Konflik Israel–Gaza 2008–2009

Perang Gaza, atau dikenali sebagai Operasi Pemimpin Utama (Ibrani: מִבְצָע עוֹפֶרֶת יְצוּקָה),[34] juga dikenali di dunia Islam sebagai Pembantaian Gaza (مجزرة غزة‎),[35][36][37] dan dirujuk sebagai Perang Al-Furqan (Arab: معركة الفرقان, rumi: Perang pemisahan) oleh Hamas,[38][39] ialah konflik bersenjata tiga minggu antara kumpulan pembebasan Palestin di Genting Gaza dengan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) yang bermula pada 27 Disember 2008 dan berakhir pada 18 Januari 2009 dengan gencatan senjata. Konflik ini menyebabkan kematian antara 1,166 dan 1,417 orang Palestin; dan 13 orang Israel.[40]

Perang Gaza
Sebahagian daripada Konflik Israel-Gaza, Konflik Israel-Palestin

Peta Gaza
Tarikh27 Disember 2008 – 18 Januari 2009
(3 minggu dan 1 hari)
Lokasi
Genting Gaza dan Selatan Israel
Keputusan
  • IDF isytihar genjatan senjata sehala, 12 jam kemudian Hamas umumkan genjatan senjata seminggu.[2][3]
  • Krisis kemanusiaan dan kemerosotan perkhidmatan asas dan infrastruktur di Gaza.[4]
  • Bilangan serangan roket dari Gaza berkurangan
Pihak yang terlibat

Israel Israel

 Genting Gaza[1]

Komandan dan pemimpin

Israel Ehud Olmert
Perdana Menteri
Israel Ehud Barak
Menteri Pertahanan
Israel Gabi Ashkenazi
Ketua Staf Umum
Israel Yoav Galant
Markas Selatan
Israel Ido Nehoshtan
Tentera Udara
Israel Eli Marom
Tentera Laut
Israel Eyal Eisenberg
Bahagian Gaza

Israel Yuval Diskin
Agensi Keselamatan Dalam Negara

Khaled Mashal[5]
Ismail Haniyeh
Said Seyam  (K.I.A.)
Mohammed Deif
Abu Zakaria al-Jamal  (K.I.A.)
Ahmed Jabari
Tawfik Jaber  (K.I.A.)[6]
Osama Mazini
Nizar Rayan  (K.I.A.)[6]

Mahmud al-Zahar
Fail:Flag of the Islamic Jihad Movement in Palestine.svg Ramadan Shallah
Kekuatan

IDF: 4,000[7]–20,000[8] deployed in ground invasion and tens of thousands of reservists mobilized[9] (176,000 total active personnel)[10]

  • F-16I Sufa aircraft[11]
  • AH-64 Saraph and AH-1F Tzefa attack helicopters[11]
  • Elbit Hermes 450, Heron TP Unmanned aerial vehicles[11]
  • 130–140 Merkava tanks[12]
  • Nagmash, Achzarit, Puma, Namer, and other armored personnel carriers[11]
  • 100 armored CAT D9 and other armored bulldozers[11][13]
  • Super Dvora patrol boats,[11] and Sa'ar 4.5-class missile boats
  • Soltam M-71, M109 howitzers, and mortars[11]
  • B-300, Matador, and Spike, anti-tank missiles[11]
  • Viper military robots[11]
  • Tavor and M16 assault rifles, light and heavy machine guns, and semi-automatic sniper rifles[11]

Hamas (Briged Al-Qassam dan polis): 20,000 (anggaran jumlah)[14][15]
Other Palestinian paramilitary forces: 10,000[16]

Kerugian dan korban

Jumlah terbunuh: 13
Tentera: 10
Orang awam: 3

Jumlah cedera parah: 518
Tentera: 336[24]
Orang awam: 182[24]

Jumlah terbunuh: 1,166–1,417[fn 1]

Pejuang dan pegawai polis:
491* (255 pegawai polis, 236 pejuang) (PCHR),[27][28] 600* (B'Tselem),[26] 709 (IDF),[25] 600–700 (Hamas)[29]
Orang awam: 926 (PCHR),[27] 759 (B'Tselem),[26] 295 (IDF)[25]Jumlah cedera parah: 5,303 (PCHR)[27]

Jumlah ditangkap: 120 (IDF)

Seorang pegawai pengawal sempadan Mesir terbunuh dan tiga cedera, dan dua kanak-kanak cedera.[30][31]
Lebih 50,800 penduduk Gaza hilang tempat tinggal.[32]

Lebih 4,000 tempat tinggal musnah; anggaran $2 bilion nilai kerosakan di Gaza[33]
*255 (PCHR)[27] or 265 (B'Tselem)[26] police officers were killed.

Konflik bermula apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara oleh Pasukan Pertahanan Israel. Operasi ini disasarkan kepada rakyat dan infrastruktur Hamas.[41][42][43][44][45][46][47].

Selepas tamatnya perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di Genting Gaza, Palestin dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan pengepungan Jaluran Gaza. Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006.[48][49][50] [51][52]

Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang F-16 dan helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel. Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin.[53] Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.[54]

Pada sebelah petang, Angkatan Tentera Udara Israel menghunjam 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis, penjara dan pusat kawalan yang dipibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Genting Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Yunis dan Rafah di selatan.

Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Latar belakang

Pada Jun 2008, satu perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel anjuran Mesir berjaya ditandatangani. Tetapi Israel memungkirinya dengan menyadakan sekatan semula di pintu masuk dari Israel ke Semenanjung Gaza. Oleh itu warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak mendapat bekalan makanan dan fasiliti lain seperti gas, bekalan elektrik, air, ubat dan pelbagai barangan lain . Sememangnya Semenanjung Gaza tidak dapat berdiri sendiri melainkan bergantung menerima belas ehsan daripada pihak berkuasa Israel. Israel menjadikan hal ini sebagai sorong-tarik dalam krisisnya dengan Hamas yang kini mendapat sokongan besar di Semenanjung Gaza. Pada 13 Disember 2008, Israel mengumumkan akan memanjangkan gencatan senjata hanya jika Hamas patuh kepada syarat-syarat lama dan syarat terbarunya. Hamas menyalahkan Israel kerana menamatkan genjata senjata sebelum ini dengan membuat sekatan di pintu masuk dan rakyat Palestin terpaksa membina terowong-terowong untuk ke seberang tembok sempadan.

Reaksi antarabangsa

Bantahan anti Israel oleh rakyat Tanzania.

Bantuan antarabangsa

  • Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) menghantar pakar perubatan dan petugas logistik ke Mesir bagi menyahut seruan kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan Israel di Tebing Gaza. Ia diketuai oleh Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Jemilah Mahmood dan anggota majlis eksekutifnya Norazam Ab Samah.[58]
  • Penyelaras AMAN Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin menentang tindakan ganas yang bertujuan membawa kemusnahan kepada kalangan penduduk yang dirampas tanah mereka oleh Israel dan sekutunya. Pada 29 Januari 2008, Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza untuk membantu 1.5 juta rakyat Palestin yang terperangkap di Gaza selepas semua pintu sempadannya ditutup rejim Israel sejak Jun 2007.
  • 10 Januari 2009, Josette Sheeran selaku Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan penghantaran bekalan bantuan kepada sehingga 360,000 orang bukan pelarian di Gaza, manakala Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) akan memenuhi keperluan makanan di kalangan pelarian yang berjumlah 1.1 juta orang. WFP memiliki stok makanan berjumlah 3,500 tan metrik di gudang di Gaza, cukup untuk bekalan bagi memenuhi keperluan kes-kes baru sehingga 360,000 orang untuk tempoh tiga minggu. Bekalan makanan dihantar ke hospital-hospital dan juga tepung gandum kepada kedai-kedai yang masih dibuka. Kedai-kedai roti juga sudah kehabisan bekalan tepung gandum yang diperlukan untuk membuat roti - makanan utama penduduk di Gaza .Kilang-kilang tepung sudah kehabisan bekalan bahan mentah.Pemandu trak dan pengendali fork-lift enggan bekerja ekoran rasa bimbang dengan keselamatan mereka. 130 trak yang membawa kira-kira 4,000 tan metrik makanan WFP sudah dihantar ke Gaza menerusi tempat melintasi sempadan di Kerem Shalom, tapi sebahagiannya tersekat disebabkan faktor keselamatan.[59]

Rujukan


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "fn" ada tetapi tag <references group="fn"/> yang sepadan tidak disertakan