Yamoussoukro

Yammoussoukro (disebut [ya.mus.su.kro]) ialah ibu negara Côte d'Ivoire, ia bandar kelima terbesar negara tersebut selepas Abidjan, Bouaké, Daloa dan Korhogo.[1]

Yamoussoukro
Pemandangan kota dari udara
Pemandangan kota dari udara
Negara Côte d'Ivoire
KawasanLacs
JabatanYamoussoukro
Pentadbiran
 • GabenorN'Dri Koffi Apollinaire
Keluasan
 • Jumlah3,500 km2 (1,351.3 batu persegi)
Penduduk
 (2005)
 • Jumlah200,659
 • Kepadatan148.5/km2 (385/batu persegi)
Zon waktuUTC+0 (GMT)

Penduduknya berjumlah 300,000 pada tahun 2010.

Sejarah

Kampung asal yang menjadi asas kota ini pada awalnya diberi nama N'Gokro. Ia dinamakan semula sempena Ratu Yamoussou yang pernah memerintah kawasan tersebut; -kro itu merupakan imbuhan dalam bahasa Baule bermaksud "kampung".

Kota ini diserahkan kedudukan sebagai pusat pemerintahan negara Côte d'Ivoire dari Abidjan pada tahun 1983,[2] ia merupakan petempatan keempat berperanan sedemikian dalam sejarah negara itu sejak ia dibentuk hasil jajahan Barat termasuk Grand-Bassam (1893-1900) dan Bingerville (1900-1933).[3]

Geografi

Basilika Yamoussoukro waktu senja

Kota ini terletak di suatu kawasan dataran savana yang telah dipulihkan daripada penggurunan hasil pengairan daripada anak-anak sungai Marahoué dan N'Zi yang mencabang dari sungai Bandama.[4]

Suhu dan iklim

Yamoussoukro beriklim tropika basah kering (Aw) mengikut pengelasan iklim Köppen-Geiger .[5] Musim tengkujuhnya dari Mac hingga Oktober manakala 4 bulan selebihnya bermusim kering.

Kota ini menerima kerpasan sekitar 1130 mm setahun.

Data iklim untuk Yamoussoukro
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)31.5
(88.7)
33.5
(92.3)
33.5
(92.3)
32.9
(91.2)
31.7
(89.1)
30.1
(86.2)
28.6
(83.5)
28.5
(83.3)
29.3
(84.7)
30.1
(86.2)
30.7
(87.3)
30.1
(86.2)
30.9
(87.6)
Purata suhu harian, °C (°F)25.2
(77.4)
27.3
(81.1)
27.6
(81.7)
27.3
(81.1)
26.5
(79.7)
25.6
(78.1)
24.5
(76.1)
24.5
(76.1)
24.8
(76.6)
25.2
(77.4)
25.5
(77.9)
24.5
(76.1)
25.7
(78.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F)18.9
(66.0)
21.2
(70.2)
21.8
(71.2)
21.8
(71.2)
21.3
(70.3)
21.1
(70.0)
20.4
(68.7)
20.6
(69.1)
20.4
(68.7)
20.4
(68.7)
20.3
(68.5)
19
(66)
20.6
(69.1)
Purata kerpasan, mm (inci)13
(0.5)
42
(1.7)
108
(4.3)
126
(5.0)
155
(6.1)
165
(6.5)
88
(3.5)
83
(3.3)
170
(6.7)
125
(4.9)
36
(1.4)
15
(0.6)
1,126
(44.5)
Sumber: Climate-Data.org, altitude: 236m[5]

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno