Pengelasan biologi

kaedah taksonomi saintifik

Pengelasan biologi atau pengelasan saintifik merupakan kaedah taksonomi saintifik yang digunakan dalam pengumpulan dan pengelasan organisma menerusi kategori organisma seperti genus atau spesis. Golongan kumpulan ini dikenali sebagai taxa (tunggal:takson).

Pelbagai peringkat sistem pengelasan saintifik.SpesiesGenusFamiliOrderKelasFilumAlamDomainHidupan
Pelbagai peringkat sistem pengelasan saintifik.

Hierarki pengelasan biologi untuk lapan pangkat taksonomi utama. Pangkat pertengahan tidak ditunjukkan.

Pengelasan biologi moden diasaskan oleh Carolus Linnaeus, yang mengelompokkan spesies menurut ciri-ciri fizikal yang sama. Pengelompokan ini telah disemak kembali untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang sama (common descent) yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem molekular, yang menggunakan urutan DNA atau analisis bioinformatik telah mendorong kepada penilaian semula taksonomi. Walau bagaimanapun, maklumat molekular cuma merupakan pelengkap atau tambahan kepada sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia digunakan dalam pengelasan saintifik. Pengelasan saintifik dikenal juga sebagai taksonomi sains.

Sistem awal

Pengelasan terawal haiwan hidup adalah yang dikemukakan oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani yang mengelaskan semua organisma ketika itu sebagai tumbuhan atau haiwan. Dia kemudian membahagikan haiwan berdasarkan kepada cara mereka bergerak (udara, darat atau air).

Pada 1172 Ibn Rushd yang merupakan seorang kadi di Seville, Sepanyol telah menterjemah dan meringkaskan buku Aristotle de Anima ke dalam bahasa Arab. Malangnya, buku asal beliau telah hilang namun terjemahan dalam bahasa Latin oleh Michael Scot masih ada sehingga ke hari ini.

Seterusnya, seorang professor Sweden, Conrad von Gesner (1516–1565) telah mengumpulkan senarai benda hidup yang diketahui pada masa itu.

Penjelajahan Dunia Baru kemudiannya menemukan banyak jenis haiwan baru. Pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17, kajian cermat terhadap binatang telah dilakukan, pertama ke atas yang biasa, dan kemudian dilanjutkan sehingga ia cukup untuk bertindak sebagai asas anatomi untuk pengelasan. Kemajuan pengetahuan ini terletak pada kajian ahli anatomi perubatan, antaranya Fabricius (1537–1619), Petrus Severinus (1580–1656), William Harvey (1578–1657) dan Edward Tyson (1649–1708). Manakala kemajuan dalam pengelasan adalah hasil kerha ahli entomologi dan ahli mikroskopi seperti Marcello Malpighi (1628–1694), Jan Swammerdam (1637–1680) dan Robert Hooke (1635–1702). Lord Monboddo (1714-1799), seorang pemikir mujarad turut menyumbang

Alam dan domain

Linnaeus
1735[1]
Haeckel
1866[2]
Chatton
1925[3]
Copeland
1938[4]
Whittaker
1969[5]
Woese et al.
1990[6]
Cavalier-Smith
1998[7]
2 alam3 alam2 empayar4 alam5 alam3 domain6 alam
(tidak diolah)ProtistaProkaryotaMoneraMoneraBacteriaBacteria
Archaea
EukaryotaProtoctistaProtistaEucaryaProtozoa
Chromista
VegetabiliaPlantaePlantaePlantaePlantae
FungiFungi
AnimaliaAnimaliaAnimaliaAnimaliaAnimalia

Contoh

Manusia (Homo sapiens)

DomainEukarya
AlamHaiwan
FilumKordata
SubfilumVertebrata
KelasMamalia
SubkelasTheria
InfrakelasEutheria
OrderPrimat
SuborderHaplorrhini
Famili/KeluargaHominidae
GenusHomo
SpesiesH. sapiens

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno