Magadha

Magadha ialah sebuah kawasan[1] serta sebuah Mahajanapada, 'Kerajaan Agung' pada zaman Pembandaran Kedua (600–200 SM) di kawasan selatan Bihar moden (sebelum perluasan) di Dataran India-Ganges. Masyarakat ini bertutur dalam bahasa Magahi, bahasa yang masih wujud di selatan Bihar. Magadha dikuasai oleh Dinasti Brihadratha, Dinasti Pradyota (682–544 SM), Dinsati Haryanka (544–413 SM) dan Dinasti Shaishunaga (413–345 SM). Penghuni memiliki perwakilan mereka sendiri di bawah ketua-ketua tempatan, Gramakas. Pentadbiran mereka terbahagi kepada sistem eksekutif, kehakiman dan ketenteraan.[2][3]

Kerajaan Magadha
Dinasti bertahan sekitar 1700 SM – 750 Masihi
Magadha dan Mahajanapada pada zaman Pembandaran Kedua
Magadha dan Mahajanapada pada zaman Pembandaran Kedua
Keluasan wilayah empayar Maurya pada dan selepas abad keenam SM
Keluasan wilayah empayar Maurya pada dan selepas abad keenam SM
Ibu negaraRajagriha (Girivraj)
Kemudian, Pataliputra (kini Patna)
Bahasa yang umum digunakanMagadhi Prakrit
Ardhamagadhi Prakrit
Agama
Hinduisme
Buddhisme
Jainisme
KerajaanRaja mutlak berdasarkan Arthashastra
Samraat (Maharaja) 
• sekitar 544–492 SM
Bimbisara
• sekitar 492–460 SM
Ajatashatru
• sekitar 460–444 SM
Udayin
• sekitar 437–413 SM
Nāgadāsaka
• sekitar 413–395 SM
Shishunaga
• sekitar 395–367 SM
Kalashoka
Era SejarahSejarah purba
Mata wangPanas
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Kikata
Pertengahan abad kelima SM:
Empayar Nanda
750 Masihi:
Empayar Pala
Sekarang sebahagian dariIndia

Magadha memainkan peranan penting dalam perkembangan Jainisme dan Buddhisme.[4] Magadha disusuli dengan tiga empayar utama India, Empayar Nanda (sekitar 345–322 SM), Empayar Maurya (sekitar 322–185 SM) dan Empayar Gupta (sekitar 240 SM – 550 Masihi). Empayar Pala juga memerintah Magadha dan menetapkan sebuah kem diraja di Pataliputra.[5][6]

Rujukan