Kepulauan Cocos (Keeling)

Wilayah Kepulauan Cocos (Keeling) (juga dipanggil sebagai Kepulauan Cocos dan Kepulauan Keeling) merupakan sebuah teritori kepulauan yang merupakan sebahagian daripada wilayah Australia. Kepulauan ini terletak berdekatan dengan negara Indonesia di Lautan Hindi. Ia terdiri daripada dua buah atol dan 27 buah pulau batu karang.

Wilayah Kepulauan Cocos (Keeling)
(ولايه کڤولاوان کوکوس (کيليڠ
Bendera Kepulauan Cocos (Keeling)
Jata Kepulauan Cocos (Keeling)
BenderaJata
Lokasi Kepulauan Cocos (Keeling).
Lokasi Kepulauan Cocos (Keeling).
Ibu negaraPulau Panjang
KampungBantam (Pulau Selma)
Bahasa
DemonimOrang Pulau Cocos
KerajaanRaja berpelembagaan persekutuan
• Ratu
Elizabeth II
• Pentadbir
Jon Stanhope
• Presiden Wilayah
Mohammad Said Chongkin
Wilayah Australia
• Diilhakkan oleh
Empayar British
1857
• Dipindahkan ke
kerajaan Australia
1955
Keluasan
• Jumlah
14 km2 (5.4 bt2)
• Perairan (%)
0
Populasi
• Perkiraan Julai 2009
596[1]
Mata wangDolar Australia
(AUD)
Zon waktu()
Kod panggilan61 891
Kod ISO 3166CC
DPT internet.cc

Sejarah

Geografi

Gambar satelit kawasan kepulauan.
 
Peta Kepulauan Cocos (Keeling).

Kepulauan Cocos (Keeling) mengandungi dua dataran batu karang yang rendah dengan lebarnya 14.2 kilometer persegi (5.4 batu persegi), 2.6 kilometer (1.6 batu persegi) di pinggir laut suatu ketinggian tertinggi lima meter (16 kaki) dan diliputi dengan pokok kelapa dan tumbuhan lain. Cuacanya yang nyaman dan mengalami tukaran angin tenggara dalam sembilan bulan setahun serta dengan hujun yang sederhana. Siklon mungkin juga muncul pada awal bulan setiap tahun.

Pulau Keeling Utara

Pulau Keeling Utara merupakan atol yang terdiri daripada sebuah pulau berbentuk C iaitu sebuah bulatan atol berhampiran dengan suatu pembukaan kecil ke dalam lagun kira-kiranya 50 meter (165 kaki) lebar di sebelah timur. Pulau ini berukuran 1.1 kilometer persegi (272 ekar) pada kawasan tanah dan pulau ini tidak berpenghuni. Lagunnya mempunyai keluasan kira-kira 0.5 kilometer persegi (124 ekar).

Kepulauan Keeling Selatan

Pulau Keeling Selatan merupakan atol yang terdiri daripada 26 pulau kecil dimana atol itu membentuk seolah-olah sebuah bulatan atol yang tidak lengkap dengan keluasan kawasan tanah 13.1 kilometer persegi (5.1 batu persegi). Di kepulauan ini, hanya Pulau Selma (Home Island) dan Pulau Panjang (West Island) diduduki. Penduduk Melayu Cocos masih menetap dan tinggal di pondok terutama di pantai lagun Pulau Atas (South Island) dan di beberapa pulau kecil yang lain.

No.Pulau (Nama Melayu)Nama InggerisKawasan
(km²)
1Pulau LuarHorsburgh Island1.04
2Pulau TikusDirection Island0.34
3Pulau PasirWorkhouse Island0.00
4Pulau BerasPrison Island0.02
5Pulau GangsaWoeplace Islets<0.01
6Pulau SelmaHome Island0.95
7Pulau Ampang Kechil Scaevola Islet<0.01
8Pulau AmpangCanui Island0.06
9Pulau Wa-idasAmpang Minor0.02
10Pulau BlekokGoldwater Island0.03
11Pulau KembangThorn Island0.04
12Pulau CheplokGooseberry Island <0.01
13Pulau PandanMisery Island0.24
14Pulau SiputGoat Island0.10
15Pulau JambatanMiddle Mission Isle<0.01
16Pulau LabuSouth Goat Island0.04
17Pulau AtasSouth Island3.63
18Pulau Kelapa SatuNorth Goat Island0.02
19Pulau BlanEast Cay0.03
20Pulau Blan MadarBurial Island0.03
21Pulau MariaWest Cay0.01
22Pulau KamblingKeelingham Horn Island<0.01
23Pulau PanjangWest Island6.23
24Pulau Wak BangkaTurtle Island0.22
Jumlah keluasan13.1

Kepulauan Cocos (Keeling) tidak mempunyai sungai atau tasik. Ini menyebabkan sumber air tawar hanya boleh didapati daripada tadahan air hujan dan air bawah tanah. Kepulauan ini juga bertentangan dengan Pulau Cocos di Costa Rica jika dilihat melalui glob.

Demografi

Setakat tahun 2004, terdapat 629 orang penduduk di Kepulauan Cocos (Keeling).[2] Penduduknya tinggal di dua buah pulau utama yang dipisahkan melalui jurang bangsa iaitu masyarakat Eropah di Pulau Panjang (ang. populasi 120 orang) dan masyarakat Melayu di Pulau Selma (ang. populasi 500). Bahasa Melayu dialek Cocos dan Bahasa Inggeris adalah bahasa utama di kepulauan itu dan 80 peratus penduduknya beragama Islam yang mengikut fahaman Ahli Sunah Waljamaah (Sunni Islam).

Kerajaan

Ibu negeri Kepulauan Cocos (Keeling) adalah Pulau Panjang manakala petempatan penduduk terbesar adalah kampung Bantam (Pulau Selma). Pemerintahan kepulauan ini berasaskan kepada Akta Pulau Cocos (Keeling) 1955 dan ia bergantung kepada undang-undang Australia. Kepulauan ini ditadbirkan dari Canberra oleh Jabatan Peguam Negara[3] (sebelum 29 November 2007, pentadbiran dijalankan di bawah Jabatan Infrastruktur dan Pengangkutan), melalui pentadbir bukan pemastautin yang dilantik Gabenor Jeneral.[4] Pentadbir terkini adalah Neil Lucas, yang telah dilantik pada 30 Januari 2006 dan beliau juga merupakan Pentadbir bagi Pulau Krismas. Kedua-dua Wilayah ini adalah sebahagian daripada Wilayah Luar Negeri Australia.

Majlis Wilayah Kepulauan Cocos (Keeling) terdiri daripada dengan tujuh buah kerusi. Tempoh penuh bagi memegang kerusi di majlis itu ialah selama empat tahun, walaupun pilihan raya diadakan setiap dua tahun dan dianggarkan beberapa orang ahli bersara pada setiap dua tahun itu. Penduduk Kepulauan Cocos (Keeling) kebiasaanya mengundi bagi kawasan parlimen Lingiari bersama-sama dengan penduduk Pulau Krismas dan pendalaman Wilayah Utara.

Kepulauan ini juga mempunyai angkatan polisnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, aspek pertahanan di kepulauan itu masih dibawah tanggungjawab kerajaan Australia.[2]

Ekonomi

Ekonomi utama Kepulauan Cocos (Keeling) ialah pertanian. Tanaman kopra dan kelapa segar merupakan sumber eksport utama di situ. Aktiviti perikanan juga dijalankan dan ia merupakan sumber makanan utama penduduknya. Kebanyakkan makanan dan keperluan lain diimport dari tanah besar Australia. Industri pelancongan juga dijalankan secara kecil-kecilan dan ia kian berkembang. Kadar pengangguran di kepulauan ini adalah rendah iaitu kira-kira 11.3% pada tahun 2006.[5]

Pengangkutan

Terdapat sebuah lapangan terbang berturap di Kepulauan Cocos (Keeling) iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kepulauan Cocos (Keeling). Syarikat penerbangan Virgin Australia menyediakan perkhidmatan jet dari Perth, Australia Barat ke kepulauan ini. Sebuah lagun telah dijadikan sebagai tempat berlabuh bagi kapal terbang.

Budaya

Media dan komunikasi

Kepulauan ini berhubung melalui sistem telekomunikasi Australia dengan rangkaian nombor +61 8 9162 xxxx dan sistem pos (poskod: 6799). Di kepulauan ini disediakan juga telefon awam di Pulau Panjang dan Pulau Selma serta rangkaian telefon bimbit GSM.

Internet domain peringkat tinggi bagi kepulauan ini adalah .cc.

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar