Sengauan velar

Sengauan velar ialah sejenis konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan. Bunyi ini dilambangkan oleh ŋ dalam Huruf Fonetik Antarabangsa (IPA), dan N dalam X-SAMPA. Lambang IPA-nya berupa huruf n kecil yang tertumbuh ekor yang menghadap ke kiri di bawah batang kanan huruf berkenaan.

Nombor AFA119
Pengekodan
X-SAMPAN
Imej
Sampel audio
noicon

Dalam bahasa Melayu, sengauan velar dilambangkan oleh dwihuruf Rumi ng atau huruf Jawi ڠnga, contohnya: nganga ڠاڠا‎, sangka سڠک‎, sanggup سڠݢوڠ‎, siang سياڠ‎.

Ciri-ciri

Ciri-ciri sengauan velar:

  • Cara artikulasinya adalah hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
  • Daerah artikulasinya adalah velar, iaitu disebut dengan bahagian belakang lidah (dorsum) menyentuh lelangit lembut (velum).
  • Jenis pembunyiannya ialah bersuara, iaitu pita vokal bergetar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan sengauan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui hidung.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Bentuk varian

IPADescription
ŋ[ŋ] biasa
ŋ̊[ŋ] tak bersuara
ŋ̍[ŋ] sukuan
ŋ̈[ŋ] bersuara mengah
ŋ̃[ŋ] bersuara garau
ŋʷ[ŋ] terbibir

Penggunaan

BahasaPerkataanIPAErtiCatatan
Melayu[[[Ortografi bahasa Melayu|bangun]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[baŋun]'bangun'
Aleut[1][[[Abjad Rumi|chaang]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[tʃɑːŋ] 'lima'
Belanda[2][[[Ortografi bahasa Belanda|angst]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[ɑŋst]'ketakutan'Rujuk fonologi bahasa Belanda
Catalonia[3][[[Ortografi bahasa Catalonia|sang]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[saŋ]'darah'Rujuk fonologi bahasa Catalonia
CinaKantonis[[[Aksara Cina|昂]]] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-yue-Hani (bantuan)/ngong4[ŋɔːŋ˩] 'mengangkat'Rujuk Bahasa Kantonis Baku
Mandarin[[[Aksara Cina|北京]]] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-cmn-Hani (bantuan)/Běijīng[peɪ˨˩ tɕiŋ˥˥]'Beijing'Rujuk Bahasa Mandarin Baku
Hindi[[[Devanāgarī|रङ्ग]]] Error: {{Lang}}: aksara: deva tidak disokong untuk kod: hi (bantuan)[rəŋɡ]'warna'Rujuk fonologi bahasa Hindi-Urdu
Inggeris[[[Ortografi bahasa Inggeris|sing]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[sɪŋ] 'menyanyi'Terhad kepada koda suku kata. Rujuk fonologi bahasa Inggeris
Itali[4][[[Abjad Itali|anche]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[ˈaŋke]'juga'Rujuk fonologi bahasa Itali
JepunBaku南極/[[[Perumian bahasa Jepun|nankyoku]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[naŋkʲokɯ]'Kutub Selatan'Rujuk fonologi bahasa Jepun
loghat-loghat Timur[5]/[[[Perumian bahasa Jepun|kagi]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[kaŋi] 'kunci'
Jerman[[[Ortografi bahasa Jerman|lang]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[laŋ] 'panjang'Rujuk fonologi bahasa Jerman
Māori[[[Abjad Rumi|ngā]]] Error: {{Lang}}: kod bahasa tidak diiktiraf: mao (bantuan)[ŋa:]'(kata sandang jamak)' [6]
Perancis[7][[[Ortografi bahasa Perancis|parking]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[paʀkiŋ]'tempat letak kereta'Rujuk fonologi bahasa Perancis
Poland[8][[[Ortografi bahasa Poland|bank]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[baŋk] 'bank'Rujuk fonologi bahasa Poland
Sepanyol[9][[[Ortografi bahasa Sepanyol|domingo]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[d̪o̞ˈmĩŋɡo̞]'Ahad'Rujuk fonologi bahasa Sepanyol
Swahili[[[Abjad Rumi|ng'ombe]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda cacat (bantuan)[ŋɔmbɛ]'lembu'
Thaiาน[ŋaːn]'kerja'
Vietnamưng[ɯŋ]'menerima'Rujuk fonologi bahasa Vietnam

Rujukan

Bibliografi

  • Anderson, Gregory D. S. (2008), "The Velar Nasal", dalam Haspelmath, Martin; Dryer, Matthew S; Gil, David; Comrie, Bernard (penyunting), The World Atlas of Language Structures Online, Munich: Max Planck Digital Library, dicapai pada 2008-04-30
  • Carbonell, Joan F.; Llisterri, Joaquim (1992), "Catalan", Journal of the International Phonetic Association, 22 (1–2): 53–56
  • Gussenhoven, Carlos (1992), "Dutch", Journal of the International Phonetic Association, 22 (2): 45–47
  • Jassem, Wiktor (2003), "Polish", Journal of the International Phonetic Association, 33 (1): 103–107
  • Martínez-Celdrán, Eugenio; Fernández-Planas, Ana Ma.; Carrera-Sabaté, Josefina (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association, 33 (2): 255–259
  • Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquipan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association, 38 (1): 107–114
  • Okada, Hideo (1991), "Phonetic Representation:Japanese", Journal of the International Phonetic Association, 21 (2): 94–97
  • Rogers, Derek; d'Arcangeli, Luciana (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association, 34 (1): 117–121
  • Wells, J.C. (1989), "Computer-Coded Phonemic Notation of Individual Languages of the European Community", Journal of the International Phonetic Association, 19 (1): 31–54