Clint Dempsey

Soccer player

Clinton Drew "Clint" Dempsey /ˈdɛmpsi/ (lahir 9 Mac 1983) adalah pemain bola sepak Amerika yang bermain untuk kelab Major League Soccer, Seattle Sounders FC. Beliau merupakan kapten pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.[1] Beliau juga pernah bermain untuk New England Revolution, Fulham dan Tottenham Hotspur.

Clint Dempsey
Maklumat peribadi
Nama penuhClinton Drew Dempsey
Tarikh lahir (1983-03-09) 9 Mac 1983 (umur 41)
Tempat lahirNacogdoches, Texas, Amerika Syarikat
Ketinggian6 ft 1 in (1.85 m)
Posisi permainanPenyerang, Pemain Tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Seattle Sounders FC
Nombor2
Kerjaya remaja
1998–2001Dallas Texans
2001–2003Furman Paladins
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2004–2006New England Revolution71(25)
2007–2012Fulham184(50)
2012–2013Tottenham Hotspur29(7)
2013–Seattle Sounders FC31(14)
2014Fulham (pinjaman)5(0)
Pasukan kebangsaan
2002–2003Amerika Syarikat B2013(1)
2004–Amerika Syarikat109(39)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada September 27, 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga September 8, 2014

Membesar di Nacogdoches, Texas, Dempsey bermain untuk salah satu kelab terbaik negeri itu, Dallas Texans, sebelum bermain untuk pasukan bola sepak lelaki Universiti Furman. Pada tahun 2004, Dempsey telah didraf oleh kelab Major League Soccer, New England Revolution. Beliau telah menjaringkan 25 gol dalam 71 penampilan untuk Revolution. Diantara tahun 2007 sehingga tahun 2012, Dempsey bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris Fulham dan merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dalam sejarah kelab itu.[2] Dempsey merupakan pemain Amerika Syarikat yang pertama untuk menjaringkan hatrik dalam Liga Perdana Inggeris, ketika kemenangan 5–2 ke atas Newcastle United pada bulan Januari 2012.[3]

Dempsey pertama kali mewakili Amerika Syarikat ketika Piala Dunia Remaja FIFA 2003 di Emiriah Arab Bersatu. Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan senior pada 17 November 2004, ketika menentang Jamaica; beliau kemudiannya dinamakan dalam skuad Piala Dunia FIFA 2006]] dan menjaringkan satu-satunya gol pasukan Amerika Syarikat dalam pertandingan itu. Dempsey mencatat rekod gol terpantas dalam sejarah kelayakan Piala Dunia pasukan Amerika Syarikat dengan menjaringkan gol dalam masa 53 saat ketika membenam Barbados 8–0. Beliau memperbaiki rekodnya pada tahun 2012 selepas menjaringkan gol dalam masa 36 saat ketika kekalahan 2–1 kepada Jamaica. Ketika Piala Dunia FIFA 2010, Dempsey menjaringkan gol ketika menentang England, menjadikannya rakyat Amerika Syarikat yang kedua, selepas Brian McBride, untuk menjaringkan gol lebih daripada satu pertandingan Piala Dunia. Ketika Piala Dunia FIFA 2014, Dempsey sekali lagi memperbaiki rekodnya, menjaringkan gol dalam masa 30 saat ketika perlawanan menentang Ghana, dan merupakan gol kelima terpantas dalam sejarah Piala Dunia.[4]

Statistik karier

Kelab

KelabMusimLigaPialaPiala LigaBenuaJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
New England Revolution20042471030287
2005261000413011
2006218102020268
Jumlah71252091208426
Fulham2006–071012000121
2007–083662020406
2008–093575110418
2009–102972000132449
2010–11371230214213
2011–1237172300734623
Jumlah184501645120522560
Tottenham Hotspur2012–1329723201024312
Total29723201024312
Seattle Sounders FC2013910030121
Fulham (pinjaman)2013–1450200070
Total50200070
Seattle Sounders FC2014221311002314
Jumlah311411303515
Jumlah karier31996238192327393113
Sehingga 27 September 2014.[5]

Antarabangsa

PasukanTahunKmnclnGol
Amerika Syarikat200410
2005132
200694
2007133
2008104
2009144
201082
2011145
201296
2013106
201483
Jumlah10939
Sehingga 1 Julai 2014.[6]

Gol antarabangsa

Kejayaan

Kelab

Fulham
Seattle Sounders
  • Lamar Hunt U.S. Open Cup: 2014

Antarabangsa

Individu

Penjaring terbanyak

Rujukan

Pautan Luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno