Fedora (sistem pengendalian)

Fedora Linux ialah edaran Linux yang dibangunkan oleh Projek Fedora. Edaran ini adalah versi bebas bagi RHE Linux. Fedora menggunakan pengurus pakej RPM Package Manager.

Fedora
Fedora 34 dengan GNOME 3.38
PembangunFedora Project,
(ditaja oleh Red Hat, Inc.)
Keluarga OSAla Unix
KeadaanKini
Model sumberPerisian bersumber bebas dan terbuka (dengan pengecualian)[1]
Keluaran asal2003-11-16[2] Ia telah dikodnamakan Yarrow. Fedora Core 1 adalah berdasarkan Red Hat Linux 9 dan diedarkan dengan versi inti Linux 2.4.19, versi persekitaran atas meja GNOME 2.4, dan K Desktop Environment 3.1.[3]
Keluaran terbaru34[4] / 28 April 2020; 3 tahun yang lalu (2020-04-28)
Tersedia dalamBerbilang bahasa
Kaedah kemaskiniDNF (PackageKit)
Pengurus bungkusanRPM Package Manager
Pelantari386, amd64
Jenis IntiMonolitik (Linux)
Ranah penggunaGNU
Antaramuka pengguna
terasal
GNOME
LesenPelbagai lesen perisian bebas, serta blob-blob perduaan berhak milik.[1]
Laman rasmiwww.fedoraproject.org

Salah satu objektif utama Fedora ialah bukan sahaja diisi dengan perisian yang diedarkan di bawah lesen bebas dan sumber terbuka, malah mahu menjadi pendahulu bagi teknologi-teknologi sebegitu.[5][6] Para pembangun Fedora lebih suka membuat perubahan upstream berbanding membuat pembaikan khusus untuk fedora sahaja, lantas memastikan kemaskinian mereka dapat diperolehi oleh semuah edaran Linux.[7]

Jika dibandingkan dengan sistem pengendalian bukan Linux yang lebih arus perdana, kitar hayat Fedora adalah lebih pendek. Versi X akan diselenggara sehingga sebulan selepas versi X+2 dibebaskan. Dengan sela 6 bulan antara keluaran, tempoh penyelenggaraannya amat pendek, yakni 13 bulan bagi setiap versi.[8] Hatta boleh menimbulkan masalah bagi mereka yang ingin menggunakan versi tertentu Fedora untuk pembangunan produk (contohnya sistem terbenam), di mana sokongan jangka panjang adalah lebih penting berbanding menyelenggara semakan termaju perisian tertentu.

Pada tahun 2008, Linus Torvalds, pengarang inti Linux, menyatakan bahawa dia menggunakan Fedora kerana ia mempunyai sokongan yang agak bagus untuk senibina pemproses PowerPC, yang digemarinya pada ketika itu.[9]

Menurut DistroWatch, Fedora merupakan sistem pengendalian berasaskan Linux yang ketiga terpopular dari November 2011, berada di belakang Mint dan Ubuntu, di samping disenaraikan sebagai edaran Linux berasaskan RPM yang terpopular.[10]

Sejarah

Projek Fedora telah dimulakan pada penghujung 2003, apabila Red Hat Linux diberhentikan.[11] Red Hat Enterprise Linux dijadikan satu-satunya edaran Linux yang disokong secara rasmi oleh Red Hat, sementara Fedora sebagai edaran komuniti.[11] Red Hat Enterprise Linux memecahkan keluarannya daripada versi-versi Fedora.[12]

Nama Fedora diterbitkan daripada Fedora Linux, sebuah projek sukarela yang membekalkan perisian tambahan untuk edaran Red Hat Linux, dan daripada fedora yang dipakai oleh logo "Shadowman" Red Hat. Warren Togami memulakan Fedora Linux pada tahun 2002 sebagai projek sarjana muda, bertujuan untuk menyediakan gedung tunggal untuk pakej perisian pihak ketiga yang diuji sebaiknya dengan niat supaya perisian bukan Red Hat akan lebih mudah ditemui, dibangun, dan digunakan. Perbezaan utama antara pendekatan Fedora Linux dan Red Hat Linux ialah pembangunan gedung Fedora adalah gotong-royong dengan komuniti sukarela global.[13] Fedora Linux lama-kelamaan masuk kedalam Projek Fedora, membawa sekali pendekatan gotong-royong ini.[14] Fedora ialah tanda dagangan milik Red Hat, yang sebelum ini dipertikaikan oleh para pencipta bagi perisian pengurusan gedung Fedora yang tiada kaitan dengan sistem pengendalian ini, namun hal ini telah diselesaikan.[15]

Keluaran

Versi terkini bagi Fedora ialah Fedora 16, berkod nama "Verne" yang telah dibebaskan pada 8 November 2011. Fedora 16 didedikasikan sebagi memperingati Dennis Ritchie, yang meninggal dunia sebulan sebelum keluaran ini dibebaskan.[16]

Antara ciri yang ada pada Fedora 16 termasuklah:

  • Penyertaan atas meja Gnome 3.2.1
  • Kemas kini kepada KDE Software Compilation 4.7.2 yang terkini
  • GRUB2 kini pemuat but secara lalai
  • Pemacu Ext4 kini digunakan untuk sistem fail Ext3 dan Ext2
  • Daemon HAL kini disingkirkan dan diganti dengan udisks, upower, dan libudev
  • Penyatuan antara muka pengguna bagi semua atur cara dan mekanisme pelaporan masalah
  • Penambahbaikan pemayaan termasuk OpenStack dan Aeolus Conductor
  • Fedora kini akan menggunakan UID/GID sehingga 1000 untuk akaun sistem
  • Sokongan awan yang lebih baik termasuklah Condor Cloud, HekaFS, dan pacemaker-cloud

Sejarah versi

Keluaran Fedora Core 1 yang asal dengan atas meja GNOME dan tema Bluecurve
Fedora 15 yang akan disenggara sehingga sebulan selepan Fedora 17 dikeluarkan
WarnaMaksud
MerahKeluaran yang tidak lagi disokong[17]
HijauKeluaran yang masih disokong
BiruKeluaran akan datang
Nama projekVersiNama kodTarikh keluarVersi inti
Fedora Core1Yarrow2003-11-052.4.19
2Tettnang2004-05-182.6.5
3Heidelberg2004-11-082.6.9
4Stentz2005-06-132.6.11
5Bordeaux2006-03-202.6.15
6Zod2006-10-242.6.18
Fedora7Moonshine2007-05-312.6.21
8Werewolf2007-11-082.6.23
9Sulphur2008-05-132.6.25
10Cambridge2008-11-252.6.27
11Leonidas2009-06-09[18]2.6.29
12Constantine2009-11-17[19]2.6.31
13Goddard2010-05-25[20]2.6.33
14Laughlin2010-11-02[21]2.6.35[22]
15Lovelock2011-05-24[23]2.6.38[24]
16Verne2011-11-08[25]3.1.0[26]
17Beefy Miracle[27]2012-05-29[28]
18Spherical Cow2013-01-15[29]3.10.x
19Schrödinger's Cat2013-07-02[30]3.11.x
20Heisenbug2013-12-17[31]3.11.x

Garis masa


Galeri

Terbitan

Sumber: DistroWatch Fedora bagi edaran Linux yang diterbitkan daripada Fedora
Sumber: Fedora WIKI Senarai edaran terbitan.
  • Edaran Linux terbit darpida Fedora yang aktif:
    • Berry Linux – sebuah edaran bersaiz sederhana berasaskan Fedora yang menyediakan sokongan bagi bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.
    • BLAG Linux and GNU – Fedora bersaiz ringan dengan sistem APT Debian.
    • Ekaaty Linux – dari Brazil.
    • Fuduntu - Dioptimumkan untuk netbook, pembangunannya diketuai oleh pencipta Jupiter, Fewt. [32]
    • Fusion Linux Diarkibkan 2017-09-18 di Wayback Machine - Remix Fedora yang menekankan pengguna komputer meja dan kebolehgunaan, menggunakan Linux Mint sebagai model
    • MythDora – berasaskan sekitar kebolehan pusat media MythTV.
    • Ojuba Linux - sebuah edaran Linux Arab.
    • Omega - Rahul Sundaram, Jurutera Komuniti Red Hat, telah mencipta remix Fedora dengan sokongan multimedia penuh termasuklah mainan semula MP3 dan DVD dengan menambah perisian daripada gedung perisian RPM Fusion dan Livna secara lalai.[33]
    • Red Hat Enterprise Linux – Linux perusahaan daripada Red Hat, yang bercabang daripada dasar Fedora terkini.
    • PLS Linux[34] Versi Fedora yang direka dan dibangunkan di Venezuela, yang mempunyai prestasi bagus dalam penyelesaian pengguna-pelayan, digunakan oleh Pentadbiran Awam (Kerajaan Venezuela).
    • Russian Fedora Remix - versi Fedora yang diadaptasi untuk Rusia. Ia mengandungi pemacu serta perisian hak milik.
    • Xange – (dahulunya Simplis dan Vixta) ialah sebuah edaran Linux atas meja berasaskan Fedora yang mudah digunakan, menampilkan atas meja KDE.
    • Moblin – sebuah edaran khusus untuk MID, netbook dan sistem terbenam.
  • Tak aktif (tiada keluaran selama lebih 12 bulan):
    • ASPLinux – sebuah edaran berasaskan Fedora Rusia. ASPLinux juga menyertakan pemacu bersumber tertutup NVIDIA dan ATI, serta menyokong codec audio dan video yang berhak milik.[35]
    • Aurora SPARC Linux – untuk pelantar SPARC.
    • Eeedora[36] – untuk Asus Eee PC, dimulakan pada 2007[37]
    • Fox Linux – buatan Itali, tugas pengkomputan asas di rumah seperti melayari Web, menulis dan mencetak dokumen, menggunakan multimedia serta melebur cakera.
    • Linpus - dibuat oleh syarikat Taiwan, Linpus Technologies untuk pasaran Asia.
    • Linux XP – sebuah edaran Linux komersial yang bermatlamat untuk menggantikan Windows XP sebagai sistem pengendalian ataas meja untuk kegunaan rumah.
    • Nusantara – sebuah edaran Linux yang disokong oleh Kementerian Teknologi Indonesia sebagai sebuah sistem pengendalian atas meja.[38]
    • Open Discovery - Sebuah Pelantar Biomaklumat Berprestasi Tinggi bersepadu.
    • Yellow Dog Linux – untuk pelantar PowerPC.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Kategori berkenaan Fedora (sistem pengendalian) di Wikimedia Commons