Pesawat ulang-alik

Bolak balik angkasa lepas [1] atau pesawat ulang alik[2] (bahasa Inggeris:Space Shuttle atau nama rasminya Space Transportation System atau STS) merupakan sejenis kenderaan angkasa yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet untuk digunakan bagi misi penerbangan ulang-alik ke angkasa. Bolak balik angkasa, tidak seperti kenderaan angkasa yang lain dapat digunakan berulang-ulang kali. Bolak balik angkasa yang boleh beroperasi kini hanya dimiliki oleh NASA, setelah Rusia memutuskan untuk menamatkan program bolak balik angkasa Buran. Amerika Syarikat menghasilkan sebanyak 5 buah bolak balik angkasa, akan tetapi kini hanya terdapat tiga buah yang masih tinggal.

Bolak balik angkasa
Bolak balik angkasa Discovery dilancarkan dalam misi STS-120.
Bolak balik angkasa Discovery dilancarkan dalam misi STS-120.
FungsiManned partially re-usable launch and reentry system
PengeluarUnited Space Alliance:
Thiokol/Alliant Techsystems (SRBs)
Lockheed Martin (Martin Marietta) - (ET)
Rockwell/Boeing (pengorbit)
Negara asal Amerika Syarikat
Saiz
Tinggi184 kaki (56.1 m)
Ukur lilit28.5 kaki (8.69 m)
Berat4,470,000 lb (2,030 tan)
Tahap2
Keupayaan
Muatan ke LEO24,400 kg (53,600 lb)
Muatan ke
GTO
3,810 kg (8,390 lb)
Sejarah pelancaran
StatusAktif
Tapak pelancaranLC-39, Pusat Angkasa Kennedy
SLC-6, PTU Vandenberg (tidak digunakan)
Jumlah pelancaran125
Kejayaan124
Kegagalan1 (launch explosion, Challenger)
Lain1 (gagal semasa masuk semula, Columbia)
Penerbangan sulung12 April, 1981
Muatan terkenalKomponen-komponen Stesen Angkasa Antarabangsa
Teleskop Angkasa Hubble
Galileo
Magellan
Bali cerap Sinar-X Chandra
Balai cerap Sinar Gamma Compton
Penggalak (Tahap 0) - Penggalak Roket Pepejal
No penggalak2
Enjin1 pepejal
Tujahan2,800,000 lbf setiap satu, pelancaran aras laut (12.5 MN)
Impuls spesifik269 s
Masa bakar124 saat
Bahan apipepejal
Tahap pertama - tangki luar
Enjin(tiada)
(3 SSME ditempatkan pada pengorbit)
Tujahan1,225,704 lbf keseluruhan, pelancaran pada aras laut (5.45220 MN)
Impuls spesifik455 s
Masa bakar480 saat
Bahan apiLOX/LH2
Tahap ke-2 - Pengorbit
Enjin2 OME
Tujahan53.4 kN jumlah tujahan vakum gabungan (12,000 lbf)
Impuls spesifik316 saat
Masa bakar1250 saat
Bahan apiMMH/N2O4

Bolak balik angkasa biasanya digunakan untuk membawa pelbagai muatan kebiasaannya adalah satelit, membawa anak kapal ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan untuk misi-misi penyelenggaraan seperti membaiki Teleskop Angkasa Hubble.

NASA telah mengumumkan untuk menamatkan armada bolak balik angkasanya bermula pada tahun 2010 dan akan menggantikannya dengan roket jenis Orion bukan sahaja direka untuk mengangkut manusia ke bulan, malah berupaya untuk mengangkut manusia ke orbit angkasa yang lebih jauh.

Bahagian dan komponen

Mirip dengan pesawat terbang, pesawat ulang alik ini dilengkapi dengan sayap, sistem kemudi, sistem pendorong, dan badan pesawat tempat antariksawan bekerja. Bedanya pesawat ulang-alik ini lebih komplet baik badan maupun mesin yang menggerakannya.

Pesawat ini secara umumnya dari tiga sistem dasar iaitu dua buah roket padat sebagai tenaga pendorong awal dari pusat pelancaran, tangki luar untuk membekalkan mesin utama, dan pengorbit di mana tiga dek ditempatkan sebagai tempat penginapan dan pekerjaaan angkasawan selama tempoh perjalanan.

Pesawat ini dikendalikan dari dek penerbangan di bahagian atas. Di bahagian bawah merupakan kawasan tempat tinggal antariksawan yang dilengkapi dengan dapur, tempat tidur dan sebagainya. Sistem pengendali lingkungan ditempatkan pada dek ketiga.

  • Tangki luar yang berisi 526,126 galon bahan bakar berfungsi untuk membekalkan bahan bakar ke mesin utama. Saat dua roket padat (Solid Rocket Boosters) dipisahkan dari pesawat pada ketinggian 45 km, mesin utama dihidupkan dengan bahan bakar dari tangki luar (external tank). Tangki luar ini akan dilepaskan daripada pesawat pada ketinggian 113 km dan jatuh ke lautan.
  • Roket padat seberat 1.3 juta paun ini berupaya menghasilkan daya tujahan sebesar 2,650,000 paun berfungsi sebagai pendorong pesawat saat dilancarkan sampai ketinggian 45 km daripada permukaan bumi. Roket ini kemudian di lepaskan dari pesawat ruang angkasa dan jatuh ke laut.
  • Orbiter merupakan bahagian inti dari pesawat ulang-alik. Orbiter mirip pesawat terbang, di dalamnya terdapat dek tempat antariksawan tinggal dan peralatan navigasi. Mesin utama pun ditempatkan di belakang orbiter atau pengorbit. Pengorbit inilah yang kembali ke Bumi jika misi telah selesai.

Penamatan khidmat

Bolak-balik angkasa asalnya bertujuan digunakan sebagai suatu "trak angkasa" oleh pihak Amerika Syarikat bagi membina suatu stesen angkasa di orbit Bumi rendah pada sekitar tahun 1990-an. Projek ini lama kelamaannya beransur ubah menjadi Stesen Angkasa Antarabangsa yang ditunda pembinaannya berkali-kali sehingga pesawat beroperasi 15 tahun lebih lama daripada yang dijangkakan.

Misi ke-135 dan terakhir yang melibatkan pesawat ini terdiri daripada empat orang angkasawan—Christopher Ferguson (komander), Douglas Hurley (juruterbang), Sandra Magnus (Mission Specialist 1), and Rex Walheim (Mission Specialist 2)[3] dalam pesawat Atlantis yang berlepas pada 8 Julai 2011 dan mendarat dengan selamatnya di Pusat Angkasa Kennedy pada 21 Julai 2011 pukul 5:57 pagi waktu tempatan (09:57 UTC).[4]

Pihak Amerika Syarikat kini bergantung kepada roket Soyuz Rusia untuk tujuan pengangkutan bekalan dan bahan binaan ke ISS.

Rujukan

Pautan luar