Sukan Olimpik Musim Panas 2012

(Dilencongkan dari 2012 Summer Olympics)

Sukan Olimpik Musim Panas 2012 (nama rasmi Sukan Olimpik XXX)[1] atau juga dikenali sebagai London 2012, berlangsung di London, United Kingdom, mulai 27 Julai (upacara pembukaan) hingga 12 Ogos 2012. Acara pertama, iaitu peringkat kumpulan bola sepak wanita, bermula dua hari lebih awal iaitu pada 25 Julai.[2][3] Seramai 10,000 orang ahli sukan yang mewakili 204 buah Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) telah bertanding dalam temasya ini.[4]

Sukan Olimpik XXX
Hos BandarLondon, Great Britain
Cogan kataInspire a Generation
Negara204
Atlet10,500 orang (dianggarkan)
Acara302 acara dalam 26 sukan
Pembukaan27 Julai 2012
Penutupan12 Ogos 2012
Dibuka oleh
Kawah Obor
Callum Airlie
Jordan Duckitt
Desiree Henry
Katie Kirk
Cameron MacRitchie
Aidan Reynolds
Adelle Tracey
StadiumStadium Wembley
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2012


Musim Panas 2012
  • Proses pembidaan
  • Bidaan terperinci
  • Pembangunan
  • Tempat
  • Torch relay
  • Maskot
  • Ringkasan kronologi
  • Kontroversi
  • Upacara penutup
  • BOA
  • LOCOG

Ekoran bidaan yang diketuai oleh bekas atlet Olimpik, Sebastian Coe dan Datuk Bandar London ketika itu, Ken Livingstone, London terpilih selaku tuan rumah pada 6 Julai 2005 di Sesi IOC ke-117 di Singapura, mengatasi bidaan dari Moscow, Bandar Raya New York, Madrid dan Paris.[5] London merupakan bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik moden sebanyak tiga kali,[6] setelah diberi hak penganjuran pada tahun 1908 dan 1948.[7][8]

Usaha persediaan untuk temasya Sukan Olimpik ini telah banyak melibatkan pembangunan semula, khususnya pembangunan lestari.[9] Tumpuan utama usaha ini ialah Taman Olimpik baharu seluas 200 hektar yang dibina di atas sebuah bekas kawasan perindustrian di Stratford di timur London.[10] Temasya ini juga memanfaatkan banyak kemudahan yang sedia ada sebelum bidaan.

Proses pembidaan

Logo yang digunakan ketika proses pembidaan

London dipilih sebagai tuan rumah pada 6 Julai 2005 dalam Sesi IOC ke-117 di Singapura. London muncul sebagai pemenang proses pembidaan walaupun menghadapi persaingan yang kuat dengan bandar-bandar calon yang lain, terutamanya Paris.

Keputusan pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik 2012
BandarJOKP1P2P3P4
London United Kingdom22273954
Paris  Perancis21253350
Madrid  Sepanyol203231-
New York  Amerika Syarikat1916--
Moscow  Rusia15---

Pembangunan dan persediaan

Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik London (LOCOG) ditubuhkan untuk menyelia penganjuran temasya Sukan Olimpik setelah berjaya dalam pembidaan, lalu mengadakan sidang lembaga yang pertama pada 3 Oktober 2005.[11] Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Lord Coe ini bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menganjurkan temasya, sementara Lembaga Penyampaian Olimpik (Olympic Delivery Authority, ODA) yang ditubuhkan pada April 2006[12] bertugas untuk membina tempat acara dan prasarana.[11]

Eksekutif Olimpik Kerajaan (Government Olympic Executive, GOE), sebuah unit di bawah Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan UK, merupakan lembaga kerajaan utama yang menyelaras Sukan Olimpik London 2012. GOE melapor menerusi Setiausaha Kekal Jabatan tersebut kepada Menteri Sukan dan Olimpik. Tumpuannya ialah menyelia temasya Sukan, pengurusan acara antara acara dan "London 2012 Olympic Legacy" sebelum dan selepas temasya yang akan memanfaatkan London dan UK. Pertubuhan ini juga bertanggungjawab menyelia pembiayaan sektor awam sebanyak £9.3 juta.[13]

Pada Ogos 2011, wujudnya kebimbangan keselamatan berkenaan penganjuran Sukan Olimpik di London[14] ekoran rusuhan England 2011, apabila beberapa negara meluahkan kerisauan tentang keselamatan temasya,[15] biarpun Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah menjamin bahawa rusuhan itu tidak akan menjejaskan temasya.[16]

Suruhanjaya Penyelarasan IOC sempena Sukan Olimpik 2012 telah mengadakan lawatan kesepuluh dan terakhir ke London pada Mac 2012, lalu membuat kesimpulan bahawa "London bersedia untuk menganjurkan dunia ini pada musim panas nanti".[17]

Tempat acara dan prasarana

Akademi Pelayaran Kebangsaan Weymouth dan Portland di Pulau Portland, Dorset mengadakan acara lumba kapal layar

Sukan Olimpik dan Paralimpik 2012 telah sekaligus menggunakan kemudahan sukan yang baharu, sedia ada, bersejarah serta sementara, termasuk Taman Hyde dan Horse Guards Parade. Sesetengah kemudahan baru akan digunakan semula dalam bentuk Olimpiknya, sementara yang lain akan dibesarkan atau dipindahkan.[18]

Kebanyakan tempat acara dibahagikan kepada tiga zon dalam London Raya, iaitu Zon Olimpik, Zon Sungai dan Zon Pusat. Selain itu, terdapat tempat-tempat acara yang terletak di luar batas London Raya, seperti Akademi Pelayaran Kebangsaan Weymouth dan Portland di Pulau Portland, Dorset, yang telah menempatkan acara belayar, yang terletak kira-kira 125 batu (200 km) ke barat daya London. Pertandingan bola sepak pula diadakan di beberapa padang di serata UK.[19] Usaha pembaharuan Taman Olimpik bermula pada Disember 2006, apabila dewan sukan di Eton Manor terpaksa dirobohkan.[20] Kampung Olimpik di Portland pula siap dibina pada September 2011.[21]

Pada November 2004, rancangan pembinaan Taman Olimpik telah diperkenalkan.[22] Rancangan tersebut diluluskan oleh majlis-majlis perbandaran Tower Hamlets, Newham, Hackney dan Waltham Forest pada September 2004.[23] Usaha pembangunan semula kawasan berkenaan untuk membina Taman Olimpik memerlukan arahan pembelian paksa harta tanah. Agensi Pembangunan London bertelingkah dengan syarikat pengangkutan London and Continental Railways berkenaan arahan itu pada November 2005. LCR menuduh agensi tersebut mengganggu pembangunan kawasan berkenaan. Agensi tersebut hendak membeli tanah di sekeliling Taman Olimpik untuk projek pembangunan Bandaraya Stratford, yang mana tapak bekas Stratford Rail Lands seluas 180 ekar itu akan dijadikan projek pelbagai guna yang menempatkan 4,500 buah rumah, pejabat, hotel dan kedai baharu.[24] Hasilnya pada tahun 2011 ialah pusat beli-belah urban terbesar di Eropah yang dikendalikan oleh Westfield.[25] Menjelang Mei 2006, 86% tanah berkenaan telah dibeli sementara wujudnya tentangan oleh masyarakat peniaga, sehingga berlakunya siasatan. 206 buah syarikat terpaksa berpindah sebelum Julai 2007.[26] Selain itu, para penduduk yang menentang pemindahan itu cuba menghalangnya dengan mengadakan kempen. Bagaimanapun, mereka terpaksa berpindah kerana 94% tanah sudah dibeli dan 6% lagi yang dibeli untuk projek pembangunan semula £9 bilion pun bermula.[27]


Pandangan udara Taman Olimpik pada April 2012

Pembiayaan

Belanjawan penganjuran Sukan Olimpik adalah berasingan dengan belanjawan pembinaan tempat acara dan prasarana, serta pembangunan semula tanah untuk Taman Olimpik. Sungguhpun temasya dibiayai oleh pihak swasta, namun kebanyakan projek pembinaan tempat-tempat acara dan Taman Olimpik dibiayai dengan dana awam.

Belanjawan asal temasya ini adalah £2.4 bilion, tetapi jumlah itu meningkat hampir empat kali ganda kepada £9.3 bilion pada tahun 2007.[28] Perangkaan baru ini diumumkan di hadapan Dewan Rakyat pada 15 Mac 2007. Selain kos pembangunan semula East End, belanjanya terdiri daripada yang berikut:

SektorBelanja
Pembinaan tempat acara dan prasarana temasya£5.3 bilion
Pembiayaan sukan elit dan Paralimpik£400 juta
Kawalan keselamatan£600 juta
Pembangunan semula Lembah Lea£1.7 bilion
Dana luar jangkaan£2.7 bilion
Cukai tambah nilai£800 juta

Penaja

Sukarelawan

Sukarelawan tidak berbayar yang bergelar Games Makers melakukan pelbagai tugas sebelum dan sewaktu temasya.[30] Seramai 70,000 orang sukarelawan disasarkan seawal tahun 2004.[31] Apabila perekrutan diadakan pada tahun 2010, seramai 240,000 permohonan diterima.[32] Sebastian Coe berkata pada Februari 2012, "Games Makers kami akan menyumbangkan sebanyak lapan juta jam kesukarelawanan sewaktu temasya, maka temasya ini tidak boleh dizahirkan tanpa mereka".[33]

Penjualan tiket

Pihak penganjur menganggarkan, sebanyak 8 juta keping tiket dapat dijual untuk Sukan Olimpik London,[34] dan 1.5 juta lagi untuk Sukan Paralimpik.[34][35] Dianggarkan bahawa 82% tiket Olimpik yang sedia ada dan 63% tiket Paralimpik akan dijual. LOCOG mengharapkan hasil penjualan tiket dapat mencapai £375–£400 juta. Terdapat juga acara percuma, seperti maraton, triatlon dan lumba basikal jalanan,[36] tetapi buat julung kalinya dalam sejarah Olimpik, acara belayar dikenakan bayaran.[37]

Keselamatan

Operasi menjaga keselamatan diketuai oleh polis yang menyediakan seramai 10,000 orang kakitangan, disokong oleh 13,500 ahli tentera British. Aset-aset Tentera Laut dan Udara, termasuk kapal-kapal yang berlabuh di Sungai Thames, pesawat-pesawat Eurofighter dan peluru-peluru berpandu permukaan ke udara, turut dikerah dalam operasi ini. Belanja keselamatan turut meningkat dari £282 juta hingga £553 juta. Inilah operasi keselamatan terbesar yang diadakan oleh Britain dalam puluhan tahun kebelakangan ini. Jumlah 13,500 kakitangan tentera adalah lebih daripada yang dihantar oleh UK ke Afghanistan ketika itu.[38] Polis Metropolitan dan Angkatan Marin Diraja menjalankan raptai keselamatan dalam persediaan untuk temasya Olimpik pada 19 Januari 2012.[39]

Logo dan grafik

Dua logo London 2012 telah digunakan, iaitu satu untuk pembidaan yang direka oleh Kino Design dan satu lagi untuk temasya sukan. Logo yang terdahulu ialah reben berjalur biru, kuning, hitam, hijau dan merah berliku-liku melalui teks "LONDON 2012", menyerupai bentuk Sungai Thames di London Timur. Logo kemudian direka oleh Wolff Olins dan diperkenalkan 4 Jun 2007 setelah menelan belanja £400,000.[40] Logo baru ini melambangkan nombor 2012, dengan logo Olimpik pada angka kosongnya.[41]

Logo Paralimpik (kiri sekali) dan pelbagai gabungan warna rasmi untuk reka bentuk logo utama Wolff Olins

Inilah kali pertama logo yang sama digunakan untuk sukan Olimpik dan Paralimpik.[42]

Maskot

Mandeville (kiri) dan Wenlock (kanan)

Maskot-maskot rasmi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2012 diperkenalkan pada 19 Mei 2010;[43] ini merupakan kali kedua (selepas Vancouver) yang mana kedua-dua maskot Olimpik dan Paralimpik diperkenalkan serentak. Wenlock dan Mandeville merupakan bentuk animasi yang menggambarkan dua titisan keluli lebur dari sebuah kilang keluli di Bolton.[43] Mereka diberi nama Wenlock, sempena pekan Much Wenlock yang mengadakan suatu acara perintis kepada Sukan Olimpik masa kini, dan Mandeville, sempena Stoke Mandeville, sebuah desa di Buckinghamshire di mana diadakannya perintis kepada Sukan Paralimpik.[43] Pengarang cerita kanak-kanak, Michael Morpurgo mencipta konsep cerita maskot-maskot ini, dan juga wujudnya filem animasi pendek berkenaan kisah mereka;[44].[43] Dua cerita telah direka tentang maskot-maskot ini, iaitu Out Of A Rainbow yang mengisahkan kelahiran Wenlock dan Mandeville, dan Adventures On A Rainbow yang mengisahkan pertemuan kanak-kanak dari Out Of A Rainbow dengan maskot-maskot ini di samping mencuba pelbagai acara sukan Olimpik dan Paralimpik.[45]

Pingat

Sekitar 4,700 butir[46] pingat Olimpik dan Paralimpik 2012 telah dihasilkan oleh Royal Mint,[47] direka oleh David Watkins (Olimpik) dan Lin Cheung (Paralimpik).[48] Hampir kesemua bahan emas, perak dan tembaganya digali di Kaunti Salt Lake, Utah, Amerika Syarikat.[49] Setiap pingat beratnya 375–400g, diameternya 85mm dan tebalnya 7mm, dengan nama sukan dan jurus tertera pada bibirnya.[50] Seperti biasa, muka depannya memaparkan Nike, dewi kemenangan Yunani yang melangkah keluar dari Stadium Panathinaiko yang menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik moden yang sulung pada tahun 1896, dengan Parthenon sebagai latar belakangnya; muka belakangnya pula terpapar logo Sukan Olimpik, Sungai Thames dan garis-garis bersiri yang melambangkan "tenaga para atlet dan semangat perpaduan".[51] Pingat-pingat ini dipindahkan untuk disimpan ke bilik kebal Menara London pada 2 Julai 2012.[50]

Larian obor

Larian obor di Newport, Isle of Wight

Larian obor Olimpik dilangsungkan mulai 19 Mei hingga 27 Julai 2012, sebelum temasya bermula. Rancangan untuk larian obor dibangunkan pada 2010–11, sementara proses pemilihan pembawa obor diumumkan pada 18 Mei 2011.[52]Api Olimpik tiba dalam kapal terbang BA2012 pada 18 Mei 2012 dari Greece.[53] Larian ini diadakan selama 70 hari, dengan 66 keraian malam dan enam kunjungan pulau, melibatkan seramai 8,000 yang membawa obor dalam perjalanan sepanjang 8,000 batu (12,800 km), mulai Land's End di Cornwall.[54] Obor ini hanya keluar dari United Kingdom selama sehari ketika mengunjungi Dublin pada 6 Jun.[55] Larian ini tertumpu pada Tapak Warisan Negara, lokasi-lokasi yang penting kepada bidang sukan, acara sukan utama, sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Get Set School Network, kawasan hijau dan simpanan alam, Live Sites (lokasi berskrin besar), pesta dan sebagainya.[56]

Upacara pembukaan

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 telah diadakan pada 27 Julai 2012 dan diberi gelaran The Isles of Wonder (Pulau-Pulau Keajaiban).[57] Sutradara filem terkenal, Danny Boyle merupakan pengarah kesenian upacara ini, diiringi oleh Rick Smith dan Karl Hyde yang menganggotai duo muzik elektronik Underworld sebagai pengarah muzik.[58]

Temasya dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II yang diiringi oleh Putera Philip, Adipati Edinburgh.[59] Antara acara-acara menarik dalam upacara pembukaan ini termasuk filem pendek yang dibintangi oleh Daniel Craig sebagai James Bond bersama Ratu sendiri,[60] dan juga persembahan lagu tema Chariots of Fire yang menampilkan pelawak terkenal Rowan Atkinson yang kelihatan leka berangan-angan akan babak larian pantai dalam filem tersebut sambil menekan-nekan satu kunci pada papan nadanya. Acara kemuncak upacara ialah penyalaan kawah Olimpik oleh tujuh orang atlet muda UK. Sir Paul McCartney membuat persembahan di akhir upacara.[61]

Upacara penutupan

Upacara penutupan Sukan Olimpik London 2012 diadakan pada 12 Ogos 2012, menyaksikan penyerahan bendera Olimpik oleh Boris Johnson, Datuk Bandar London, kepada Eduardo Paes, Datuk Bandar Rio de Janeiro, iaitu tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2016.[62]

Temasya

Peserta

Bilangan ahli setiap kontinjen

Seramai 10,000 orang atlet yang mewakili 204 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dijangka turut serta,[4] sekaligus menjangkaui Sukan Olimpik Musim Panas 1948 di London dan Sukan Komanwel 2002 di Manchester sebagai temasya aneka sukan terbesar yang pernah dianjurkan di United Kingdom.[63]

Jawatankuasa Olimpik Antillen Belanda yang pernah merancang untuk terus beroperasi selepas Antillen Belanda dibubarkan, ditarik balik keahliannya oleh Jawatankuasa Eksekutif IOC di sesi IOC Jun 2011. Bagaimanapun, para atlet Antillen Belanda yang layak keSukan Olimpik 2012 dibenarkan turut serta secara bebas di bawah bendera Olimpik. Memandangkan Sudan Selatan tiada NOC yang teriktiraf, atlet balapan dan padang dari negara tersebut, Guor Marial turut serta sebagai peserta bebas.[64]

Juga timbulnya kekhuatiran bahawa Arab Saudi, Qatar dan Brunei tidak menghantar atlet wanita ke temasya. Walaupun demikian, kontinjen Arab Saudi akhirnya menghantar dua orang wanita.[65][66]

Sukan

Acara Sukan Olimpik Musim Panas 2012 terdiri daripada 26 sukan dan 39 jurus:

  • Akuatik
    • Terjun (8)
    • Renang (34)
    • Renang berirama (2)
    • Polo air (2)
  • Angkat berat (15)
  • Badminton (5)
  • Belayar (10)
  • Bola baling (2)
  • Bola keranjang (2)
  • Bola sepak (2)

  • Bola tampar
    • Gelanggang (2)
    • Pantai (2)
  • Ekuestrian
    • Dressage (2)
    • Eventing (2)
    • Lompat (2)
  • Gimnastik
    • Artistik (14)
    • Berirama (2)
    • Trampolin (2)

  • Hoki (2)
  • Judo (14)
  • Lawan pedang (10)
  • Lumba basikal
    • BMX (2)
    • Basikal gunung (2)
    • Jalanan (4)
    • Balapan (10)
  • Lumba kanu
    • Sprint (12)
    • Slalom (4)

  • Memanah (4)
  • Mendayung (14)
  • Menembak (15)
  • Olahraga (47)
  • Pentatlon moden (2)
  • Pingpong (4)
  • Taekwondo (8)
  • Tenis (5)
  • Tinju (13)
  • Triatlon (2)

Buat kali pertama, acara tinju wanita disertakan dalam acara, dengan 36 peserta yang bertanding dalam tiga kelas berat. Bagi sukan tenis, acara beregu campuran kembali ke dalam program Olimpik sejak digugurkan pada tahun 1924.[274]

Bidaan London menjanjikan 28 jenis sukan, sejajar dengan Sukan Olimpik Musim Panas kebelakangan itu, tetapi IOC mengundi untuk menggugurkan besbol dan sofbol daripada Sukan Olimpik 2012 dua hari selepas London dipilih sebagai tuan rumah.


Jadual

Jadual rasmi muktamad diterbitkan pada 15 Februari 2011.[275]

OCUpacara pembukaanPeringkat saringan1Peringkat akhirCCUpacara penutup
Julai / Ogos25
Rab
26
Kha
27
Jum
28
Sab
29
Ahd
30
Isn
31
Sel
1
Rab
2
Kha
3
Jum
4
Sab
5
Ahd
6
Isn
7
Sel
8
Rab
9
Kha
10
Jum
11
Sab
12
Ahd
Acara
UpacaraOCCC
Angkat berat122222111115
Badminton1225
Belayar222111110
Bola baling112
Bola keranjang112
Bola sepak112
Bola tampar11114
Ekuestrian21126
Gimnastik1111113341118
Gusti2322223218
Hoki112
Judo222222214
Lawan pedang11112111110
Lumba basikal11222111321118
Lumba kanu11244416
Memanah11114
Mendayung334414
Menembak221111221215
Olahraga257544568147
Pentatlon moden112
Pingpong11114
Polo air112
Renang444444441134
Renang berirama112
Taekwondo22228
Terjun111111118
Tenis235
Tinju35513
Triatlon112
Jumlah acara12141215201822252318211722163215302
Jumlah terkumpul122638537391113138161179200217239255287302
Julai / Ogos25
Rab
26
Kha
27
Jum
28
Sab
29
Ahd
30
Isn
31
Sel
1
Rab
2
Kha
3
Jum
4
Sab
5
Ahd
6
Isn
7
Sel
8
Rab
9
Kha
10
Jum
11
Sab
12
Ahd
Acara

Rekod dunia

TarikhAcaraAtletNegaraKeteranganRuj
27 Julai 2012Memanah – Perseorangan lelakiIm Dong-Hyun  Korea Selatan699 mata pada pusingan ranking[276]
27 Julai 2012Memanah – Pasukan lelakiIm Dong-Hyun
Kim Bub-Min
Oh Jin-Hyek
 Korea Selatan2087 mata pada pusingan ranking[276]
28 Julai 2012Mendayung – Beregu lelaki tanpa juraganEric Murray
Hamish Bond
 New Zealand6:08.50 pada pusingan saringan[277]
28 Julai 2012Renang – Rampai individu400 meter wanitaYe Shiwen  China4:28.43 pada pusingan akhir[278]
29 Julai 2012Angkat berat – 53 kg wanitaZulfiya Chinshanlo  KazakhstanSentap juak terus 131 kg[279]
29 Julai 2012Renang – Kuak kupu-kupu 100 meter wanitaDana Vollmer  Amerika Syarikat55.98[280]
29 Julai 2012Renang – Kuak lentang 100 meter lelakiCameron van der Burgh  Afrika Selatan58.46[281]
30 Julai 2012Angkat berat – 62 kg lelakiKim Un-Guk  Korea Utara327 kg[282]
1 Ogos 2012Renang – Kuak dada 200 meter lelakiDániel Gyurta  Hungary2:07.28[283]
1 Ogos 2012Angkat berat – 77 kg lelakiLü Xiaojun  ChinaSambar 175 kg
Jumlah 379 kg
[284]
1 Ogos 2012Renang – Kuak dada 200 meter wanitaRebecca Soni  Amerika Syarikat2:20.00 pada pusingan separuh akhir.[283]
2 Ogos 2012Lumba basikal – Pecut berpasukan wanitaVictoria Pendleton
Jessica Varnish
 Great Britain32.526 saat pada pusingan kelayakan.
2 Ogos 2012Lumba basikal – Pecut berpasukan wanitaGong Jinjie
Guo Shuang
 China32.447 saat pada pusingan kelayakan.
32.422 saat pada pusingan pertama.
[285]
2 Ogos 2012Lumba basikal – Kejar-mengejar berpasukan lelakiEd Clancy
Geraint Thomas
Steven Burke
Peter Kennaugh
 Great Britain3:52.499 pada pusingan kelayakan.
3:51.659 pada pusingan akhir.
[286]
2 Ogos 2012Lumba basikal – Pecut berpasukan lelakiPhilip Hindes
Chris Hoy
Jason Kenny
 Great Britain42.747 saat pada pusingan pertama.
42.600 saat pada pusingan akhir.
[287]
2 Ogos 2012Renang – Kuak dada 200 meter wanitaRebecca Soni  Amerika Syarikat2:19.59 pada pusingan akhir.[288]
2 Ogos 2012Menembak – Pistol tembak tubi 25 meter lelakiAlexei Klimov  Rusia592 mata pada pusingan kelayakan[289]
3 Ogos 2012Lumba basikal – Kejar-mengejar berpasukan wanitaDanielle King
Laura Trott
Joanna Rowsell
 Great Britain3:15.669 pada pusingan kelayakan.
3 Ogos 2012Menembak – Raifal meniarap 50 meter lelakiSergei Martynov  Belarus705.5 mata pada pusingan akhir.
3 Ogos 2012Renang – Kuak lentang 200 meter wanitaMissy Franklin  Amerika Syarikat2:04.06 pada pusingan akhir.
4 Ogos 2012Menembak – Jebak wanitaJessica Rossi  Itali75 mata pada pusingan kelayakan.
99 mata pada pusingan akhir.
4 Ogos 2012Lumba basikal – Kejar-mengejar berpasukan wanitaDanielle King
Laura Trott
Joanna Rowsell
 Great Britain3:14.682 pada pusingan pertama.
3:14.051 pada pusingan akhir.
4 Ogos 2012Renang – Gaya bebas 1500 meter lelakiSun Yang  China14:31.02 pada pusingan akhir.[290]
4 Ogos 2012Renang – Rampai berganti-ganti 4 × 100 meter wanitaMissy Franklin
Rebecca Soni
Dana Vollmer
Allison Schmitt
 Amerika Syarikat3:52.05 pada pusingan akhir.
4 Ogos 2012Angkat berat– 94 kg lelakiIlya Ilin  KazakhstanSentap juak terus 233 kg.
Jumlah 418 kg.
[291]
5 Ogos 2012Angkat berat – +75 kg wanitaTatiana Kashirina  RusiaSambar 151 kg.
5 Ogos 2012Angkat berat – +75 kg wanitaZhou Lulu  ChinaJumlah 333 kg.
9 Ogos 2012Olahraga – 800 meter lelakiDavid Rudisha  Kenya1:40.91 pada pusingan akhir.
10 Ogos 2012Olahraga – Larian berganti-ganti 4 × 100 meter wanitaTianna Madison
Allyson Felix
Bianca Knight
Carmelita Jeter
 Amerika Syarikat40.82 pada pusingan akhir.
11 Ogos 2012Olahraga – Lumba jalan kaki 20 kilometer wanitaElena Lashmanova  Rusia1:25:02.
11 Ogos 2012Olahraga – Larian berganti-ganti 4 × 100 meter lelakiNesta Carter
Michael Frater
Yohan Blake
Usain Bolt
 Jamaica36.84 pada pusingan akhir.

Jadual pingat

2012 Summer Olympics medal table[292]
 Ked. NOCEmasPerakGangsaJumlah
1  Amerika Syarikat (USA)462929104
2  China (CHN)38272388
3  Great Britain (GBR)*29171965
4  Rusia (RUS)24253281
5  Korea Selatan (KOR)138728
6  Jerman (GER)11191444
7  Perancis (FRA)11111234
8  Itali (ITA)891128
9  Hungary (HUN)84618
10  Australia (AUS)7161235
11–85Remaining NOCs107139191437
Jumlah (85 NOCs)302304356962

Penyiaran

Pusat Penyiaran Antarabangsa pada Jun 2011

Sukan Olimpik London 2012 merupakan Sukan Olimpik kesepuluh (setelah mengambil kira Sukan Musim Panas dan Musim Sejuk) yang memanfaatkan teknologi digital Panasonic sebagai format rakaman rasmi sejak Sukan Olimpik Barcelona 1992. Video antarabangsa rasmi diterbitkan dan diedar dari Pusat Penyiaran Antarabangsa (International Broadcast Centre, IBC) di Taman Olimpik London, dalam format definisi tinggi (HD) 1080/50i. Panasonic mengumumkan bahawa DVCPRO HD merupakan format rakaman rasmi untuk merakam temasya. Olympic Broadcasting Services London (OBSL) selaku Penyiar Tuan Rumah menggunakan kelengkapan siri HD P2 untuk menyokong penyiaran sepanjang kejohanan.[293]

YouTube menyiarkan temasya sukan ke semua negara di serata dunia menerusi penstriman secara langsung atas perjanjian dengan IOC.[294]


Pemasaran

Lagu rasmi

"Survival", single keluaran kugiran Inggeris Muse, merupakan lagu rasmi temasya ini.[295] Lagu tersebut dimainkan disiarkan apabila para atlet berarak memasuki stadium serta ketika sebelum upacara penyampaian pingat; penyiar-penyiar seluruh dunia turut memainkannya ketika melaporkan perkembangan temasya.[296]

Setem

Kedai mudah alih di VISA FIVB Beach Volleyball International (2011)

Pada Ogos 2009, Royal Mail memohon khidmat para pelukis untuk melukis 30 reka bentuk setem yang dikeluarkan secara kelompok bersepuluh pada tahun 2009 hingga 2011. 30 setem ini melambangkan Sukan Olimpik Musim Panas ke-30. Setiap setem memaparkan satu acara sukan Olimpik atau Paralimpik serta logo London 2012.[297] Royal Mail pernah mencadangkan agar gambar foto disertakan, tetapi cadangan itu diketepikan kerana hanya foto tokoh yang sudah meninggal dibenarkan untuk ditampilkan pada setem; satu-satunya tokoh hidup yang boleh ditampilkan pada setem ialah Ratu.[298]

Syiling

Dua butir syiling £5 dihasilkan untuk menyambut Sukan Olimpik London 2012, rekaan Saiman Miah, seorang penuntut seni bina tempatan yang keturunan Bangladesh.[299][300] Seperti temasya sukan Olimpik yang lain sejak tahun 1952, Royal Mint mengilangkan satu set syiling emas dan perak kenang-kenangan satu kilogram,[301] tetapi ini hanya dibenarkan setelah digubalnya satu Akta Parlimen, iaitu Akta Pencetakan Duit Syiling (Sukatan) 2011.

Chariots of Fire

Filem pemenang Anugerah Akademi, Chariots of Fire keluaran 1981 yang mengisahkan kejayaan sukan Britain pada Sukan Olimpik 1924, turut dijadikan tema yang ditampilkan berulang kali dalam promosi Sukan Olimpik London 2012. Lagu tema filem ini didendangkan pada acara bunga api sambutan Tahun Baru London 2012 sempena menyambut Olimpik,[302] manakala babak larian pantai dalam filem itu serta lagu temanya ditampilkan dalam iklan "Let's Make It Great, Britain" yang disiarkan oleh akhbar The Sun.[303] Lima ribu orang pelari yang menyertai larian uji pendahuluan Taman Olimpik juga didorong oleh lagu tema Chariots of Fire.[304]

Dalam sambutan rasmi Festival London 2012, filem Chariots of Fire versi remaster ditayangkan di 100 buah pawagam di seluruh UK mulai 13 Julai 2012, dua minggu sebelum upacara pembukaan Olimpik.[305] Filem tersebut turut diadaptasikan dalam bentuk pementasan sempena Olimpik, mulai 9 Mei di Teater Hampstead, kemudian berpindah ke West End pada 23 Jun.[306]

Lihat juga

Rujukan

Rujukan buku

Pautan luar

Didahului oleh
Beijing
Sukan Olimpik Musim Panas
London

XXX Olympiad (2012)
Diikuti oleh:
Rio de Janeiro