Dikotiledon

Dikotiledon atau "dikot" ialah sekumpulan tumbuhan berbunga yang bijinya biasa mengandungi daun-daun embrio atau kotiledon. Sebaliknya, tumbuhan-tumban berbunga yang bukan dikotiledon ialah monokotiledon, dan seringnya mempunyai hanya satu daun embrio.

Tumbuhan minyak jarak yang menunjukkan dua helai daun embrio (kotiledon) yang berbeza dengan daun dewasa
Salah satu contoh bunga bukan eudikot yang mempunyai tiga bahagian dalam satu pusaran: Magnolia

Disebabkan penemuan oleh Kumpulan Filogeni Angiosperma (APG) (Angiosperm Phylogeny Group), monokotiledon kini diterima sebagai tumbuhan yang dievolusi daripada dikotiledon dan oleh itu, dikotiledon kini merupakan sebuah kumpulan parafili. Ini bermakna bahawa dikotiledon tidak lagi dianggap sebagai kumpulan "baik", dan nama-nama "dikotiledon" dan "dikot" tidak lagi digunakan, sekurang-kurangnya dari segi taksonomi. Bagaimanapun, amat banyak dikot dahulu merupakan kumpulan monofili yang dikenali sebagai eudikot atau trikolpat. Ini dapat dibezakan daripada semua tumbuhan berbunga yang lain dengan struktur debunganya. Dikotiledon dan monokotiledon yang lain mempunyai debunga monosulkat atau bentuk-bentuk terbitannya, sedangkan eduikot mempunyai debunga trikolpat atau bentuk-bentuk terbitan, serta debunganya yang mempunyai tiga atau lebih pori yang diatur dalam alur yang digelarkan "kolpi".


Morfologi dibandingkan dengan monokotiledon

Buku teks sekolah menyenaraikan perbezaan antara monokotiledon dan dikotiledon seperti berikut:

  • Bunga: Bunga monokot mempunyai tiga bahagian dalam satu pusaran, sedangkan bunga dikot mempunyai empat atau lima bahagian.
  • Debunga: Debunga monokot mempunyai satu alur atau pori, sedangkan dikot mempunyai tiga.
  • Biji: Embrio monokot mempunyai satu kotiledon, sedangkan dikot embrio mempunyai dua.
  • Tangkai: Berkas vaskular untuk tangkai monokot bertaburan, sedangkan yang untuk dikot diatur dalam lingkaran.
  • Akar: Monokot mempunyai akar adventitius, sedangkan dikot dikembangkan daripada radikel.
  • Daun: Vena utama untuk daun monokot adalah selari, sedangkan yang untuk dikot adalah berselirat.

Perbezaan-perbezaan di atas hanya merupakan suatu gambaran yang umum, dan harus tidak diambil secara literal kerana terdapat banyak kekecualian. Perbezaan-perbezaan yang dikemukakan adalah lebih benar antara monokot dan eudikot, mengikut sistem APG II.

Taksonomi

Dikot telah diiktirafkan sebagai suatu kumpulan yang berasingan oleh John Ray, dan oleh itu, beliau mendahului Carolus Linnaeus (sila lihat sejarah sistematik tumbuhan (bahasa Inggeris: plant systematics). Nama tradisi untuk kumpulan ini ialah dikotiledon sejak lama lagi, dan merupakan nama botani deskriptif yang boleh digunakan pada mana-mana satu peringkat. Pengguna-pengguna awal, seperti A.P. de Candolle lebih suka mengeja istilah ini sebagai Dicotyledoneae. Taksonomi untuk tumbuhan-tumbuhan dalam kumpulan ini berbeza-beza, bergantung kepada sistem taksonomi yang digunakan:

Dikotiledon menurut de Candolle

  • Dicotyledoneae
    Thalamiflorae
    Calyciflorae
    Corolliflorae
    Monochlamydeae

Dikotiledon menurut sistem Bentham & Hooker

Sistem Bentham & Hooker merupakan sebuah sistem yang terpengaruh dalam abad ke-19, dan mengolah dikot seperti berikut:

  • Dicotedonum polypetalarum
    Thalamiflorae
    Disciflorae
    Calyciflorae
  • Dicotyledones gamopetalae
    Inferae
    Heteromerae
    Bicarpellatae
  • Dicotedones monochlamideae

Dikotiledon menurut sistem Wettstein

Sistem Wettstein merupakan sebuah sistem awal abad ke-20 yang mengolah dikot seperti berikut:

  • 1. kelas Dicotyledones
    1. subkelas Choripetalae
    A. Monochlamideae
    B. Dialypetalae
    2. subkelas Sympetalae

Dikotiledon menurut Cronquist

Dalam sistem Cronquist, dikot diolah sebagai kelas Magnoliopsida, suatu nama yang dibentukkan daripada nama famili Magnoliaceae (Perkara 16 ICBN).

  • kelas Magnoliopsida
    subkelas Magnoliidae
    subkelas Hamamelidae
    subkelas Caryophyllidae
    subkelas Dilleniidae
    subkelas Rosidae
    subkelas Asteridae

Sistem Cronquist ini amat popular dan terdapat banyak versi yang telah diterbitkan. Dalam sebilangan sistem berdasarkan Cronquist, dikotiledon dianggap sebagai subkelas Magnoliidae (seperti contoh ini Diarkibkan 2006-06-16 di Wayback Machine). Dalam kes demikian, Magnoliopsida (pada peringkat kelas) merujuk kepada tumbuhan berbunga (angiosperma).

Dikotiledon menurut Dahlgren

Dalam sistem Dahlgren, dikot dianggap sebagai subkelas Magnoliidae, suatu nama yang dibentukkan daripada nama famili Magnoliaceae (Perkara 16 ICBN).

  • subkelas Magnoliidae
    supersusunan Magnolianae
    supersusunan Nymphaeanae
    supersusunan Ranunculanae
    supersusunan Caryophyllanae
    supersusunan Polygonanae
    supersusunan Plumbaginanae
    supersusunan Malvanae
    supersusunan Violanae
    supersusunan Theanae
    supersusunan Primulanae
    supersusunan Rosanae
    supersusunan Proteanae
    supersusunan Myrtanae
    supersusunan Rutanae
    supersusunan Vitanae
    supersusunan Santalanae
    supersusunan Balanophoranae
    supersusunan Aralianae
    supersusunan Asteranae
    supersusunan Solananae
    supersusunan Ericanae
    supersusunan Cornanae
    supersusunan Loasanae
    supersusunan Gentiananae
    supersusunan Lamianae

Dikotiledon menurut Thorne (1992)

Dalam sistem Thorne (1992), dikot dianggap sebagai subkelas Magnoliidae, suatu nama yang dibentukkan daripada nama famili Magnoliaceae (Perkara 16 ICBN). Taksonomi dalaman untuk sistem Thorne (versi sistem yang digambarkan oleh Reveal) adalah seperti berikut:

  • subclass Magnoliidae [= dikotiledon]
    supersusunan Magnolianae
    supersusunan Nymphaeanae
    supersusunan Rafflesianae
    supersusunan Caryophyllanae
    supersusunan Theanae
    supersusunan Celastranae
    supersusunan Malvanae
    supersusunan Violanae
    supersusunan Santalanae
    supersusunan Geranianae
    supersusunan Rutanae
    supersusunan Proteanae
    supersusunan Rosanae
    supersusunanCornanae
    supersusunan Asteranae
    supersusunan Solananae
    supersusunan Loasanae
    supersusunan Myrtanae
    supersusunan Gentiananae

Dikotiledon menurut APG II

Seperti yang diperlihatkan di atas, APG menolak dengan tegas dikot sebagai suatu kumpulan semula jadi, dan menganggap bahawa tumbuhan-tumbuhan "dikot" merupakan sekumpulan parafili yang terdiri daripada semua angiosperma, kecuali monokot. Kumpulan Filogeni Angiosperma tidak menggunakan peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat susunan dan menggunakan nama tidak formal untuk klad. Klad utama dalam sistem APG II adalah seperti berikut:

Bilangan spesies

Tidak terdapatnya persetujuan yang rapat terhadap bilangan spesies dikot. Salah satu daripada anggaran ini ialah 199,350 spesies dalam kumpulan ini [1].