Richard Stallman

American programmer; Activist; Hacker; Free software pioneer

Richard Matthew Stallman (lahir 16 Mac 1953), juga disingkatkan kepada "rms",[2] ialah seorang aktivis kebebasan perisian, penggodam (pengatur cara), [3] dan pembangun perisian Amerika Syarikat.Pada September 1983, beliau melancarkan Projek GNU[4] untuk mencipta sistem pengendalian ala Unix bebas, dan ialah pengurus dan arkitek utama. Dengan pelancaran Projek GNU, beliau membentuk gerakan perisian bebas dan, pada Oktober 1985, menubuhkan Yayasan Perisian Bebas.

Richard Matthew Stallman
Richard Stallman di DTU di Denmark 2007
Kelahiran (1953-03-16) 16 Mac 1953 (umur 71)
Nama lainrms
PekerjaanPresiden Yayasan Perisian Bebas
Gerakan politikGerakan perisian bebas
Laman web rasmiwww.stallman.org

Stallman mencipta konsep nyah hak cipta (copyleft) dan pengarang utama banyak lesen copyleft termasuklah Lesen Awam Am GNU, lesen perisian bebas yang banyak digunakan.[5] Sejak pertengahan 1990-an, Stallman telah menggunakan banyak daripada masanya menyokong perisian bebas, dan menentang paten perisian dan apa yang beliau melihat sebagai undang-undang hak cipta yang berlebihan. Stallman telah juga memajukan perisian, termasuk Emacs asal, Koleksi Pengkompil GNU (GNU Compiler Collection), dan Penyahpepijat GNU (GNU Debugger). Beliau menubuhkan Liga Kebebasan Pengaturcaraan pada tahun 1989.

Kehidupan awal

Stallman anak kepada Daniel Stallman dan Alice Lippman dan dilahirkan pada tahun 1953 di New York City, New York.

Lihat juga

  • Hacker ethic
  • Sejarah perisian bebas
  • Lisp Machine Lisp
  • Software hoarding
  • Revolution OS

Rujukan

Pautan luar

Templat:FOSS celeb

Linux
Sejarah
Projek GNUInti Linux (sejarah • kemudahalihan dan seni bina disokong) • Kontroversi penamaan • SCO dan Linux • Windows dan Linux • Penerimaan • Hukum Linus • Tux
Pengedaran
Pengedaran Linux (senarai • perbandingan) • Format pakej Linux • LiveDistro (senarai • perbandingan) • Live USB • Mini Linux
Aplikasi
Pelayan • Atas meja • Terbenam • Permainan • Pelanggan nipis