Anjing laut

Anjing laut (Jawi: انجيڠ لاءوت) ialah sejenis mamalia laut yang separa-akuatik dan berkaki sirip dalam klad Pinnipedia.[2] Banyak spesies mendiami perairan sejuk dan berais kawasan-kawasan kutub di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. Ada 34 spesies anjing laut yang masih hidup.[3]

Anjing laut
Julat zaman: Oligosen Lewat–Holosen, 24–0 Ma
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
(tanpa pangkat):
Pinnipedimorpha
(tanpa pangkat):
Pinnipediformes
(tanpa pangkat):
Pinnipedia

Illiger, 1811[1]
Subklad
    • Keluarga †Enaliarctidae
  • Superkeluarga Otarioidea
    • Keluarga Odobenidae (walrus)
    • Keluarga Otariidae (anjing laut berbulu dan singa laut)
  • Superkeluarga Phocoidea
    • Keluarga Phocidae (anjing laut tidak bertelinga)
Peta taburan

Taksonomi

Nama klad Pinnipedia dijejak kepada kata-kata bahasa Latin pinna "sirip" dan pes, pedis "kaki"[4] bermaksud "kaki yang seperti sirip".[2] Nama tersebut diberikan sebagai nama keluarga atau nama order oleh ahli zoologi Jerman bernama Johann Karl Wilhelm Illiger.[5]

Ciri-ciri

Badan anjing laut berbentuk torak dan bergaris arus dengan cuping telinga yang kecil atau tiada langsung, kakinya berbentuk sirip dan ekornya kecil. Kepalanya bulat dan lehernya boleh berpaling.[6][7] Alat sulit dan kelenjar mamarinya boleh disentap balik.[6]

Ia mempunyai indera yang sangat kuat di hujung misainya. Misai anjing laut mempunyai sepuluh kali lebih banyak saraf berbanding misai mamalia darat yang membantu mengesan getaran dalam air[8] dihasilkan ikan yang berenang. Pengesanan getaran ini berguna ketika mencari makanan terutamanya dalam persekitaran air yang gelap.[9]

Tabiat

Pemakanan

Semua spesies anjing laut merupakan karnivor. Makanan utamanya yang dimangsakan adalah ikan, sefalopod, krustasea, bivalvia, zooplankton dan juga burung laut[10] seperti penguin. Anjing laut boleh memburu dalam kawanan atau seekor-seekor.

Anjing laut menelan mangsa yang diburu dalam air. Mangsa yang terlalu besar akan dibawa ke permukaan untuk dikoyak-koyakkan.[11]

Pembiakan

Anjing laut betina melahirkan seorang anak.[12]

Rujukan