Y

huruf kedua puluh lima abjad Rumi

Y ialah huruf Rumi moden yang ke-25,. bernama wai (disebut /waɪ/).

Y
Y
Abjad Rumi dasar
 AaBbCcDd 
EeFfGgHhIiJj
KkLlMmNnOoPp
QqRrSsTtUuVv
 WwXxYyZz 

Ia melambangkan bunyi konsonan malaran tak geser lelangit /j/ diaturkan dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan yang disetujui dua-dua pihak Malaysia dan Indonesia untuk bahasa-bahasa baku mereka pada tahun 1972.[1]

Sejarah

Leluhur asal huruf Y merupakan huruf Semitik Waw, yang juga leluhur mutlak kepada huruf-huruf F, U, V, dan W. (Rujuk F untuk keterangan lanjut.)

Di Yunani Purba, huruf Υ (Upsilon) menandakan IPA: [/u/], sebelum beralih ke /y/ (vokal depan sempit berbundar). Bangsa Rom pula meminjam huruf ini menjadi huruf V, bagi menandakan bunyi vokal /u/ dan konsonan /w/, tetapi tidak lama kemudian, oleh sebab sebutan Ypsilon dalam bahasa Yunani beranjak ke /y/, maka bangsa Rom meminjam huruf Yunani tersebut dalam bentuk asalnya termasuk sekali batang mencancang, iaitu Y — terutamanya bagi menandai nama-nama dan kata-kata pinjaman bahasa Yunani.

Huruf Y digunakan dalam bahasa Inggeris Lama dan Latin untuk menandai fonem /y/; namun, ada yang mendakwa kegunaan ini merupakan ciptaan berasingan di England dengan menggabungkan V ke atas I, tanpa kena-mengena dengan kegunaan huruf ini dalam bahasa Latin. Apapun, mungkin juga bahawa huruf Y, meskipun dinamakan Y Græca (IPA [u gre:ka]) atau 'u Yunani' iagar dibezakan dari /u/ dalam bahasa Latin, tetap dianalisa sebagai huruf V (disebut /uː/) di atas huruf I (disebut /iː/). Maka huruf Y dipanggil [uː iː]; selepas /uː/ menjadi /w/ dan selepas Anjakan Vokal Besar dalam bahasa Inggeris maka sebutannya menjadi /waɪ/ yang terus dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu moden dituturkan kawasan pernah dijajah empayar British termasuk Semenanjung Melayu dan Singapura, kawasan-kawasan lain seperti Sumatera dan Riau pula menyebut huruf ini dengan sebutan /je/.

Kegunaan

Dalam bahasa Melayu, fonem untuk huruf Y dipinjam dari bahasa Inggeris, iaitu /j/

Dalam bahasa Sepanyol, huruf Y disebut i/y griega, dalam bahasa Catalonia i grega, dalam bahasa Perancis dan Romania i grec, dalam bahasa Poland igrek - semuanya membawa erti "I Yunani"; di kebanyakan bahasa Eropah lain, nama Yunani asalnya masih dipakai; dalam bahasa Jerman, namanya Ypsilon (atau "Üpsilon") dan dalam bahasa Portugis ípsilon atau ípsilo. [1] Huruf Y asalnya direka sebagai huruf vokal, tetapi lama-kelamaan dijadikan konsonan dalam kebanyakan bahasa.

Dalam sistem IPA, [y] bersamaan dengan vokal depan sempit berbundar, sementara simbol [ʏ] yang sedikit bezanya bersamaan dengan vokal hampir depan hampir sempit berbundar.

Kod-kod pengkomputeran

Perwakilan alternatif Y
fonetik NATOKod Morse
Yankee–·––
Bendera isyaratSemaforaPanduan ASLBraille
Titik kodHuruf besar
Y
Huruf kecil
y
UnikodU+0059U+0079
ASCIIPerpuluhan89121
Perduaan0101100101111001
EBCDIC232168

Lihat juga

  • Υ, υ, Huruf upsilon Yunani
  • ¥, simbol mata wang

Rujukan

Abjad Rumi/Latin
AaBbCcDdEeFfGgHhIiJjKkLlMmNnOoPpQqRrSsTtUuVvWwXxYyZz