Bahasa Ucat

Bahasa Ucat, juga dikenali sebagai bahasa Cam Hainan atau bahasa Huihui (Cina ringkas: 回辉语Cina tradisional: 回輝語pinyin: Huíhuīyǔ), ialah bahasa bernada yang dituturkan oleh 4,500 orang Ucul di perkampungan Yanglan (Cina: 羊栏) dan Huixin (Cina: 回新) berhampiran Sanya, Hainan, China. Bahasa Ucat ialah ahli keluarga Polinesia-Melayu dalam keluarga bahasa Austronesia, dan merupakan salah satu bahasa-bahasa Cam yang berasal dari pesisir Vietnam kini.

Bahasa Ucat
Bahasa Cam Hainan
Asli kepadaChina
KawasanHainan
EtnikOrang Ucul
Penutur bahasa
4,000 (2007)
Austronesia
Kod bahasa
ISO 639-3huq
Glottologtsat1238
ELPTsat

Nadajanaan

Nada bahasa Cam Hainan sepadan dengan pelbagai bunyi dalam bahasa Cam Proto.[1]

Nadajanaan Cam Hainan
Nilai nada
(Cam Hainan)
Jenis nada (Cam Hainan)Bunyi hujung Cam Proto
55Tinggi*-h, *-s; PAN *-q
42Turun*-p, *-t, *-k, *-c, *-ʔ; *-ay
Hujung bersuara: terasal
24Naik*-p, *-t, *-k, *-c, *-ʔ; *-ay
Hujung nirsuara: hentian bersuara / pangkal letusan
11RendahVokal dan sengauan
Hujung bersuara: terasal
33SedangVokal dan sengauan
Hujung nirsuara: hentian bersuara / pangkal letusan

Sejarah

Sifat luar biasa untuk suatu bahasa dari keluarga Austronesia, bahasa Ucat telah berkembang menjadi bahasa bernada, mungkin hasil daripada kesan linguistik kawasan dan hubungan dengan pelbagai bahasa bernada yang dituturkan di Hainan termasuk ragam bahasa Cina seperti bahasa Hainan dan bahasa Mandarin, bahasa-bahasa Dai-Kra seperti bahasa-bahasa Li, dan bahasa-bahasa Mien-Hmong seperti bahasa Kimmun.[2]

Nota

Rujukan

 

Pautan luar

Templat:Languages of China

Templat:Austronesian languages