Bahasa-bahasa Cam

Bahasa-bahasa Cam ialah sekumpulan sepuluh bahasa yang dituturkan di Aceh (Sumatera, Indonesia) dan di bahagian Kemboja, Thailand, Vietnam, dan Hainan, China . Bahasa-bahasa Cam ialah subkumpulan bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu dalam keluarga Austronesia. Leluhur subkeluarga ini, bahasa Cam Proto, dikaitkan dengan budaya Sa Huỳnh, yang penuturnya tiba di kawasan yang kini dikenali sebagai Vietnam dari Borneo atau mungkin Semenanjung Tanah Melayu.[2]

Bahasa-bahasa Cam
Bahasa-bahasa Cam-Aceh
Taburan
geografi:
Indonesia (Aceh), Kemboja, Vietnam, Thailand, China (Pulau Hainan), pelbagai negara berpendatang asing baru
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Pembahagian:
ISO 639-2 / 5:cmc
Glottolog:cham1327[1]

Selepas bahasa Aceh, dengan 3.5 juta orang penutur, bahasa Carai dan bahasa Cam merupakan bahasa-bahasa rumpun ini yang paling banyak digunakan, dengan kira-kira 230,000 dan 280,000 orang penutur masing-masing di Kemboja dan Vietnam. Bahasa Ucat ialah bahasa yang paling utara dan paling kurang dituturkan dengan hanya 3000 orang penutur.

Sejarah

Bahasa Cam mempunyai sejarah sastera tertua dari mana-mana bahasa Austronesia. Batu Bersurat Dong Yen Chau ditulis dalam bahasa Cam Kuno bertarikh akhir abad ke-4 Masihi.

Peminjaman yang meluas hasil daripada hubungan jangka panjang telah menyebabkan bahasa-bahasa Cam dan bahasa-bahasa Bana, cabang keluarga Austroasia, mempunyai banyak kosa kata yang sama.[2][3]

Pengelasan

Graham Thurgood memberikan pengelasan berikut untuk bahasa-bahasa Cam.[2] Bahasa individu ditanda dengan huruf condong.

Penutur bahasa Aceh.

Angka bahasa Cam Proto dari 7 hingga 9 dikongsi dengan angka bahasa-bahasa Melayu, memberikan bukti separa untuk subkumpulan bahasa-bahasa Cam-Melayu.[2]

Roger Blench[4] juga mengusulkan bahawa mungkin terdapat sekurang-kurangnya satu cabang bahasa-bahasa Austroasia lain di pesisir Vietnam yang kini telah pupus, berdasarkan pelbagai kata pinjaman bahasa-bahasa Austroasia dalam bahasa-bahasa Cam moden yang tidak dapat dikesan dengan jelas ke cabang bahasa-bahasa Austroasia yang sedia ada.[4][5]

Bahasa Cham Purba

 

Bahasa Cham Purba
Rekonstruksi bahasa-bahasa Cham
Leluhur
direkonstruksi

Bahasa Cham Purba yang direkonstruksi berikut dipetik daripada penerbitan 1999 Graham Thurgood From Ancient Cham to Modern Dialects.[2]

Konsonan

Jadual konsonan prasukukataan bahasa Cham Purba berikut adalah daripada Thurgood.[2] Terdapat sejumlah 13–14 konsonan prasukukataan bergantung kepada samada *ɲ dikira atau tidak. Konsonan bukan prasukukataan termasuklah *ʔ, *ɓ, *ɗ, *ŋ, *y, *w. Konsonan hembusan juga boleh direkonstruksi untuk bahasa Cham Purba.

Konsonan prasukukataan bahasa Cham Purba[2]
DwibibirGusiLelangitVelarGlotis
PlosifNirsuaraptck
Bersuarabdɟɡ
Sengauanmɲ[6]
Sisianl
Tamparan atau getaranr
Geseransh

Gugusan konsonan berikut direkonstruksi untuk bahasa Cham Purba:[2] *pl-, *bl-, *kl-, *gl-, *pr-, *tr-, *kr-, *br-, *dr-.

Vokal

Terdapat empat vokal (*-a, *-i, *-u, dan *-e, atau silihannya *-ə) dan tiga diftong (*-ay, *-uy, *-aw).[2]

Vokal Cam Proto
KetinggianDepanPusatBelakang
Sempiti /i/u /u/
Tengahe /e/([ə /ə/])
Luasa /a/

Morfologi

Komponen morfologi bahasa Cham Purba yang direkonstruksi ialah:[2]

  • *tə-: awalan "tidak sengaja"; mirip imbuhan teR- dalam bahasa Melayu.
  • *mə-: awalan kata kerja lazim; mirip imbuhan meN- dalam bahasa Melayu.
  • *pə-: awalan penyebab; mirip imbuhan peN- dalam bahasa Melayu.
  • *bɛʔ-: awalan perintah negatif (dipinjam daripada bahasa-bahasa Austroasia); mirip imbuhan beR- dalam bahasa Melayu.
  • *-əm-: sisipan penamaan; mirip imbuhan -em- dalam bahasa Melayu.
  • *-ən-: sisipan perantian (dipinjam daripada bahasa-bahasa Austroasia); mirip imbuhan -in- dalam bahasa Melayu.

Kata ganti nama

Bahasa Cham Purba mempunyai kata ganti nama diri berikut:[2]

Tunggal

  • *kəu – aku
  • *hulun – saya (sopan); hamba
  • *dahlaʔ – saya (sopan)
  • *hã – awak; kamu; engkau
  • *ñu – dia; mereka

Jamak

  • *kaməi – kami
  • *ta – kita
  • *drəi – kami; refleksif
  • *gəp – lain-lain; kumpulan (dipinjam daripada bahasa-bahasa Austroasia)

Perbandingan kosakata bahasa Cham Purba dan bahasa-bahasa Cham Moden

Jadual berikut membandingkan kata dalam bahasa Cham Purba, bahasa-bahasa Cham Moden, dan bahasa Melayu:

MelayuCham PurbaCham BaratCham TimurReglei
satu*sa/sa ha//tha//sa/
tujuh*tujuh/taçuh//taçŭh//tijuh/
api*ʔapuy/pui//apuy//apui/
langit*laŋit/laŋiʔ//laŋiʔ/ Lingik/laŋĩ꞉ʔ/
beras*bra꞉s/prah//prah-l//bra/
besi*bisεy/pasay//pithăy//pisǝy/
tebu*tabɔw-v/tapau//tapăw//tubəu/

Nota

Rujukan

  • Sidwell, Paul (2009). Classifying the Austroasiatic Languages: History and State of the Art (dalam bahasa Inggeris). LINCOM Europa.
  • Thurgood, Graham (1999). From Ancient Cham to Modern Dialects: Two Thousand Years of Language Contact and Change: With an Appendix of Chamic Reconstructions and Loanwords. Oceanic Linguistics Special Publications (dalam bahasa Inggeris). University of Hawai'i Press. m/s. i, iii–vii, ix–xiii, xv–xvii, 1–259, 261–275, 277–397, 399–407. ISBN 0824821319. JSTOR 20006770.

Templat:Austronesian languages