Gareth Bale

Gareth Frank Bale (lahir 16 Julai 1989) ialah seorang bekas pemain bola sepak profesional Wales yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Major League Soccer Los Angeles FC. Beliau secara meluas dianggap sebagai salah seorang yang hebat

Gareth Bale
Bale bersama Real Madrid pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuhGareth Frank Bale[1]
Tarikh lahir (1989-07-16) 16 Julai 1989 (umur 34)[1]
Tempat lahirCardiff, United Kingdom
Ketinggian1.86 m (6 ka 1 in)[2]
Posisi permainanPemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Los Angeles FC
Kerjaya remaja
Cardiff Civil Service
1999–2006Southampton
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2006–2007Southampton40(5)
2007–2013Tottenham Hotspur146(42)
2013–2022Real Madrid171(80)
2020–2021Tottenham Hotspur (pinjam)20(1)
2022–2023Los Angeles FC12(2)
Pasukan kebangsaan
2005–2006Wales B177(1)
2006Wales B191(1)
2006–2008Wales B214(2)
2006–2022Wales111(41)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Beliau memulakan karier profesionalnya di Southampton, bermain sebagai pertahanan kiri dan mendapat pujian sebagai pakar sepakan percuma. Bale berpindah ke Tottenham Hotspur pada tahun 2007 dengan yuran £7 juta. Semasa tempohnya di Spurs, perubahan pengurusan dan taktikal melihat beliau berubah menjadi seorang pemain yang lebih ofensif. Bermula musim 2009–10, dibawah bimbingan Harry Redknapp, Bale menjadi ahli penting dalam pasukan dan mendapat perhatian antarabangsa ketika Liga Juara-Juara UEFA 2010–11.[3][4][5] Pada tahun 2011 dan 2013, beliau dinamakan sebagai Pemain Tahunan PFA Pilihan Pemain dan dinamakan dalam Pasukan Tahunan UEFA. Pada tahun 2013, beliau juga dinamakan sebagai Pemain Muda Tahunan PFA dan Pemain Bola Sepak Tahunan FWA.

Pada 1 September 2013, Bale berpindah ke Real Madrid dengan yuran yang tidak didedahkan. Media Sepanyol dan Real Madrid TV melaporkan sebanyak £77 juta (€91 juta) manakala media Inggeris melaporkan yuran perpindahan rekod dunia sebanyak £85.3 juta (€100 juta), mengatasi rekod yuran perpindahan Cristiano Ronaldo sebanyak £80 juta (€94 juta).[6][7][8][9][10][11] Beliau memainkan peranan penting dalam musim pertamanya di Real Madrid, membantu kelab itu untuk memenangi Copa del Rey dan Liga Juara-Juara UEFA, menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan akhir. Pada musim berikutnya, beliau memenangi Piala Super UEFA dan menjaringkan gol dalam perlawanan akhir ketiga untuk membantu kelab itu memenangi Piala Dunia Kelab FIFA.

Bale membuat penampilan antarabangsa sulung untuk Wales pada bulan Mei 2006, menjadi pemain termuda pada masa itu untuk mewakili negara itu. Beliau sejak itu telah membuat lebih daripada 50 penampilan dan menjaringkan 19 gol antarabangsa.

Karier kelab

Southampton

Pada 17 April 2006, ketika berumur 16 tahun dan 275 hari, Thanuesh menjadi pemain kedua termuda untuk bermain untuk Southampton (selepas Theo Walcott) selepas beliau membuat penampilan sulungnya untuk the Saints ketika mereka menang 2–0 ke atas Millwall. Pada 6 Ogos, Bale menjaringkan gol liga pertamanya menerusi sepakan percuma ketika menentang Derby County yang berakhir dengan seri 2–2.

Beliau sekali lagi menjaringkan gol ketika menentang Coventry City[12] menerusi satu lagi sepakan percuma. Menjelang 16 Disember 2006, jumlah gol Bale meningkat kepada lima selepas menjaringkan gol ketika menentang Sunderland[13], Hull dan Norwich City.

Pada bulan Disember 2006, beliau memenangi Anugerah Carwyn James untuk Personaliti Sukan Muda Tahunan BBC Wales,[14] dan dinamakan sebagai Pemain Muda Tahunan Football League pada 4 Mac 2007.

Perlawanan terakhirnya untuk Southampton adalah peringkat pertama separuh akhir play-off Championship menentang Derby County pada 12 Mei 2007. Bale mengalami kecederaan pada separuh masa kedua menyebabkannya tidak boleh beraksi pada peringkat kedua.[15][16] Secara keseluruhan, beliau membuat 45 penampilan untuk Southampton dan menjaringkan 5 gol.[17]

Tottenham Hotspur

Pada 25 Mei 2007, Bale menandatangani perjanjian empat tahun bersama Tottenham Hotspur dengan Spurs membayar yuran awal £5 juta untuk Bale, berpotensi meningkat kepada £10 juta berdasarkan penampilan dan kejayaan.[18] Walau bagaimanapun, Tottenham membayar Southampton bayaran penyelesaian awal £2 juta pada tahun 2008 untuk mengurangkan yuran akhir kepada £7 juta dan membenarkan the Saints mendapat wang tunai segera yang diperlukan mereka.[19]

2007–09

Bale dalam kesebelasan utama Spurs sebelum perlawanan menentang Chelsea

Bale bermain perlawanan pertamanya untuk Spurs dalam perlawanan persahabatan menentang St. Patrick's Athletic pada 12 Julai 2007 tetapi dikeluarkan pada minit ke-80. Beliau membuat penampilan kompetitif pertamanya untuk Tottenham Hotspur pada 26 Ogos menentang Manchester United. Dalam penampilan keduannya untuk Spurs, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Tottenham ketika seri 3–3 dengan Fulham pada 1 September.[20] Bale sekali lagi menjaringkan gol ketika menentang Arsenal menerusi sepakan percuma.[21] Beliau kemudiannya menjaringkan gol dalam perlawanan Piala Liga menentang Middlesbrough.[22]

Bale dikeluarkan selepas mengalami kecederaan akibat kekasaran dari Fabrice Muamba dalam perlawanan liga menentang Birmingham City pada 2 Disember 2007. Imbasan mendapati Bale mengalami kecederaan ligamen buku lali kanannya. Bale menjalani pembedahan pada 11 Disember 2007.[23] Menjelang bulan Februari 2008, ia menjadi jelas bahawa Bale akan terlepas baki musim akibat kecederaan.[24]

Bale menandatangani perjanjian baru 4 tahun bersama kelab itu pada bulan Ogos 2008.[25] Selepas beberapa persembahan yang biasa-biasa, Bale digugurkan untuk Benoît Assou-Ekotto yang menjadi pilihan utama untuk kebanyakan perlawanan musim itu.[26]

2009–10

Pada bulan Jun 2009, Bale menjalani pembedahan menyebabkannya beliau tidak boleh beraksi selama 2 bulan. Beliau terlepas perlawanan pra-musim dan dijangka terlepas beberapa minggu pertama musim 2009–10.[27] Pada 26 September, beliau kembali beraksi selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-85 ketika Tottenham menang 5–0 ke atas Burnley. Walau bagaimanapun, beliau berada di bangku simpanan setelah Benoît Assou-Ekotto berada dalam prestasi baik. Apabila Assou-Ekotto cedera, Harry Redknapp mengambil keputusan untuk memberi Bale peluang dan beliau beraksi cemerlang ketika kemenangan 4-0 dalam pusingan ketiga Piala FA ke atas Peterborough.[28]

Prestasi bagus Bale berterusan dan beliau dinamakan sebagai Pemain terbaik Pusingan selepas membantu Spurs menang 3–1 dalam perlawanan ulangan pusingan keenam Piala FA menentang Fulham.[29] Pada bulan April 2010, Bale menjaringkan gol kemenangan ketika mereka menang 2–1 ke atas Arsenal.[30] Tiga hari kemudian, Bale menjaringkan gol kemenangan Tottenham dimana mereka menang 2–1 ke atas pendahulu liga, Chelsea dan dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.[31] Beliau dinamakan sebagai Pemain Bulanan Barclays untuk bulan April 2010.[32] Beliau menandatangani perjanjian baru empat tahun di White Hart Lane pada 7 Mei 2010 sebagai ganjaran kerana membantu kelab itu mendapat tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA.[33]

2010–11

Bale (kiri) bersama Tottenham Hotspur

Pada 21 Ogos, Bale menjaringkan dua gol ketika mereka menang 2–1 ke atas Stoke City.[34] Pada 25 Ogos, Bale berperanan untuk kesemua empat gol untuk membantu Spurs menang ke atas Young Boys 4–0 (6–3 agg.) dalam play-off Liga Juara-Juara di White Hart Lane.[35] Walaupun Assou-Ekotto telah kembali daripada kecederaan, Bale meneruskan aksi cemerlang dan meletakkan dirinya dalam kesebelasan utama, bermain sebagai pemain sayap kiri manakala Assou-Ekotto sebagai pertahanan kiri. Pada 29 September 2010, Bale menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara untuk Tottenham ketika mereka menang 4–1 ke atas FC Twente. Beliau dinamakan sebagai Pemain Tahunan Wales oleh FAW.[36]

Pada 20 Oktober 2010, Bale menjaringkan gol hatrik pertamanya ke atas juara Eropah, Inter Milan di San Siro dalam Liga Juara-Juara. Tottenham kalah perlawanan itu 4–3.[37] Dalam perlawanan di White Hart Lane pada 2 November, Bale meletakkan persembahan pemain terbaik perlawanan, membuat bantuan gol kepada Peter Crouch dan Roman Pavlyuchenko untuk memberikan Spurs kemenangan 3–1.[38]

Pada bulan Disember, Bale dianugerahkan trofi Personaliti Sukan Tahunan BBC Wales.[39] Pada 19 Mac 2011, beliau melanjutkan tempohnya di kelab itu sehingga tahun 2015.[40] Pada 17 April 2011, Bale dianugerahkan Pemain Tahunan PFA.[41]

2011–12

Bale menjaringkan gol pertamanya musim ini pada 24 September 2011 ketika menentang Wigan Athletic.[42] Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2–1. Dia menjaringkan dua gol pada 30 Oktober ketika menentang Queens Park Rangers dimana mereka menang 3–1.[43] Dia meneruskan aksi baik dengan menjaringkan gol ketika kemenangan 3–1 ke atas Fulham.[44] Golnya ketika menentang Fulham kemudiannya diputuskan sebagai gol sendiri oleh Chris Baird.[45]

Bale bermain untuk Tottenham Hotspur pada tahun 2011

Pada 3 Disember 2011, Bale menjaringkan gol ketika kemenangan 3–0 ke atas Bolton Wanderers.[46] Pada 27 Disember, Bale menjaringkan dua gol untuk menang 2–0 ke atas Norwich City.[47] Pada 5 Januari 2012, Bale diundi dalam Pasukan Tahunan UEFA 2011. Dia menjaringkan dua gol ketika menentang Wigan pada 31 Januari.[48] Pada bulan Januari 2012, dia dinamakan sebagai Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam kariernya selepas menjaringkan tiga gol dan membuat dua bantuan gol pada bulan itu.[49]

Pada 27 Jun 2012, Bale menandatangani kontrak baru empat tahun sehingga tahun 2016.[50]

2012–13

Untuk musim 2012–13, Bale menukar nombor skuad daripada 3 kepada 11.[51][52] Bale menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika menentang Reading dimana mereka menang 3–1.[53] Pada 29 September, Bale menjaringkan gol kedua ketika Tottenham menang 3–2 ke atas Manchester United, kemenangan pertama mereka di Old Trafford sejak tahun 1989.[54]

Dia menjaringkan gol hatrik pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris ketika kemenangan 4–0 ke atas Aston Villa.[55] Bale kemudiannya menjaringkan gol dalam pusingan ketiga Piala FA menentang Coventry City serta membuat bantuan gol kepada kedua-dua gol Clint Dempsey dimana mereka menang 3–0.[56] Pada 30 Januari, Bale menjaringkan gol ketika seri 1–1 dengan Norwich City.[57] Bale kemudiannya menjaringkan gol ketika kemenangan 1-0 ke atas West Bromwich Albion.[58] Bale kemudiannya meningkatkan jumlah golnya pada musim itu kepada 15 gol dengan menjaringkan dua gol ketika menentang Newcastle United dalam perlawanan dimana Spurs menang 2–1.[59]

Dalam perlawanan Bale seterusnya, dia menjaringkan dua gol menerusi sepakan percuma untuk memberi Tottenham kemenangan 2–1 ke atas Olympique Lyonnais dalam peringkat pertama pusingan 32 terakhir Liga Europa.[60] Dalam perlawanan menentang West Ham pada 25 Februari, Bale menjaringkan dua gol dimana mereka menang 3–2.[61]

Pada 3 Mac 2013, Bale menjaringkan gol ke atas Arsenal dimana Tottenham menang 2–1. Pada 7 Mac, Tottenham berdepan Internazionale dalam Liga Europa dengan Bale menjaringkan gol pembukaan dan Tottenham menang 3–0.[62] Prestasi cemerlang Bale pada bulan-bulan awal tahun 2013 menyaksikannya memenangi Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan Februari[63] serta Gol Bulanan BBC untuk bulan Januari dan Februari.[64] Pada 4 April, Bale mengalami kecederaan dalam peringkat pertama suku akhir Liga Europa menentang FC Basel.[65] Selepas kembali daripada kecederaan, Bale menjaringkan gol dan membuat bantuan gol ketika Tottenham menewaskan Manchester City di White Hart Lane.[66]

Pada 28 April 2013, Bale memenangi kedua-dua Pemain Tahunan PFA Pilihan Pemain dan Pemain Muda Tahunan selepas aksi cemerlang pada musim 2012–13.[67] Seminggu kemudian, pada 2 Mei 2013, dia menambah Anugerah Pemain Tahunan FWA, menjadikan Bale salah seorang daripada dua pemain yang memenangi ketiga-tiga anugerah pada musim yang sama, seorang lagi Cristiano Ronaldo pada tahun 2007.[68] Bale menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Southampton pada 4 Mei. Pada 19 Mei, Bale menjaringkan gol ketika kemenangan 1–0 ke atas Sunderland.[69]

Real Madrid

Bale bersama Real Madrid pada bulan September 2013.

Pada 1 September 2013, Real Madrid mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Bale,[70] menandatangani perjanjian enam tahun dengan yuran yang tidak didedahkan. Media Sepanyol (dan Real Madrid TV) melaporkan bahawa Bale bernilai £77 juta (€91 juta) manakala media British melaporkan rekod dunia perpindahan sebanyak £85.3 juta (€100 juta) mengatasi rekod perpindahan Cristiano Ronaldo sebanyak £80 juta (€94 juta).[6][7][8][9][10] Bale diberi nombor 11 di Madrid.[71]

2013–14

Bale menjaringkan gol dalam perlawanan sulungnya untuk Real Madrid ketika menentang Villarreal.[72] Bale membuat penampilan El Clásico pertamanya pada 26 Oktober, tetapi dikeluarkan pada minit ke-61. Barcelona menang dengan keputusan 2–1 dan persembahan Bale mendapat kritikan dari media.[73] Empat hari kemudian, dia menjaringkan dua gol dan membuat dua bantuan gol ketika kemenangan 7–3 ke atas Sevilla.

Bale bermain untuk Real Madrid menentang Atlético Madrid pada bulan September 2013

Pada bulan November, dia membuat dua lagi bantuan gol ketika kemenangan 3–2 ke atas Rayo Vallecano,[74] sebelum menjaringkan gol ketika seri 2–2 dengan Juventus dalam Liga Juara-Juara.[75] Pada 9 November, Bale membuat bantuan gol kepada Sami Khedira ketika mereka menang 5–1 ke atas Real Sociedad.[76] Pada 23 November, Bale menjaringkan gol liga keempatnya dalam lapan perlawanan ketika Madrid menewaskan Almería 5–0.[77] Dia kemudiannya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Galatasaray dalam Liga Juara-Juara dimana Madrid menang 4–1.[78] Pada 30 November, Bale menjaringkan gol hatrik pertamanya untuk Real Madrid serta membuat bantuan gol kepada Karim Benzema ketika mereka menang 4–0 ke atas Real Valladolid.

Pada 26 Februari 2014, dia menjaringkan dua gol ketika Real Madrid menang 6–1 ke atas Schalke dalam peringkat pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.[79] Dia kemudiannya menjaringkan gol ketika kemenangan 3–0 ke atas Borussia Dortmund pada 2 April.[80] Dalam La Liga, dia menjaringkan empat gol daripada tiga perlawanan ketika Real Madrid menewaskan Rayo Vallecano (5–0),[81] Real Sociedad (4–0)[82] dan Almería (4–0).[83]

Pada 16 April, Bale menjaringkan gol kemenangan untuk Real Madrid dengan baki lima minit dalam perlawanan akhir Copa del Rey 2014 menentang Barcelona.[84] Gol tersebut merupakan yang ke-20 buat Bale musim ini dan yang pertamanya dalam perlawanan Clásico.[85]

Pada 24 Mei, Bale menjaringkan gol pada minit ke- 110 masa tambahan untuk meletakkan Real Madrid di depan 2–1 ke atas Atlético Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2014.[86] Gol itu menjadikan Bale pemain Wales pertama untuk menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Eropah/Liga Juara-Juara. Bale menghabiskan musim sulungnya dengan 22 gol dan 16 bantuan gol dalam semua pertandingan.[87]

2014–15

Bale bermain untuk Real Madrid pada tahun 2015.

Walaupun musim 2014–15 menyaksikan penurunan dalam persembahan dari Bale, dia memulakan musim dengan aksi bagus, bermain 90 minit dan membuat bantuan gol kepada Cristiano Ronaldo dimana mereka menang 2–0 ke atas Sevilla untuk memenangi Piala Super UEFA 2014.[88] Ini merupakan trofi ketiganya sebagai pemain Real Madrid. Enam hari kemudian, Bale menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika kekalahan 4–2 kepada Real Sociedad.[89] Bale menjaringkan dua gol ketika kemenangan 8–2 ke atas Deportivo La Coruna pada 20 September 2014.[90][91]

Pada bulan Disember 2014, Bale menjaringkan gol ketika mereka menang 2–0 ke atas San Lorenzo untuk memenangi Piala Kelab Dunia FIFA.[92] Pada 18 April, Bale mengalami kecederaan ketika menentang Málaga.[93]

2015–16

Bale menjaringkan dua gol ketika kemenangan ke atas Real Betis pada bulan September 2015. Golnya menjadikan jumlah gol trio serangan Madrid iaitu Bale, Benzema dan Cristiano Ronaldo kepada 200 gol sejak mereka bermain bersama.

Karier antarabangsa

Wales

Bale bermain untuk Wales dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Belgium pada bulan Jun 2015.

Bale dipilih oleh Wales ketika akhir musim 2005–06 dan membuat penampilan antarabangsa pertamanya pada 27 Mei 2006.[94] Dia muncul sebagai pemain gentian ketika kemenangan 2–1 ke atas Trinidad dan Tobago, menjadikannya pemain termuda dalam sejarah bermain untuk Wales sehingga rekodnya dipecahkan oleh Harry Wilson pada bulan November 2012.[95] Bale, yang hanya berumur 16 tahun 315 hari, membuat bantuan gol kemenangan kepada Robert Earnshaw.[95] Pada 7 Oktober 2006, Bale menjadi pemain termuda dalam sejarah menjaringkan gol untuk Wales ketika perlawanan kelayakan UEFA Euro 2008 menentang Slovakia menerusi sepakan percuma.[96]

Kelayakan Euro 2016

Pada 9 September 2014, Bale menjaringkan dua gol Wales menewaskan Andorra 2–1 dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan UEFA Euro 2016.[97] Bale menjaringkan dua gol 28 Mac 2015 ketika kemenangan 3–0 ke atas Israel.[98] Pada 12 Jun, penampilan ke-50nya, dia menjaringkan satu-satunya gol untuk menewaskan Belgium.[99] Dia menanduk masuk hantaran Jazz Richards pada 3 September untuk memberi kemenangan ke atas Cyprus, meletakkan Wales tiga mata daripada kelayakan.[100] Pada 13 Oktober 2015, Bale menjaringkan gol ketujuhnya dalam kempen kelayakan ketika menentang Andorra.[101]

Statistik karier

Kelab

Sehingga 17 Oktober 2015[102]
KelabMusimLigaPialaPiala LigaEropahLain-lain1Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Southampton2005–06200000000020
2006–0738510300010435
Jumlah40510300010455
Tottenham Hotspur2007–088200113000123
2008–0916020507000300
2009–1023380300000343
2010–113070000114004111
2011–122369420021004212
2012–133321211183004426
Jumlah146421631023180020355
Real Madrid2013–14271551126004422
2014–15311320102524817
2015–1652001062
Jumlah633071238529841
Jumlah karier24977244132531662346101

Antarabangsa

Sehingga 13 Oktober 2015
Pasukan kebangsaan Wales[103]
TahunKmnclnGol
200641
200771
200850
200970
201041
201163
201253
201352
201453
201565
Jumlah5419

Gol antarabangsa

GolTarikhVenueLawanSkorKeputusanPertandingan
1.7 Oktober 2006Stadium Millennium, Cardiff, Wales  Slovakia1–21–5Kelayakan UEFA Euro 2008
2.28 Mac 2007Stadium Millennium, Cardiff, Wales  San Marino2–03–0
3.12 Oktober 2010St. Jakob-Park, Basel, Switzerland  Switzerland1–11–4Kelayakan UEFA Euro 2012
4.7 Oktober 2011Stadium Liberty, Swansea, Wales  Switzerland2–02–0
5.11 Oktober 2011Stadium Kebangsaan Vasil Levski, Sofia, Bulgaria  Bulgaria1–01–0
6.12 November 2011Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales  Norway1–04–1Persahabatan
7.11 September 2012Stadion Karađorđe, Novi Sad, Serbia  Serbia1–21–6Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
8.12 Oktober 2012Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales  Scotland1–12–1
9.2–1
10.6 Februari 2013Stadium Liberty, Swansea, Wales  Austria1–02–1Persahabatan
11.26 Mac 2013Stadium Liberty, Swansea, Wales  Croatia1–01–2Kelayakan Piala Dunia 2014
12.5 Mac 2014Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales  Iceland3–13–1Persahabatan
13.9 September 2014Estadi Nacional, Andorra la Vella, Andorra  Andorra1–12–1Kelayakan UEFA Euro 2016
14.2–1
15.28 Mac 2015Stadium Sammy Ofer, Haifa, Israel  Israel2–03–0
16.3–0
17.12 Jun 2015Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales  Belgium1–01–0
18.3 September 2015Stadium GSP, Nicosia, Cyprus  Cyprus1–01–0
19.13 Oktober 2015Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales  Andorra2–02–0

Kejayaan

Kelab

Real Madrid

Individu

  • Pemain Muda Tahunan FAW: 2007[104]
  • Pemain Muda Tahunan Tottenham Hotspur: 2009–10,[105] 2010–11[106]
  • Pemain Tahunan Wales: 2010,[107] 2011,[108] 2013, 2014,[109] 2015[110]
  • Personaliti Tahunan BBC Wales Sports: 2010[111]
  • Ahli Sukan Junior Tahunan BBC Wales Carwyn James: 2006[14]
  • Pasukan Tahunan PFA Liga Perdana Inggeris: 2010–11, 2011–12, 2012–13[67]
  • Pemain PFA Tahunan Pilihan Pemain: 2010–11,[41] 2012–13[67]
  • Pemain Muda Tahunan PFA: 2012–13[67]
  • Pemain Bola Sepak Tahunan FWA: 2012–13[112]
  • Pasukan Tahunan ESM: 2013
  • Pasukan Tahunan UEFA: 2011,[113] 2013[114]
  • Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris: April 2010,[115] Januari 2012, Februari 2013[116]
  • Pasukan Dekad Football Manager: 2015.[117]

Rujukan

Pautan luar