Waktu Musim Panas Eropah Tengah

Waktu Musim Panas Eropah Tengah (bahasa Inggeris: Central European Summer Time, CEST) ialah salah satu nama bagi zon waktu UTC+2, yang 2 jam lebih awal daripada Waktu Semesta Berkoordinat. Ia digunakan sewaktu waktu jimat siang di musim panas di kebanyakan negara-negara Eropah dan Afrika Utara. Ketika musim sejuk pula, Waktu Eropah Tengah (UTC+1) digunakan.

Zon waktu Eropah:
biru Waktu Eropah Barat (UTC+0)
Waktu Musim Panas Eropah Barat (UTC+1)
biru terang Waktu Eropah Barat (UTC+0)
merah Waktu Eropah Tengah (UTC+1)
Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+2)
kuning Waktu Eropah Timur (UTC+2)
Waktu Musim Panas Eropah Timur (UTC+3)
emas Waktu Kaliningrad (UTC+2)
hijau Waktu Moscow (UTC+3)
Warna-warna cerah menunjukkan negara-negara yang tidak menggunakan waktu musim panas: Algeria, Belarus, Iceland, Maghribi, Rusia, Tunisia dan Turki.

Waktu Musim Panas Eropah Tengah ini pada beberapa ketika pernah dikenali dengan pelbagai nama, seperti Middle European Summer Time, Central European Daylight Time (CEDT) atau Bravo Time, sempena dengan huruf kedua dalam abjad fonetik.

Penggunaan

Negara-negara dan wilayah-wilayah berikut menggunakan Waktu Musim Panas Eropah sewaktu musim panas, di antara 1:00 UTC pada hari Ahad terakhir bulan Mac dan 1:00 UTC pada hari Ahad terakhir bulan Oktober.

Portugal pernah menggunakan waktu ini pada tahun-tahun 1993-1995, manakala Lithuania pada tahun 1998-1999.

Tukar jadual tarikh untuk Waktu Musim Panas Eropah Tengah

BermulaSelesai
25 Mac 199030 September 1990
31 Mac 199129 September 1991
29 Mac 199227 September 1992
28 Mac 199326 September 1993
27 Mac 199425 September 1994
26 Mac 199524 September 1995
31 Mac 199627 Oktober 1996
30 Mac 199726 Oktober 1997
29 Mac 199825 Oktober 1998
28 Mac 199931 Oktober 1999
26 Mac 200029 Oktober 2000
25 Mac 200128 Oktober 2001
31 Mac 200227 Oktober 2002
30 Mac 200326 Oktober 2003
28 Mac 200431 Oktober 2004
27 Mac 200530 Oktober 2005
26 Mac 200629 Oktober 2006
25 Mac 200728 Oktober 2007
30 Mac 200826 Oktober 2008
29 Mac 200925 Oktober 2009
28 Mac 201031 Oktober 2010
27 Mac 201130 Oktober 2011
25 Mac 201228 Oktober 2012
31 Mac 201327 Oktober 2013
30 Mac 201426 Oktober 2014
29 Mac 201525 Oktober 2015
27 Mac 201630 Oktober 2016
26 Mac 201729 Oktober 2017
25 Mac 201828 Oktober 2018
31 Mac 201927 Oktober 2019
29 Mac 202025 Oktober 2020
28 Mac 202131 Oktober 2021
27 Mac 202230 Oktober 2022