Banchan

Banchan (Hangul반찬; Hanja飯饌; juga dieja panch'an) merujuk kepada hidangan sampingan kecil atau lauk yang disaji bersama nasi dalam masakan Korea. Lazimnya di atas meja akan terdapat juadah lengkap yang dinamakan bansang (반상) yang selalunya mengandungi bap (밥, nasi), guk atau tang (sup), gochujang atau ganjang, jjigae, dan kimchi. Menurut bilangan banchan yang ditambah, susunan meja dipanggil 3 cheop (삼첩), 5 cheop (오첩), 7 cheop (칠첩), 9 cheop (구첩), 12 cheop (십이첩) bansang, dengan 12 cheop lazimnya untuk santapan diraja.[1]

Banchan
Aneka banchan disajikan di atas meja
Nama Korea
Hangul반찬
Hanja
Perumian Semakanbanchan
McCune–Reischauerpanch'an

Banchan diletakkan ditengah-tengah meja untuk dikongsi. Di tengah-tengah meja tersebut ialah sajian utama sekunder, galbi atau bulgogi, dengan seperiuk jjigae yang dikongsi. Mangkuk nasi dan guk (sup) diletakkan untuk setiap individu. Banchan dihidang dalam saiz yang kecil, yang bertujuan untuk dihabiskan setiap kali makan dan hanya ditambah jika tidak cukup. Lazimnya, semakin formal hidangan tersebut, semakin banyak banchan disajikan. Wilayah Jeolla terutamanya memang terkenal dengan menyedikan pelbagai banchan dalam suatu juadah lengkap.[2]

Kepelbagaian

Kimci

Dongchimi (동치미)

Kimci ialah sayur jeruk, lazimnya baechu (kubis cina), diperisakan dengan cili dan garam. Ini ialah banchan yang paling standard dalam hidangan makanan Korea. Sesetengah masyarakat Korea tidak akan menganggap sesuatu juadah itu lengkap tanpa kimci. Kimci boleh dibuat dengan sayur lain juga, termasuk daun bawang, gat (갓), dan lobak putih (무; mu).

Nama[3]Nama KoreaPenerangan
Nabak kimchi나박김치Kimchi air dengan kurang baechu dan mu pedas
Dongchimi동치미Pelbagai sayuran dalam perapan putih. Nabak kimchi dan dongchimi dirujuk sebagai mul kimchi (물김치), harfiahnya "kimci air."
Geotjeori[4]겉절이Kimchi segar yang dimakan rangup tanpa dijerukkan. Lazimnya diperbuat daripada baechu dan daun salad.
Kkakdugi깍두기Kimchi diperbuat daripada mu (lobak putih) dipotong dadu
Oi sobagi오이 소박이Kimchi timun sumbat, disumbat dengan cili, daun bawang dan buchu
Chonggak kimchi총각김치Keseluruhan mu dengan perisa cili. Ia diperbuat daripada dallangmu, bersaiz seperti sosej.
Yeolmu kimchi열무김치Kimchi muda, disediakan dengan atau tanpa jeotgal jeruk.
Pa kimchi파김치Kimchi daun bawang, pedas dan masin, diperisakan dengan myeolchijeot yang banyak, ikan bilis masin versi Korea.
Gat kimchi갓김치Kimchi sesawi hitam dengan serbuk cili yang banyak dan rasa yang pahit. Pes myeolchijeot dan pulut yang kuat ditambah untuk mengurangkan rasa pedas dan pahit.[5]

Namul

Pelbagai namul

Namul (나물) merujuk kepada sayur yang dikukus, diperap atau digoreng kilas, lazimnya diperisakan dengan minyak bijan, garam, cuka, bawang putih kisar, hirisan daun bawang, cili kering dan sos soya.

Nama[6][7]Nama KoreaPenerangan
Kongnamul콩나물Tauge rebus yang sudah sejuk dengan minyak bijan.
Sigeumchi namul[8]시금치나물Bayam celur dicurah minyak bijan, bawang putih dan sos soya.
Miyeok muchim[9]미역무침Miyeok (wakame, rumpai laut) dengan cuka manis dan garam.
Musaengchae/Muchae[10]무생채/무채Hirisan memanjang lobak putih dalam sos cuka manis, kadangkala dengan kisaran cili kering.
Gosari namul고사리나물Pucuk paku pakis yang digoreng kilas.
Chwinamul취나물Akar Doellingeria scabra yang digoreng dan diperisakan.
Bireum namul[11]비름나물Bayam celur dan diperisakan.
Naengi namul[12]냉이나물Sayur shepherd's purse yang dicelur dan diperisakan.
Dolnamul돌나물Sedum mentah dengan kuah sos cili.
Gogumasun namul[13]고구마순나물Pucuk keledek rebus atau diperisa.
Gaji namul가지나물Terung rebus.
Doraji namul도라지나물Akar Chinese bellflower rebus.

Bokkeum

Bokkeum (볶음) ialah hidangan goreng kilas dengan sos.

  • Kimchi bokkeum (김치볶음) - Kimci goreng kilas, lazimnya dengan daging babi[14] (serupa jeyook bokkeum).
  • Jeyook bokkeum (제육볶음) - Daging babi goreng kilas dengan sos gochujang (pes cili) dan bawang besar.[15]
  • Ojingeochae bokkeum (오징어채볶음) — Sotong kering goreng kilas diperisakan dengan campuran gochujang (pes cili), bawang putih, dan mulyeot (perasa seperti sirap).[16]
  • Nakji bokkeum (낙지볶음) - Anak kurita goreng kilas dalam sos gochujang pedas.[14]
  • Buseot bokkeum (버섯볶음) - Cendawan goreng kilas seperti cendawan pyogo, cendawan tiram, cendawan tusam.[14]

Jorim

Jorim ialah hidangan yang direneh dalam air rebusan.

  • Dubu-jorim (두부조림) — Tauhu direneh dalam sos soya cair, sedikit minyak bijan, bawang putih kisar dan hirisan daun bawang.[17]
  • Jang-jorim (장조림) — Daging lembu yang direneh dalam sos soya, kadangkala dengan telur ayam atau telur puyuh yang direbus.[18]

Jjim

Jjim ialah ikan kukus.

  • Gyeran jjim (계란찜) — Telur yang diperisa dan dicampur dikukus dalam periuk panas.[19]
  • Saengseon jjim (생선찜) — Ikan kukus.[20]

Jeon

Jeon merujuk kepada pelbagai jenis lempeng.[21] Buchimgae ialah yang lebih kurang.

  • Pajeon (파전) — Lempeng nipis dengan daun bawang.[21]
  • Kimchijeon (김치전) — Lempeng nipis dengan kimci matang.[21]
  • Gamjajeon (감자전) — Lempeng kentang gaya Korea.[22]
  • Saengseon jeon (생선전) — Sajian kecil ikan yang disadur telur dan digoreng.[23]
  • Donggeurang ttaeng (동그랑땡) — Patti yang diperbuat daripada tauhu, daging dan sayuran, disadur dengan telur dan digoreng.[24]

Lain-lain

  • Japchae (잡채) — Hidangan tunggal, japchae juga boleh dimakan sebagai banchan. Japchae ialah mi yang diiringi dengan pelbagai sayur dan daging dalam sos bawang putih yang agak manis.
  • Salad kentang gaya Korea (감자 샐러드) dengan epal dan lobak merah.

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar