Letupan dwibibir tak bersuara

Letupan dwibibir tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara p dalam Abjad Fonetik Antarabangsa dalm p dalam X-SAMPA. Dalam bahasa Melayu, konsonan letupan/hentian dwibibir tak bersuara dilambangkan oleh huruf p, contohnya: panas, spanar dan tetap.

Nombor AFA101
Pengekodan
X-SAMPAp
Imej
Sampel audio
noicon

Bunyi [p] tidak terdapat dalam 10% dari bahasa yang ada bunyi [b]. Inilah salah satu ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa-bahasa kawasan "lilit-Sahara" (Afrika di utara khatulistiwa, termasuk semenanjung Arab). Tidak diketahui berapa usia ciri-ciri ini, ataupun sama ada ini adalah kesan fenomena bahasa Arab sebagai bahasa berprestij (Bahasa Arab kehilangan bunyi /p/ pada zaman prasejarah), ataupub bahasa Arab itu sendiri dipengaruhi oleh corak kawasan yang lebih lama. Ketiadaan bunyi [p] juga didapati di kawasan-kawasan lain, contohnya di Eropah: bahasa-bahasa Proto-Celt dan Basque Lama apabila direkonstruksi didapati ada bunyi [b] tetapi tiada bunyi [p].

Walau apapun, bunyi [p] tetap mudah dijumpai dalam pelbagai bahasa. Kebanyakan bahasa cuma ada [p] biasa, sementara yang lain ada lebih dari satu jenisnya, misalnya: kebanyakan bahasa-bahasa Indo-Arya seperti bahasa Hindi, membezakan [p] yang biasa dan berhembusan.

Ciri-ciri

Ciri-ciri letupan dwibibir tak bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah letupan atau hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
  • Daerah artikulasinya adalah dwibibir, iaitu disebut dengan menutup kedua-dua bibir.
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Bentuk varian

IPAX-SAMPAHuraian
ppp biasa
p_hp berhembusan
p' (atau p_j)p yang dipalatalkan
p_wp yang dibibirkan
p_}p yang tak lepas
p_vp bersuara
p_>p ejektif

Penggunaan

BahasaPerkataanIPAErtiCatatan
Melayupanas[panas]'panas'Rujuk fonologi bahasa Melayu
Belanda[1][[[Ortografi bahasa Belanda|plicht]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[plɪxt] 'tugas'Rujuk fonologi bahasa Belanda
Catalonia[2][[[Ortografi bahasa Catalonia|parallamps ]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[ˌpaɾəˈʎams]'pengalir kilat'Rujuk fonologi bahasa Catalonia
CinaMandarin爆炸/bàozhà[pɑʊ˥˩ tʂa˥˩] 'meletup'Dibezakan dengan bentuk berhembusan. Rujuk Bahasa Mandarin Baku
Inggeris[[[Ortografi bahasa Inggeris|pack]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[pʰæk] 'pek'Rujuk fonologi bahasa Inggeris
Itali[3][[[Bahasa Itali|papà]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[paˈpa] 'ayah'Rujuk fonologi bahasa Itali
Jepun[4]ポスト/[[[Romanization of Japanese|posuto]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[posɯto] 'peti surat'Rujuk fonologi bahasa Jepun
Perancis[5][[[Ortografi bahasa Perancis|pomme]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[pɔm] 'epal'Rujuk fonologi bahasa Perancis
Poland[6][[[Ortografi bahasa Poland|pas]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[pas] 'tali pinggang'Rujuk fonologi bahasa Poland
Portugis[7][[[Ortografi bahasa Portugis|pai]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[paɪ̯] 'bapa'Rujuk fonologi bahasa Portugis
Rusia[8]плод[plot] 'buah'Dibezakan dengan bentuk terlelangit. Rujuk fonologi bahasa Rusia
Sepanyol[9][[[Ortografi bahasa Sepanyol|peso]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[ˈpe̞so̞]'berat'Rujuk fonologi bahasa Sepanyol
ZapotecTilquiapan[10]pan[paŋ]'roti'

Rujukan

Bibliografi

  • Carbonell, Joan F. & Joaquim Llisterri (1992), "Catalan", Journal of the International Phonetic Association 22 (1-2): 53-56
  • Cruz-Ferreira, Madalena (1995), "European Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 25 (2): 90-94
  • Fougeron, Cecile & Caroline L Smith (1993), "Illustrations of the IPA:French", Journal of the International Phonetic Association 23 (2): 73-76
  • Gussenhoven, Carlos (1992), "Dutch", Journal of the International Phonetic Association 22 (2): 45-47
  • Jassem, Wiktor (2003), "Polish", Journal of the International Phonetic Association 33 (1): 103-107
  • Martínez-Celdrán, Eugenio; Ana Ma. Fernández-Planas & Josefina Carrera-Sabaté (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association 33 (2): 255-259
  • Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquipan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association, 38 (1): 107–114
  • Okada, Hideo (1991), "Phonetic Representation:Japanese", Journal of the International Phonetic Association 21 (2): 94-97
  • Padgett, Jaye (2003), "Contrast and Post-Velar Fronting in Russian", Natural Language & Linguistic Theory 21 (1): 39-87
  • Rogers, Derek & Luciana d'Arcangeli (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association 34 (1): 117-121