Lee Chung-yong

Lee Chung-yong (Hangul이청용; lahir 2 Julai 1988) ialah pemain bola sepak profesional Korea Selatan yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris Crystal Palace dan pasukan kebangsaan Korea Selatan.

Lee Chung-yong
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1988-07-02) 2 Julai 1988 (umur 35)
Tempat lahirSeoul, Korea Selatan
Ketinggian1.80 m (5 ka 11 in)[1]
Posisi permainanPemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Crystal Palace
Nombor14
Kerjaya remaja
2001–2003Dobong Middle School
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2004–2009FC Seoul54(11)
2009–2015Bolton Wanderers176(17)
2015–Crystal Palace30(1)
Pasukan kebangsaan
2006–2007Korea Selatan B2018(1)
2007–2008Korea Selatan B237(0)
2008–Korea Selatan67(6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 Mei 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Oktober 2016
Lee Chung-yong
Hangul이청용
Hanja李靑龍[2]
Perumian SemakanI Cheong-Yong
McCune–ReischauerYi Ch'ŏng'yong

Karier kelab

FC Seoul

Pada tahun 2006, dia membuat penampilan sulungnya dalam Liga K. Pada tahun 2007, Şenol Güneş menyertai FC Seoul sebagai pengurus. Pada tahun itu, Lee Chung-yong mula menembusi skuad utama, bermain dalam 15 perlawanan liga dan menjaringkan tiga gol.

Pada tahun berikutnya, dia meletakkan dirinya sebagai pemain tetap FC Seoul, bermain 22 perlawanan liga dan menjaringkan lima gol. Pada tahun 2009, Lee meneruskan aksi cemerlangnya dan membuat tiga bantuan gol ketika menentang Chunnam Dragons pada 7 Mac 2009. Pada 4 April 2009, dia menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Suwon Samsung Bluewings.

Bolton Wanderers

FC Seoul mengesahkan bahawa Lee Chung-yong telah bersetuju dengan perjanjian untuk menyertai Bolton Wanderers. Perpindahan itu disahkan pada 14 Ogos 2009.[3] Dia membuat penampilan pertamanya untuk Bolton pada 15 Ogos 2009 ketika kalah 1–0 kepada Sunderland di Stadium Reebok dan menjaringkan gol pertamanya ketika menang 2-1 ke atas Birmingham City pada 26 September. Dia dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspur, membuat bantuan gol kepada Ricardo Gardner. Dia membuat bantuan gol kepada Ivan Klasnic ketika seri 3–3 dengan Manchester City di Stadium Reebok.[4]

Pada 25 November, dia menandatangani kontrak lanjutan, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2013.[5]

Semasa perlawanan persahabatan pra-musim menentang Newport County pada 30 Julai 2011, Lee mengalami patah kaki selepas kekasaran dari Tom Miller. Pada 4 Mei 2012, Owen Coyle menolak kemungkinan Lee beraksi pada musim itu,[6] tetapi dua hari kemudian, Lee kembali beraksi ketika seri 2–2 dengan West Bromwich Albion. Pada 29 Mei 2012, ia telah disahkan bahawa Lee telah menanadatangani kontrak baru, melanjutkan tempohnya di Reebok sehingga musim 2014–15.[7]

Dia menghabiskan musim 2012-13 dengan menjaringkan empat gol dan membuat tujuh bantuan gol dalam Championship. Lee kekal dalam Championship bersama Bolton untuk musim 2013–14.

Crystal Palace

Pada 2 Februari 2015, Lee menyertai Crystal Palace dengan yuran yang tidak didedahkan.[8] Kontrak Lee berkekalan sehingga bulan Jun 2018.[9]

Karier antarabangsa

Pada 31 Mei 2008, Lee membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Jordan. Dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya menentang pasukan yang sama pada 5 September 2008.

Pada 17 Jun 2010, Lee menjaringkan gol ketika menentang Argentina dalam Piala Dunia FIFA 2010.[10] Lee sekali lagi menjaringkan gol dalam pusingan 16 menentang Uruguay dimana mereka kalah 2-1.[11]

Lee disenaraikan dalam skuad Korea Selatan untuk Piala Dunia FIFA 2014.

Statistik karier

Sehingga 16 Ogos 2015
KelabMusimLigaPialaPiala ligaBenuaJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
FC Seoul200400000000
200500000000
200620002040
20071532080253
20082251031266
2009153201050233
Jumlah541150141507812
Bolton Wanderers2009–103444120405
2010–113134110364
2011–1220000020
2012–134143100445
2013–144532000473
2014–152330030263
Jumlah176171336019520
Crystal Palace2014–1530000030
2015–1610000010
Jumlah40000040
Jumlah karier234281832015027732

Gol antarabangsa

#TarikhVenueLawanSkorKeputusanPertandingan
1.5 September 2008 Seoul  Jordan1–01–0Persahabatan
2.14 November 2008 Doha  Qatar1–01–1Persahabatan
3.16 Mei 2010 Seoul  Ecuador2–02–0Persahabatan
4.17 Jun 2010 Johannesburg  Argentina1–21–4Piala Dunia FIFA 2010
5.26 Jun 2010 Port Elizabeth  Uruguay1–11–2Piala Dunia FIFA 2010
6.15 November 2013 Seoul  Switzerland2–12–1Persahabatan

Rujukan

Pautan luar