Bahasa Curu

Bahasa Curu (Vietnam: Chu Ru) ialah salah satu bahasa di bawah keluarga bahasa-bahasa Cam di Vietnam yang dituturkan oleh orang Curu di selatan Wilayah Lam Dong (terutamanya di Daerah Don Duong) dan di Wilayah Nin Tuan.

Bahasa Curu
Asli kepadaVietnam
EtnikOrang Curu
Penutur bahasa
19,000 (2009)e18
Austronesia
Kod bahasa
ISO 639-3cje
Glottologchru1239
ELPChru

Seperti bahasa-bahasa Cam lain yang dituturkan di Vietnam (bahasa Cam, bahasa Carai, bahasa Ede, dan bahasa Reglei), penggunaan bahasa Curu semakin berkurang kerana penutur aslinya biasanya dwibahasawan dan boleh menutur dalam bahasa Vietnam, yang digunakan untuk kebanyakan latar rasmi atau awam, seperti sekolah, pejabat, perniagaan, dan lain-lain.

Fonologi

Bunyi konsonan

Jadual berikut menyenaraikan bunyi konsonan dalam bahasa Curu.[1]

BibirApeksGusi-lelangitVelarGlotis
Sengauanmnɲŋ
Hentiannirsuaraptkʔ
bersuarabdɡ
Geseranɕh
Aproksimanwj

Terdapat konsonan pasca-hembusan [ph], [th], [kh], tetapi ia berlaku sebagai urutan hentian ditambahkan [h]. Sebagai contoh, daripada perkataan phaː "satah"(kata kerja) nominal pənhaː "satah" (kata nama) boleh diterbitkan dengan imbuhan -n-.

Bunyi vokal

Senarai bunyi vokal diberikan dalam jadual berikut. Semua bunyi vokal kecuali [eː, o, oː] wujud dalam bentuk sengauan.[1]

Jenis VokalDepanPusatBelakang
Sempiti, iːu, uː
Separuh Sempitə, əːo, oː
Separuh Luasɛ, ɛːɔ, ɔː
Luasa, aː

a Bunyi vokal [eː] sentiasa diikuti dengan [ŋ].

Fonotaktik

Perkataan-perkataan boleh terbentuk sehingga dua pra-suku kata, dan suku kata utama. Contoh penuh ialah pətərbləʔ ("untuk membalikkan"). Vokal dalam pra-suku kata sentiasa [ə] selepas konsonan dan [a] sebaliknya.[1]

Tatabahasa

Sintaks

Seperti kebanyakan bahasa lain di Asia Tenggara, termasuklah bahasa Vietnam, bahasa Curu ialah bahasa bercerakin (atau berasing) tanpa penandaan morfologi bagi kasus, jantina, bilangan, atau kala. Dalam profil tipologinya, ia mencerminkan kesan pertembungan bahasa yang meluas, kerana ia lebih menyerupai sesebuah bahasa Austroasia dengan akar ekasukukata dan morfologi miskin dan bukannya sesebuah bahasa Austronesia kanunan dengan akar dwisukukata dan morfologi berterbitan (Grant 2005). Ia mempunyai susunan perkataan subjek-verba-objek (SVO).

Penafian

Bahasa Curu menggunakan partikel nafi pra-karyaan, 'buh /ʔbuh/ sebagai nafian mudah dalam ayat penyata:

kơu

1SG

'buh

NEG

mưnhũm

minum

alak

arak

kơu 'buh mưnhũm alak

1SG NEG minum arak

'Aku tidak minum arak.' (Curu LL 3)

Partikel nafi akhiran klausa pilihan, ou, juga boleh digunakan, terutamanya dalam soalan nafian dan balasan nafian kepada soalan:

Du

Tetapi

phơn

benda

ni

ini

nhũ

akan

làn

cair

lam

dalam

ia

air

'buh

NEG

ơu?

 

Du phơn ni nhũ làn lam ia 'buh ơu?

Tetapi benda ini akan cair dalam air NEG

'Tetapi benda ini akan cair dalam air, bukan?' (Curu 1st grade primer 59) Mismatch in the number of words between lines: 9 word(s) in line 1, 8 word(s) in line 2 (help);

Lăm

klơu

Aràng

hu

Aràng

sêi

prong

rơlau

rêi?

Lăm klơu Aràng hu Aràng sêi prong rơlau rêi?

Dalam kalangan Hyang, ada Hyang yang lebih besar daripada yang lain?

'Bu

ơu:

Klơu

Aràng

ring

gơu.

'Bu ơu: Klơu Aràng ring gơu.

Tidak: Para Hyang setara semuanya. (Curu mass 40)

Rujukan

Templat:Languages of Vietnam

Templat:Austronesian languages