Puak Slav

Puak atau orang Slav merujuk kepada kumpulan etnik dan bahasa yang tergolong di dalam keluarga Indo-Eropah, yang majoritinya tinggal di Eropah Timur. Bermula dari abad ke-6 lagi, mereka mula berpindah-randah dari tanah air mereka untuk tinggal di bahagian paling timur di Eropah Tengah, kawasan Eropah Timur lainnya dan juga sekitar Semenanjung Balkan. Ramai yang kemudiannya terus tinggal di kawasan yang kini dikenali sebagai Siberia dan juga Asia Tengah atau berhijrah ke kawasan lain di seluruh dunia.

Negara-negara zaman moden dan kumpulan etnik dengan nama "Slav" dianggap dari segi genetik dan budaya sebagai kumpulan yang pelbagai dan hubungan di antara mereka adalah berbeza-beza, dari perasaan yang akrab kepada perasaan saling membenci. Kumpulan etnik ini kini tinggal dan membentuk majoriti di banyak negara seperti Rusia, Ukraine, Poland (termasuk kumpulan minoriti Kashubi), Republik Czech, Belarus, Slovakia, Slovenia, Croatia, Serbia, Montenegro, Bulgaria, Republik Macedonia dan Bosnia dan Herzegovina. Negara-negara lain seperti Kazakhstan, Moldova, Lithuania, Estonia dan Latvia juga mempunyai puak Slav dalam bilangan yang agak besar.

Di Jerman, orang Sorbia yang kebanyakannya tinggal di Lausitz membentuk kumpulan minoriti yang dilindungi. Selain itu, Austria turut memberi perlindungan yang sama kepada kumpulan etnik minoriti Slav.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno