mas Dewangga dan Aden King, manakala liriknya ditulis oleh Sang Hitam ini diilhamkan dari kisah percintaan Adam dan Hawa.[29][30]

Pada 1 hingga 3 Julai 2022, Wany telah berpeluang menjayakan Konsert Tribute Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab bersama-sama dengan artis ternama lain seperti Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim, Shidee dan Ramlah Ram yang berlangsung di Istana Budaya.

Pada tahun 2023, Wany muncul dengan tiga lagu baharu, iaitu "Terpaling di Hari Raya" bersama Tajul Ariff, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi dan Wani Syaz; "Wira Raya" bersama Muna Shahirah dan Wani Syaz dan "Sakitnya Penantian" menampilkan duet bersama Wani Syaz.

Kehidupan peribadi

Pada 20 September 2020, Wany telah berkongsi satu ciapan di Instagram miliknya bahawa beliau telah membeli sebuah rumah dua tingkat yang terletak di Semenyih, Selangor[31] selepas menerima kunci kediaman daripada pemaju.[32]

Pada 12 Julai 2022, Wany mendedahkan bahawa dirinya dan ibunya positif COVID-19. Bagaimanapun, Wany tidak menyatakan secara terperinci bila Wany dan ibunya, dijangkiti virus berkenaan.[33]

Pada 22 Julai 2022, Wany telah sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi bin Harun dengan dua kali lafaz.[34][35] Pasangan ini sebelum ini telah bertunang pada 26 Februari.[36]

Pada 8 Julai 2023, Wany selamat melahirkan anak perempuan kira-kira pukul 7.14 petang Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur yang diberi nama Aishah Al Iman.[37][38]

Diskografi

EP

TajukButiran album
Menahan Rindu

Single

TahunTajukKomposerLirik
2016"Memori Berkasih" versi Korea (bersama Kim Dong Gyun)Patrick KhamisPatrick Khamis & Kim Dong Gyun
"Menahan Rindu"Ibnu & GouffranIbnu & Gouffran
2017"Disana Cinta Disini Rindu"
(bersama Tajul Ariff)
Patrick KhamisPatrick Khamis
"Lebaran Terindah"IbnuIbnu & Gouffran
"Rintihan Rindu"Ibnu & GouffranIbnu & Gouffran
2018"Ewah-Ewah"Pak NgahSiso
"Rindu Dalam Benci"
(bersama Tajul Ariff)
Patrick KhamisPatrick Khamis
"Semarak Syawal"Pak NgahAd Samad
"Semaikan Cinta"Wanz BaronGouffran
"Aku Serius"
(bersama Tajul Ariff)
Aidit AlfianTeguh Budima
2019"Terlalu Memuja"Sharon PaulFedtri Yahya & Gouffran
"Sinar Terindah"
(bersama Wani Syaz)
Wani SyazWany Hasrita
"Menanti Di Aidilfitri"DJ FuzzWaris
"Belenggu Rindu"
(bersama Dato' Jamal Abdillah)
Hael Husaini & Ezra KongHael Husaini & Ezra Kong
2020"Canggung"Hael Husaini & Ezra KongHael Husaini & Ezra Kong
"Raikan Aidilfitri"LYBaiduri & Fedtri Yahya
"Genderang Cinta"--
2021"Cinta Khayalan"Farouk RomanAmylea
"Pedas" (bersama Sophia Liana)ShazeeAltimet & Sophia Liana
2022"Sang Purnama" (bersama Wani Syaz)Sang Hitam, Mas Dewangga & Aden KingSang Hitam
"Kucuma" (bersama Dato' Jamal Abdillah)A. Ramlee & Ezra KongA. Ramlee & Ezra Kong
2023"Terpaling di Hari Raya" (bersama Tajul Ariff, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi & Wani Syaz)DJ FuzzW.A.R.I.S
"Wira Raya" (bersama Muna Shahirah & Wani Syaz)Iqie Hugh & Ezra KongIqie Hugh, Wani Syaz & Ezra Kong
"Sakitnya Penantian" (bersama Wani Syaz)A.Ramlee & Ezra KongA.Ramlee & Ezra Kong
"Cinta Hatiku"Rudy NastiaMawar Kasih

Filemografi

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2018Sembang SahurPengacaraTV3Bersama Issey Fazlisham, Shuk Sahar & Dayah Bakar
2021Borak Dulu Baru BukaTV1Bersama Amin Idris
Sepahtu Reunion Al-RayaCik NanaAstro WarnaArtis jemputan
Sepahtu Reunion LiveNatashaEpisod: "Mencari Sepatu Yang Hilang"
2022Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisiniPengacaraTV1 / TV OkeyBersama Amin Idris & Khir Rahman
2023Apa Nak Masak Ni?TV3Bersama suaminya
Borak Dulu Baru BukaTV OkeyBersama Amin Idris & Khir Rahman
2024Borak Dulu Baru BukaTV1

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2018Tergantung RinduDirinya sendiriAstro CitraDrama bersiaran Bulan Ramadhan
2019Cerita Raya Luar BiasaAstro RiaDrama bersiaran Hari Raya Aidilfitri
2021JinAyuAstro CitraCitra Eksklusif

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2017Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Artis Baharu Wanita Popular[39]"Menahan Rindu"Tercalon
Penyanyi Wanita PopularTercalon
Anugerah Planet Muzik 2017Artis Baru Terbaik WanitaTercalon
Lagu Paling Popular"Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul)Tercalon
Ikon Media SosialTercalon
Anugerah Top Hot - HOT FM 2017Penyanyi Wanita Hot"Menahan Rindu"Tercalon
FB Live Hot - Jamming bersama Khai BaharMenang
2018Anugerah Digital Muzik Era 2018Artis Era Jaa TV TerbaikMenang
Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era"Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul)Menang
Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40"Menahan Rindu"Menang
Anugerah Juara Lagu 32TerbukaTercalon
Anugerah MeleTOP Era ke-5Artis Baharu MeleTOPTercalon
Penyanyi MeleTOP
Lagu MeleTOP
Group/Duo MeleTOP"Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul)Tercalon
MYSC Awards 2018MYSC Breakthrough Awards (Female)"Menahan Rindu"Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular"Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul)Tercalon
Penyanyi Wanita Popular"Rintihan Rindu"Menang
Bintang Paling PopularMenang
2019Anugerah Digital Muzik Era 2019Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era"Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul)Tercalon
Temubual Terbaik Carta Era 40Tercalon
Anugerah MeleTOP Era ke-6Penyanyi MeleTOP"Menahan Rindu"Tercalon
Lagu MeleTOPTercalon
Group/Duo MeleTOP"Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul Ariff)Tercalon
Anugerah Stail EH 2019Selebriti Pencapaian TerbaikTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32Penyanyi Wanita Popular"Ewah-Ewah"

"Semaikan Cinta"

Tercalon
2020Anugerah Digital Muzik Era 2020Fan Club Paling Ngam (Wanyhasnizers)Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2020Lagu MeleTOP"Terlalu Memuja"Tercalon
Penyanyi MeleTOP Era
Group/Duo MeleTOP"Aku Serius" (duet bersama Tajul Ariff)
Group/Duo MeleTOP"Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah)
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia"Terlalu Memuja"Menang
Artis Kolaborasi/ Duo/Berkumpulan Popular"Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah)Tercalon
FC FANtastik PopularWanyhasnizers
JOOX Top Music Awards (Year End 2020)Top 5 Hit Tahun 2020 (Lokal)"Canggung"Menang
2021Anugerah Juara Lagu ke-35Tempat Ketiga"Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah)Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia"Canggung"Tercalon
2022Anugerah MeleTOP Era 2021Video MeleTOPMV CanggungMenang
Anugerah Industri Muzik ke-23Lagu Pop Etnik terbaik"Ku Cuma" (duet bersama Jamal Abdillah)Tercalon
"Sang Purnama" (duet bersama Wani Syaz)
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Penyanyi Wanita PopularDirinya sendiriTercalon
2024Anugerah Juara Lagu ke-38Terbuka"Kucuma" (duet bersama Afieq Shazwan yang menggantikan Jamal Abdillah)Tercalon

Rujukan

Pautan luar