Kranberi

Kranberi adalah kumpulan tumbuhan renek kerdil malar hijau yang menjalar dalam subgenus Oxycoccus genus Vaccinium didapati dalam rawa (tanah bencah) berasid di serata kawasan beriklim sejuk Hemisfera Utara. Jenis beriini pula lebih diperincikan mengikut kawasan: "kranberi" di Britain dikaitkan dengan spesies Vaccinium oxycoccos yang ditanam di Eropah Tengah dan Utara[1] manakala "kranberi" di Amerika Utara pula mungkin merujuk kepada spesies Vaccinium macrocarpon yang ditanam di seluruh utara Amerika Syarikat, Kanada dan Chile.[2][3] Dalam beberapa kaedah pengelasan, Oxycoccus dianggap sebagai sebuah genus yang tersendiri.[4]

Kranberi
Semak kranberi berbuah
separa tenggelam
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Asterid
Order:
Ericale
Keluarga:
Ericaceae
Genus:
Vaccinium
Subgenus:
Oxycoccus
Spesies

Vaccinium erythrocarpum
Vaccinium macrocarpon
Vaccinium microcarpum
Vaccinium oxycoccos

Buah dihasilkan pokok ini dimanfaatkan di Amerika Utara menjadi pelbagai produk seperti jus, sos, jem, dan buah kering, dengan baki selebihnya dijual segar kepada pengguna. Sos kranberi merupakan kuah sampingan kepada hidangan ayam belanda panggang yang secara tradisinya dimakan pada malam Krismas di United Kingdom dan Amerika Syarikat serta majlis makan malam sewaktu Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat dan Kanada.[5]

Nama asal pokok ini dalam bahasa Inggeris yang diserap iaitu cranberry dinamakan oleh para peneroka awal Eropah di benua Amerika berdasarkan pemerhatian tangkai dan kelopak bunga pokok ini menyerupai leher, kepala, dan paruh burung jenjang (crane).[6][7]

Botani

Pokok kranberi bercirikan renek dan menjalar sepanjang 2 meter (7 ka) dengan ketinggian 5 hingga 20 sentimeter (2.0 hingga 7.9 in)[8] dengan batang yang tidak berkayu tebal dan daun malar hijau yang kecil.

Bunganya berwarna merah jambu gelap, dengan ranggi atau kelopak melenting serta stilus dan stamen yang terdedah sepenuhnya dan menunjuk ke hadapan. Pokok ini disenyawakan oleh lebah. Buahnya bercirikan beri yang bersaiz lebih besar daripada daun tumbuhan; ia pada mulanya berwarna hijau terang tetapi kemudiannya bertukar menjadi merah apabila masak. Buah ini boleh dimakan, dengan rasa masam yang melebihi rasa manisnya.

Kegunaan dalam makanan

Buah kranberi kering
The Cranberry Harvest on the Island of Nantucket, lukisan Eastman Johnson, 1880.

Nilai nutrisi

Buah kranberi, mentah (Vaccinium macrocarpon)
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga46 kcal (190 kJ)
Karbohidrat12.2 g
- Gula4.04 g
- Serabut diet4.6 g
Lemak0.13 g
Protein0.39 g
Air87.13 g
Vitamin A setara3 μg (0%)
Vitamin A623 IU
- beta-karotena36 μg (0%)
- lutein dan zeaksantin91 μg
Tiamina (vit. B1)0.012 mg (1%)
Riboflavin (vit. B2)0.02 mg (2%)
Niasin (vit. B3)0.101 mg (1%)
Asid pantotenik (B5)0.295 mg (6%)
Vitamin B60.057 mg (4%)
Folat (vit. B9)1 μg (0%)
Vitamin C13.3 mg (16%)
Vitamin E1.2 mg (8%)
Vitamin K5.1 μg (5%)
Kalsium8 mg (1%)
Besi0.25 mg (2%)
Magnesium6 mg (2%)
Mangan0.36 mg (17%)
Fosforus13 mg (2%)
Kalium85 mg (2%)
Natrium2 mg (0%)
Zink0.1 mg (1%)
Link to USDA Database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Buah kranberi biasanya dimasak menjadi manisan buah atau jem yang dikenali sebagai sos kranberi. Bahan makanan ini dihidangkan secara tradisinya dengan ayam belanda panggang sebagai makanan utama pada malam Krismas di England, serta keraian Hari Kesyukuran di Kanada dan Amerika Syarikat.

Beri ini juga digunakan dalam kuih-muih (mufin, skon, kek dan roti), di mana ia sering digabungkan dengan buah oren atau kulitnya. Kranberi kurang biasanya juga digunakan untuk menambah rasa masam kepada masakan berlauk seperti sup dan stu.

Rujukan