Ceuta

Sabtah[3] (Arab: سَبْتَة, rumi: Sabtah) atau Ceuta (Sebutan Sepanyol: [ˈθeuta]) adalah sebuah kota eksklaf autonomi di Sepanyol seluas 18.5-kilometer-persegi (7.1 bt2). Ia terletak di pantai utara di benua Afrika, berkongsi sempadan dengan Maghribi. Ia dipisahkan dengan Semenanjung Iberia oleh Selat Gibraltar. Ceuta juga bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lautan Atlantik. Ceuta, selain daripada Melilla sebuah lagi ekslaf milik Sepanyol, merupakan sebuah wilayah dihuni oleh bangsa Sepanyol di tanah besar Afrika. Ceuta merupakan sebahagian wilayah di bawah pentadbiran Cádiz sehingga 14 Mac 1995 apabila status autonominya diluluskan.

Sabtah
Ceuta
Kota autonomi
Kota autonomi Ceuta
[Ciudad autónoma de Ceuta] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (Sepanyol)
Ceuta, dilihat dari Monte Hacho
Ceuta, dilihat dari Monte Hacho
Bendera Sabtah Ceuta
Jata Sabtah Ceuta
Lokasi Ceuta
Lokasi Ceuta
NegaraSepanyol
Kota autonomiCeuta
Mula dibukaKurun ke-5 sebelum masihi
Tamatnya pemerintahan Muslim14 Ogos 1415
Dilepaskan kepada Sepanyol1 Januari 1668
Status autonomi14 Mac 1995
Diasaskan olehCarthage
Pentadbiran
 • JenisKota autonomi
 • BadanMajlis Kerajaan
 • Datuk Bandar-PresidenJuan Jesús Vivas (PP)
Keluasan
 • Jumlah18.5 km2 (7.1 batu persegi)
 • Tanah18.5 km2 (7.1 batu persegi)
Aras
10 m (30 ft)
Aras tertinggi349 m (1,145 ft)
Penduduk
 (2011)[2]
 • Jumlah82,376
 • Kepadatan4,500/km2 (12,000/batu persegi)
DemonimCeutan
ceutí (es)
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
ISO 3166-2
ES-CE
Poskod
51001–51005
Bahasa rasmiSepanyol
ParlimenCortes Generales
Kongres1 deputi (daripada 350)
Senat2 senator (daripada 264)
Laman sesawangwww.ceuta.es

Ceuta, seperti Melilla merupakan sebuah pelabuhan bebas sebelum Sepanyol menganggotai Kesatuan Eropah.[perlu rujukan] Setakat tahun 2011, jumlah penduduknya adalah seramai 82,376.[2] dan terdiri daripada Kristian, Muslim (bertutur bahasa Arab dan Berber). Terdapat juga sejumlah kecil penduduk minoriti Yahudi dan India yang beragama Hindu. Bahasa Sepanyol merupakan bahasa rasmi. Majoriti penduduknya adalah orang Sepanyol yang menentang idea untuk bergabung dan diperintah oleh Maghribi.[4]

Pemandangan Ceuta didominasi oleh Bukit-bukau Monte Hacho, di mana terdapatnya suatu bukit yang dikuasai oleh pasukan Sepanyol. Monte Hacho merupakan salah satu calon legenda Greek Tiang Hercules Selatan, calon lainnya adalah Jebel Musa. Pada zaman moden ini, Ceuta terkenal dengan alam kosmopolitannya yang dipengaruhi dengan binaan unik Eropah — semuanya dapat mendokong sektor pelancongan.

Rujukan

Pautan luar


Negara dan Wilayah di Mediterranean
Albania | Algeria | Bosnia dan Herzegovina | Croatia | Cyprus | Israel | Itali | Lebanon | Libya | Malta | Maghribi | Melilla (Sepanyol)
Mesir | Monaco | Montenegro | Palestin/Israel | Perancis | Slovenia | Sepanyol | Syria | Tunisia | Turki | Yunani
Wilayah tanggungan: Akrotiri dan Dhekelia (United Kingdom) | Ceuta (Sepanyol) | Gibraltar (United Kingdom)
Wilayah tidak diiktiraf: Republik Turki Cyprus Utara