Aria

Aria, dalam bahasa Itali untuk “udara” atau "air" dalam Bahasa Inggeris, juga disebut "arie" atau "arias" (lebih daripada satu suara) dalam muzik, bermaksud cara penyampaian emosi sesebuah lagu berdasarkan drama dalam struktur melodi yang kerap digunakan atau sesekala, dipersembahkan oleh penyanyi. Pada masa ini, "Aria" kerap digunakan untuk memberi maksud keunikan/keperibadian untuk satu suara yang disampaikan bersama kumpulan orkestra. Perkataan "aria" banyak kali disebut guna ataupun bersesuaian dengan penyanyi opera, yang mana kebanyakan seni "Aria" digunakan dalam pergerakan oratorio dan kantata.

Penggubah-penggubah muzik juga menulis "Konsert Seni Aria“ sebagai satu cabang kerja seni, contohnya Ah Perfido digubah oleh Beethoven dan beberapa konsert "aria" arahan Mozart. Seni Aria mula muncul pada abad ke-14 yang pada masa itu merujuk kepada corak penyanyi atau pelakon. Aria juga boleh dimaksudkan sebagai skim atau motif melodi atau corak menyanyi puisi, contohnya sonet. Aria pernah dihubungkaitkan dengan sesetengah alat muzik tetapi ia sudah tidak lagi digunakan dalan maksud aria hari ini.

Dari semasa ke semasa, Aria berubah daripada melodi yang biasa dan senang kepada bentuk yang lebih teratur. Pada abad ke-17, Aria ditulis didalam struktur ternary (ABA) yang dikenali sebagai da capo arias.

Kemudiannya, seni Aria mula memasuki dunia opera dan dipelbagaikan kepada banyak cabang seperti Aria cantabile, Aria agitata, Aria di bravura, dan banyak lagi.

Dalam pertengahan abad ke-19, kebanyakan opera sudah menjadikan Aria sebagai corak seninya dengan hanya meninggalkan sedikit bentuk lamanya kepada resitatif, manakala sesetengah opera lain (sebagai contohnya, penggubah Wagner) menggunakan keseluruhan seni aria sebagai cabang baru kepada muzik orkestra.

Aria opera terkenal

AriaOperaLingkungan suaraPenggubahLibretis
"Nessun dorma"TurandotTenorGiacomo PucciniGiuseppi Adami dan Renato Simoni
"Largo al factotum"The Barber of SevilleTenorGioachino RossiniCesare Stirbini
"La donna è mobile"RigolettoTenorGiuseppe VerdiFrancesco Maria Piave
"E lucevan le stelle"ToscaTenorGiacomo PucciniLuigi Illica dan Giuseppe Giacosa
"Votre toast, je peux vous le rendre"CarmenBariton-besGeorges BizetHenri Meilhac dan Ludovic Halévy
"Der Hölle Rache kocht in meinem Herzen"The Magic FluteSopranoWolfgang Amadeus MozartEmanuel Schikaneder
"O mio babbino caro"Gianni SchicchiSopranoGiacomo PucciniGiovacchino Forzano
"Ombra mai fu"SerseSoprano kastratoGeorge Frideric Handel(Tidak diketahui)

Media

Pautan Luar



🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno