O

huruf kelima belas abjad Rumi

O ialah huruf Rumi moden yang ke-15, bernama o (/o/).

O
O
Abjad Rumi dasar
 AaBbCcDd 
EeFfGgHhIiJj
KkLlMmNnOoPp
QqRrSsTtUuVv
 WwXxYyZz 

History

Hieroglif Mesir `irO Proto-SemitikO PhoeniciaO EtruscanOmicron Greek
D4

Huruf O berasal dari huruf Semitik `Ayin (mata) yang melambangkan konsonan, mungkin frikatif farinks bersuara (IPA: [ʕ]), yang juga dilambangkan oleh huruf Arab Arab: ع (`Ayn). Huruf Semitik dalam bentuk asalnya nampaknya diilhamkan oleh hieroglif Mesir untuk "mata".

Adalah dipercayai bahawa bangsa Yunani telah menimbulkan inovasi aksara huruf; oleh sebab tiadanya konsonan farinks, maka mereka meminjam hurif ini menjadi huruf omikron untuk menandakan bunyi /o/, iaitu bunyi yang dikekalkan huruf berkenaan dalam bahasa Etruskan dan Latin. Dalam tulisan Yunani, wujudnya bentuk lainan huruf ini agar membezakan bunyi o panjang (Omega, "O besar") daripada o kecil (Omikron, "o kecil").

Penggunaan

Huruf O paling banyak dikaitkan dengan vokal belakang tutup-tengah berbundar [o] dalam pelbagai bahasa. Bentuk ini bergelar "long o" dalam bahasa Inggeris, tetapi bunyinya berbeza sebenarnya. Dalam loghat prestij British yang bernama Received Pronunciation, huruf o ini berbunyi diftong (əʊ); di Amerika pula /oʊ/.

Dalam bahasa Inggeris juga afa "short O" yang juga berbagai-bagai sebutannya. Dalam kebanyakan loghat England, huruf ini berbunyi vokal belakang luas berbundar [ɒ]; di Amerika Utara pula, bentuknya berbunyi vokal belakang atau tengah tak bundar, sama baik [ɒ] mahupun [a] bergantung pada loghat daerah.

Dalam IPA, [o] melambangkan vokal belakang tutup-tengah berbundar.

Kod-kod pengkomputeran

Perwakilan alternatif O
fonetik NATOKod Morse
Oscar–––
Bendera isyaratSemaforaPanduan ASLBraille
Titik kodHuruf besar
O
Huruf kecil
o
UnikodU+004FU+006F
ASCIIPerpuluhan79111
Perduaan0100111101101111
EBCDIC214150

Lihat juga

Abjad Rumi/Latin
AaBbCcDdEeFfGgHhIiJjKkLlMmNnOoPpQqRrSsTtUuVvWwXxYyZz