W

huruf kedua puluh tiga abjad Rumi

W ialah huruf Rumi moden yang ke-23, bernama double-u (disebut /ˈdʌbljuː/).[1]

W
W
Abjad Rumi dasar
 AaBbCcDd 
EeFfGgHhIiJj
KkLlMmNnOoPp
QqRrSsTtUuVv
 WwXxYyZz 

Sejarah

Bentuk terawal huruf W merupakan huruf V berganda yang dipakai pada abad ke-7 oleh para penulis bahasa Inggeris Lama yang terawal sekali; dari dwihuruf "uu" inilah timbul nama "double U". Dwihuruf ini tidak begitu laris dipakai kerana bunyinya ketika itu lebih banyak ditandai huruf rune wynn (Ƿ), namun huruf W semakin laris selepas Penaklukan Norman, dan menjelang tahun 1300 huruf W mengganti huruf wynn dalam kegunaan biasa. Bentuk-bentuk lain huruf ini termasuklah sepasang huruf V yang bertindih cabangnya di tengah; dan satu bentuk kursif yang ditemui dalam tulisan bahasa Inggeris dan Jerman abad ke-19 yang berupa huruf "n" yang cabang kanannya melengkung menjadi bentuk "v" kursif (bandingkan dengan bentuk ƕ).

Kegunaan

Cuma ada lima bahasa Eropah moden utama yang memakai huruf W dalam kata-kata jatinya, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Jerman, bahasa Poland, bahasa Belanda, dan bahasa Wales. Dalam bahasa Inggeris bunyinya /w/, dalam bahasa Jerman dan Poland bunyinya /v/ (bahasa Poland memakai huruf Ł bagi /w/), sementara dalam bahasa Belanda bunyinya /ʋ/. Bahasa Wales pula memakai huruf W untuk menandakan bunyi vokal dan konsonan. Bahasa Inggeris juga mengandungi sebilangan kata-kata bermula dengan w senyap sebelum r yang disebut (dalam sesetengah loghat), yang diwarisi dari Bahasa Anglo-Saxon yang mana bunyi w disebuy: wreak, wrap, wreck, wrench, wroth, wrinkle, dan sebagainya.

Dalam IPA, /w/ menandakan malaran tak geser labial-velar bersuara, iaitu seperti "w" dalam perkataan "wayang."


Kod-kod pengkomputeran

Perwakilan alternatif W
fonetik NATOKod Morse
Whiskey·––
Bendera isyaratSemaforaPanduan ASLBraille
Titik kodHuruf besar
W
Huruf kecil
w
UnikodU+0057U+0077
ASCIIPerpuluhan87119
Perduaan0101011101110111
EBCDIC230166

Rujukan

Lihat juga

  • U
  • Ў
  • V
  • Wh (dwihuruf)
  • Wynn
Abjad Rumi/Latin
AaBbCcDdEeFfGgHhIiJjKkLlMmNnOoPpQqRrSsTtUuVvWwXxYyZz