Kim Jong-un

Kim Jong Un [2] (Hangul: 김정은; Hanja:金正恩) juga dieja ,sebagai Kim Jong-un, Kim Jong-eun atau Kim Jung-eun,[3] (lahir 8 Januari 1984),[4] merupakan penyandang jawatan Pemimpin Agung Korea Utara. Beliau secara rasminya diisytiharkan sebagai Pemimpin Agung selepas kematian bapa beliau, iaitu Pemimpin Agung Korea Utara yang kedua, Kim Jong Il.[5]

Kim Jong Un
김정은
Setiausaha Agung Parti Pekerja Korea
Memegang jawatan
11 April 2012
Didahului olehKim Jong Il
Presiden Hal Ehwal Negara
Memegang jawatan
29 Jun 2016
Perdana MenteriChoe Yong-rim
Pak Pong-ju
Kim Jae-ryong
Kim Tok-hun
Naib Presiden PertamaChoe Ryong-hae
Didahului olehKim Jong-il
Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Korea Utara
Memegang jawatan
30 Disember 2011
Didahului olehKim Jong-il
Butiran peribadi
Lahir (1984-01-08) 8 Januari 1984 (umur 40)
Pyongyang, Korea Utara
Parti politikParti Pekerja Korea
Alma materUniversiti Kim Il Sung
Akademi Tentera Universiti Kim Il Sung
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Korea Utara
Tahun perkhidmatan2010–kini
PangkatDaejang (Jeneral)
Kim Jong-un
Chosŏn'gŭl김정은
Hancha金正恩[1]
McCune–ReischauerKim Chŏng'ŭn
Perumian SemakanGim Jeong-eun

Beliau merupakan anak lelaki ketiga dan bongsu kepada pendahulunya, Kim Jong Il dan isterinya Ko Young-hee.[6] Sejak akhir tahun 2010, Kim Jong Un dianggap sebagai pewaris sah kepimpinan negara, dan selepas kematian bapanya, beliau diumumkan sebagai "Pewaris Agung" oleh media Korea Utara.[7] Di upacara peringatan Kim Jong-il, presiden Korea Utara, Kim Yong Nam mengisytiharkan bahawa "Rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Un merupakan pemimpin agung parti, tentera dan negara yang mewarisi fahaman, kepimpinan, keperibadian, nilai-nilai murni, kecekalan hati dan keberanian rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Il".[8] Kim tidak dijangka memegang jawatan secara rasmi sehingga para pegawai parti, parlimen dan pemerintahan atasan bersidang untuk mengesahkan perlantikannya selaku Setiausaha Agung Parti Buruh Korea dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat.[8][9] Pada 30 Disember 2011, Politburo Parti Buruh Korea melantik Kim sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea secara rasmi.[10] Kim Jong Un juga pernah direkodkan telah membunuh pakciknya untuk merampas kuasa.

Dalam Tentera Rakyat Korea, beliau berpangkat Daejang (Hangul: 대장; Hanja:大將) yang bersamaan dengan Jeneral.[11] Kim dipercayai mengkaji sains komputer secara persendirian di Korea Utara.[12] Beliau meraih dua ijazah, iaitu satu dalam bidang fizik di Universiti Kim Il-sung dan satu lagi di Akademi Tentera Kim Il-sung|Akademi Tentera Kim Il Sung.[13][14]

Rujukan

Pautan luar