Limau gedang

Limau gedang (Jawi: لیماو ݢدڠ , nama botani: Citrus × paradisi) ialah pokok limau subtropika dikenali dengan buahnya yang besar atau "gedang"[1] dengan isi yang masam hingga separuh manis agak pahit.[2] Buah ini berasal dari Barbados kacukan buah oren dan buah limau bali yang diperkenalkan dari Asia pada abad ke-17.[3]

Limau gedang
Sebiji limau gedang
dengan ulas dan belahan.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Rutaceae
Genus:
Spesies:
C. × paradisi
Nama binomial
Citrus × paradisi
Macfad.

Gambaran

Pokok limau ini malar hijau, ia biasanya tumbuh mencapai ketinggian 5–6 meter. Namun, ada juga pokok yang boleh tumbuh setinggi 13–15 m.[2] Daunnya panjang (sehingga 15 sentimeter), nipis dan berwarna hijau terang.

Bunga yang dihasilkan berkelopak empat putih berukuran 5 sm. Buahnya berbentuk sfera jingga-kekuningan berdiameter dari 10 hingga 15 sm. Isi buahnya bersegmen and berasid dengan warnanya berbeza mengikut kultivar dari putih, merah jambu hingga ke merah dengan tahap kemanisan yang berbeza (secara umumnya, isi buah yang merah akan lebih manis rasanya).[2] Kultivar limau gedang yang pertama kali dipatenkan adalah "1929 US Ruby Red" (daripada jenis Redblush).

Pengeluaran

Pada tahun 2019, pengeluaran limau gedang dan limau bali sebanyak 9.3 juta tan metrik, didahului China dengan 53% jumlah pengeluaran sedunia, ia disusuli oleh Vietnam, Amerika Syarikat dan Mexico.[4]

Pengeluaran limau gedang tahun 2019
NegaraPengeluaran
(juta tan metrik)
 Republik Rakyat China4.9
 Vietnam0.8
 Amerika Syarikat0.5
 Mexico0.5
 Afrika Selatan0.4
Dunia9.3
Sumber: Pangkalan Data Statisikal Korporat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu[4]

Rujukan