Josephine Baker

Josephine Baker (3 Jun 1906 – 12 April 1975) adalah seorang penari, penyanyi, dan aktivis hak asasi kelahiran Amerika Syarikat.[3] Dia termasuk warga orang Amerika Afrika yang berjaya dalam bidang seni tari di Perancis.

Josephine Baker
Josephine Baker mengenakan kostum pisang
Latar belakang
Nama lahirFreda Josephine McDonald(Inggeris)
GenreKabaret
Music hall
Muzik pop Perancis
Jazz Perancis
PekerjaanPenari, Penyanyi, Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1921—1975
Syarikat rakaman
Columbia, Mercury, RCA Victor
Laman sesawang
www.cmgww.com/stars/baker

Selain dari kerjaya hiburannya, beliau turut menyumbang dalam Pemberontak Perancis semasa Perang Dunia Kedua;[4] beliau dikurniakan Pingat Pemberontak oleh Jawatankuasa Pembebasan Negara Perancis, Salib Perang (Croix de Guerre) oleh Angkatan Tentera Perancis serta Légion d'honneur berpangkat Kesateria (Chevalier) oleh Jeneral Charles de Gaulle.[5]

Awal hayat

'Josephine Baker lahir pada tanggal 3 Juni 1906 di Missouri, Amerika Syarikat dengan nama Freda Josephine McDonald.[3] Ibunya, Carrie McDonald, berharap menjadi penari Balai Musik. Tetapi kemudian mencari nafkah sebagai pencuci pakaian. Ayahnya, Eddie Carso adalah seorang drummer untuk pertunjukan vaudeville.[6]

Nama Baker berasal dari nama suami keduanya, Will Baker, yang menikahinya pada usia 16 tahun.[3] Beberapa pertunjuk Ella yang terkenal adalah Jurnal Negro (La Revue Nègre) dan Folies Bergère.[3]

Kerjaya seni

Karier profesional Josephine bermula ketika gadis itu baru berusia 15 tahun, dan seperti tornado yang melanda New York, di mana dia mula munculkan diri sebagai gadis koir, dan kemudian Paris, Berlin dan Brussel. Penari berusia 19 tahun itu segera menaklukkan ibu kota Perancis menjadi bintang Folies Bergère.Josephine mulai mencuba nasib sendiri dalam peranan lain, tampil sebagai penyanyi selama turnya di Amerika Selatan dan Asia.

Semasa Perang Dunia Kedua

Baker berseragam semasa khidmat tenteranya tahun 1948

Sebaik Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman yang menakluk Poland pada September 1939, Baker dilantik badan pengintipan tentera Perancis Deuxième Bureau pimpinan Jacques Abtey untuk mengumpul maklumat penting dari pihak Jerman di kedutaan mereka. Baker mengambil peluang ini bergaul di majlis tari kedutaan dan kelab malam untuk menawan hati para pegawai Jerman, Itali dan Vichy yang mampu rela memberikan maklumat yang berguna dan boleh dilaporkan kepada pasukan Abtey tanpa sebarang rasa sangsi.[7]

Apabila pihak Jerman Nazi menakluk Perancis, Baker berpindah ke kediaman lainnya di Dordogne selatan Perancis di mana beliau menyumbang tempat tinggal dan visa perjalanan untuk relawan dalam Tentera Perancis Bebas pimpinan Charles de Gaulle.[8] Beliau juga menggunakan peluang kerjanya sebagai penghibur melihat keadaan di negara-negara neutral di Portugal dan Amerika Syarikat serta memerhati dan merakam pergerakan tentera Jerman yang bertapak di barat Perancis yang dilanjutkan ke balatentera United Kingdom.

Pascaperang

Kematian

Pada 10 April 1975, Joséphine diserang angin ahmar akibat pendarahan otak tidak lama selepas sekembalinya beliau ke kediaman apartmennya di Paris selepas membuat persembahan tarian ke-14 menggemuruh penonton pada malam sebelumnya.[9] Beliau ditemukan dalam keadaan koma lalu ke Hospital Pitié-Salpêtrière, di sanalah beliau menghembuskan nafas terakhir keesokan harinya pada usia 68 tahun.[10][11][12]

Mayat beliau dikebumikan mengikut adat tentera dan mengikut ritus Gereja Katolik[nota 1] di Gereja Madeleine, Paris pada 15 April 1975. Mayat beliau dipindahkan ke Gereja Saint-Charles de Monte-Carlo di Monaco pada tangkat harinya di mana mayatnya disemadikan di sana[14][15][16][17]

Filemografi

TahunTajukSebagaiCatatanRujukan
1927La Sirène des TropiquesPapitouFilem bisu[18][19]
1927Die Frauen von Folies BergèresFilem bisu[20]
1927La revue des revuesDiri sendiri[20]
1928Le pompier des Folies Bergèresunnamederotic short[21][22]
1934ZouzouZouzou[23]
1935Princesse Tam TamAouina[21][20]
1945Fausse alerteZazu Clairon[24][25]
1941Moulin Rouge[20]
1954An jedem Finger zehn[20]
1955Carosello del varietà[20]


Penghormatan

Pada 30 November 2021, sebatang tugu mewakili beliau didirikan dalam permakaman Panthéon di ibukota Paris yang lazim untuk warganegara Perancis terbilang dan tersohor namanya;[26] beliau warga pertama dari kaum wanita yang berkulit hitam diberikan penghormatan sedemikian.[27]

Nota

Rujukan

Sumber utama

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno