Metaverse

Metamesta[1] (bahasa Inggeris: metaverse, gabungan perkataan "meta-" dan universe "alam semesta") ialah hipotesis lelaran seterusnya internet yang menyokong persekitaran maya 3-D dalam talian yang tidak berpusat dan berterusan.[2][3] Ruang maya ini boleh dicapai melalui set kepala realiti maya, cermin mata realiti berperantara, telefon pintar, PC dan konsol permainan.[4][3] Metamesta mempunyai kes penggunaan yang jelas dalam permainan video, perniagaan, pendidikan, runcit dan sektor hartanah.[5][6] Had terbesar untuk penggunaan berskala luas metamesta datang daripada pengehadan teknologi dengan peranti dan penderia semasa yang diperlukan untuk berinteraksi dengan persekitaran maya dalam masa nyata.[7][8][9]

Avatar bersosial di dunia maya 2003, Second Life

Banyak syarikat seperti Meta, Roblox, Epic Games dan Microsoft melabur dalam penyelidikan teknologi berkaitan metamesta untuk menjadikan teknologi ini lebih efektif kos dan tersedia secara meluas.[8] Privasi maklumat dan ketagihan pengguna ialah antara kebimbangan yang diungkitkan dalam penggunaan metamesta yang berpunca daripada cabaran semasa dihadapi oleh industri-industri media sosial dan permainan video secara keseluruhannya.[10][4][11]

Rujukan