Sejarah purba

Sejarah purba/kuno ialah himpunan peristiwa-peristiwa masa lampau[1] bermula daripada permulaan penulisan sejarah manusia hingga permulaan Zaman Pertengahan atau Zaman Pascaklasik. Sejarah tertulis meliputi tempoh sekitar 5,000 tahun, bermula dengan aksara pepaku Sumeria, tatacara penulisan tertua yang ditemukan pada kurun waktu Protomelek-Aksara sekitar abad ke-30 SM.[2]

Istilah "Zaman Klasik" pula sering kali digunakan sebagai sebutan bagi tempoh dalam sejarah Dunia Lama bermula dari permulaan catatan sejarah Yunani pada 776 SM (Olimpiade Pertama), kira-kira sama waktu dengan penubuhan Rom pada 753 SM, iaitu permulaan sejarah Rom Purba, dan permulaan Zaman Arkaik dalam sejarah Yunani Purba. Meskipun sempadan akhir tempoh sejarah purba masih diperdebatkan, sebahagian pakar budaya Barat menetapkan waktu kejatuhan Empayar Rom Barat pada 476 M (paling banyak digunakan),[3][4] penutupan Akademi Plato pada 529 M,[5] kemangkatan raja Justinian I pada 565 M,[6] dan kedatangan Islam[7] atau kebangkitan Charlemagne[8] sebagai penghujung sejarah kuno dan Eropah Klasik.

Di India, sejarah kuno meliputi permulaan zaman Kerajaan-Kerajaan Pertengahan,[9][10][11] sedangkan zaman purba Cina pula meliputi zaman hingga zaman Dinasti Qin.[12][13]

Rujukan