Jambatan Hong Kong–Zhuhai–Macau

Jambatan Hong Kong–Zhuhai–Macau merupakan rangkaian jambatan dan terowong berukuran 55-kilometer (34 bt) yang terdiri daripada tiga batang jambatan kabel pancang, sebatang terowong bawah laut, dan empat buah pulau buatan. Ia merupakan lintasan laut yang terpanjang[7][8] di Bumi. Jambatan ini menjangkau saluran Lingding dan Jiuzhou, menghubungkan Hong Kong, Macau, dan Zhuhai—tiga bandar besar di Delta Sungai Mutiara.[9][10]

Jambatan Hong Kong–Zhuhai–Macau
港珠澳大橋
Koordinat22°16′55″N 113°46′30″E / 22.282°N 113.775°E / 22.282; 113.775 113°46′30″E / 22.282°N 113.775°E / 22.282; 113.775
Membawa6 lorong Lebuhraya Lingkaran Sungai Mutiara G94
Menyeberangi
  • Muara Sungai Mutiara
    • Salur Lingding
    • Salur Jiuzhoul
LokasiDelta Sungai Mutiara
Nama rasmiHong Kong-Zhuhai-Macao Bridge
Nama lainHZMB
Laman sesawanghzmb.org
Ciri-ciri
Reka bentukSistem jambatan dan terowong bersepadu
Panjang keseluruhan55 kilometer (34 bt)
Bilangan rentangan3
Bilangan lorong6
Hayat reka bentuk120 years
Sejarah
Pereka bentukMeng Fanchao (孟凡超)[1]
Reka bentuk kejuruteraan olehLin Ming (林鸣)[2]
Mula dibina15 Disember 2009
Siap dibina6 Februari 2018[3]
Kos pembinaan¥ 126.9 bilion ($ 18.37 bilion)[4]
Dibuka24 Oktober 2018, 9.00 pagi UTC+8 [5][6]
Dirasmikan23 Oktober 2018 oleh Xi Jinping, Presiden China
Lokasi
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan Zhuhai direka untuk bertahan selama 120 tahun dan menelan belanja 126.9 bilion yuan (US$ 18.77 bilion).[11] Kos pembinaan Jambatan Utama dianggarkan pada kira-kira 51.1 bilion yuan (US$ 7.56 bilion), dibiayai oleh pinjaman dair bank dan dibahagikan sesama kerajaan-kerajaan Tanah Besar China, Hong Kong dan Macau.[12]

Asalnya hendak dibuka kepada lalu lintas pada lewat tahun 2016,[13][14] strukturnya hanya siap pada 6 Februari 2018[15] kemudian wartawan diberi jelajah sepanjang jambatan.[16][17] Pada 24 Oktober 2018, Jambatan Zhuhai telah dibuka kepada orang ramai selepas dirasmikan sehari sebelumnya oleh Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping.[18]

Rujukan