Chloé Zhao

Chloé Zhao (lahir 31 Mac 1982)[1] merupakan seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip China. Beliau dikenali sebagai pengarah filem Amerika Syarikat Songs My Brothers Taught Me (2015) dan The Rider (2017).

Chloé Zhao
Chloé Zhao pada 2015
Kelahiran
Zhao Ting

(1982-03-31) 31 Mac 1982 (umur 42)
Beijing, China
WarganegaraChina
Pusat pendidikan
PekerjaanPengarah, penerbit filem, penulis skrip
Tahun aktif2008–kini
Chloé Zhao
Cina Ringkas:赵婷
Cina Tradisional:趙婷

Latar belakang

Chloé Zhao dilahirkan sebagai Zhao Ting dan dibesarkan di Beijing, Tiongkok, kepada pasangan Zhao Yuji, bekas pengurus am sebuah syarikat baja milik negara.[2][3] Ibu bapanya kemudian berpisah dan bapanya berkahwin lagi dengan pelakon Song Dandan. Sewaktu masih remaja, beliau memberontak dan tertarik pada pengaruh dari budaya popular Barat.[4] Beliau melanjutkan pendidikan di sekolah asrama di London sebelum berpindah ke Los Angeles untuk menghadiri sekolah menengah.[5] Beliau belajar di Kolej Mount Holyoke dan memperoleh ijazah sarjana dalam sains politik.[6] Beliau mempunyai pekerjaan sampingan sebagai promoter acara, hartanah dan barista sebelum mempelajari penerbitan filem di Tisch School of the Arts Universiti New York.[2][7]

Beliau kini menetap di California, Amerika Syarikat.[2]

Filemografi

TahunFilemPengarahPenulis skripPenerbitCatatan
2015Songs My Brothers Taught MeYaYaYaSebagai penyunting
2017The RiderYaYaYa
2020NomadlandYaYaYaSebagai penyunting
2021EternalsYaTidakTidak

Rujukan

Pautan luar