Rusa

Rusa (Jawi: روسا) atau menjangan (Jawi: منجاڠن) adalah haiwan mamalia pemamah biak (ruminan) yang termasuk dalam keluarga Cervidae. Keluarga ini dibahagikan kepada kelompok Cervinae mencakup kijang dan elk dan kelompok Capreolinae mencakup rusa kutub dan moose. Spesies rusa ditemukan di semua benua seluruh dunia kecuali di Australia dan Antartika, spesies rusa paling banyak ditemukan di Asia.

Rusa
Julat zaman: Oligosen Awal–Kini
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Mammalia
Infraorder:Pecora
Keluarga:Cervidae
Goldfuss, 1820
Genus jenis
Cervus
Linnaeus, 1758
Subkeluarga
Taburan asal gabungan semua spesies rusa.
Rusa jantan dan betina di Zoo Negara Malaysia.

Salah satu ciri khas rusa adalah adanya tanduk isitmewa bukan macam tanduk biasa yang merupakan pertumbuhan tulang yang berkembang setiap tahun (biasanya pada musim panas) terutama pada rusa jantan (walaupun ada beberapa pengecualian).

Etimologi

Perkataan "rusa" berpunca daripada akar *uRsa dalam bahasa Proto-Austronesia.[1] Kata-kata seasal daripada akar ini termasuk usá dalam bahasa Tagalog.[1]

Perkataan "menjangan" datang daripada Jawa: ꦩꦼꦚ꧀ꦗꦔꦤ꧀, translit. menjangan.[2]

Taburan habitat

Habitat semula jadi rusa meliputi sebahagian besar Eurasia dan Amerika, dengan kepelbagaian tertinggi tertinggi di Amerika Selatan dan Asia Tenggara. Di Afrika, hanya satu spesies alami sahaja yang masih ada (rusa Atlas), dan hanya terdapat di sebahagian kecil Afrika Utara.[3] Selain itu, manusia telah membawa rusa ke kawasan bukan asli, termasuk Australia, New Zealand, New Guinea dan beberapa pulau Caribbean.

Majoriti spesies lebih suka kawasan hutan tertutup serta terbuka, dan pinggir hutan. Sesetengah spesies, seperti Muntiacus atau rusa pintail biasanya ditemui dalam kawasan tumbuhan lebat, manakala yang lain menunjukkan kecenderungan yang lebih fleksibel, dan kebanyakannya berlaku di lokasi pinggir hutan dengan peralihan kepada landskap yang lebih terbuka. Hanya beberapa spesies seperti rusa kutub atau rusa pampas (Ozotoceros bezoarticus) telah menyesuaikan diri secara langsung dengan tanah lapang. Selain itu, rusa paya (Blastocerus dichotomus) dan rusa air tinggal di kawasan paya. Secara ringkas, kelompok rusa telah mendiami dari tanah pamah hingga tanah tinggi setinggi 5100 m, dan mendiami iklim tropika hingga tundra Arktik.[4][5]

Ciri

Rusa moose (kiri), jenis rusa terbesar dan ilustrasi rusa pudu utara (kanan), spesies rusa terkecil.

Rusa terbesar ialah moose dengan tinggi mencecah 2.6 meter (8 ka 6 in) dan berat 800 kilogram (1,800 lb).[6][7] Elk boleh berketinggian 1.4–2 meter (4 ka 7 in–6 ka 7 in) di bahu, dan memiliki berat 240–450 kilogram (530–990 lb).[8] Rusa pudu utara di Amerika Selatan adalah yang terkecil, dengan ketinggian serendah 32–35 sentimeter (12 12–14 in) di bahu, dan memiliki berat 3.3–6 kilogram (7 1413 14 lb); rusa pudu selatan setikit lebih tinggi dan berat.[9]

Rusa merupakan perenang dan pelompat yang baik. Secara amnya, rusa bersifat ruminan, yakni pemakan tumbuhan, dan memiliki perut empat rongga. Sesetengah rusa seperti di pulau Rùm,[10] boleh makan daging apabila ada.[11]

Warna bulu lazimnya daripada merah hingga perang,[12] tetapi boleh menjadi segelap perang coklat[13] atau kekelabuan seperti dalam elk.[8] Beberapa spesies rusa broket memiliki bulu berwarna kelabu hingga perang kemerahan.[14] Sebilangan spesies seperti cital,[15] rusa fallow[16] and the rusa Sika[17] memiliki bintik putih pada bulu kulitnya yang perang. Bulu kulit rusa kutub memiliki ciri variasi geografi yang ketara.[18] Rusa menyalin kulitnya dua kali setahun;[12][19] dalam rusa merah sebagai contoh, bulu merah nipis pada musim panas diganti sedikit-sedikit dengan bulu perang kekelabuan yang padat pada musim luruh, dan berubah semula pada musim bunga.[20] Penyalinan bulu ini berlaku berdasarkan kesan fotokala.[21]

Tanduk

Semua rusa jantan memiliki tanduk kecuali rusa air, di mana jantan mempunyai taring panjang seperti gading yang mencapai bawah rahang bawahan.[22] Rusa betina secara amnya tiada tanduk, tetapi rusa kutub memiliki tanduk yang kecil dan kurang bercabang berbanding cabang.[23] Kadangkala, betina spesies lain boleh memiliki tanduk seperti rusa merah.

Tanduk dikaitkan dengan kedudukan satu-satu organisma dalam hierarki sosial dan tingkah laku. Sebagai contoh, semakin berat tanduk, semakin tinggi status individu dalam hierarki sosial;[23] jantan bertanduk besar cenderung lebih bersikap agresif dan dominan terhadap organisma lain.[24] Tanduk juga boleh melambangkan kualiti genetik; jantan dengan tanduk lebih besar berbanding saiz badan cenderung memiliki rintangan lebih baik terhadap patogen[25] dan kemampuan pembiakan yang lebih baik.[26] Tanduk juga berupaya memberi perlindungan daripada pemangsa, seperti kes rusa di Taman Negara Yellowstone.[27]

Gigi

Kebanyakan rusa memiliki 32 buah gigi, dengan elk dan rusa kutub mengekalkan gigi kanin atasan, dan dengan itu, miliki 34 gigi.[28] Gigi pipi rusa memiliki hujung sabit dari enamel, yang membolehkan rusa untuk menguyah aneka tumbuhan.[29]

Taksonomi

Rusa (keluarga Cervidae) berada di bahawa Artiodactyla. Keluarga ini pertama kali dijelaskan oleh pakar zoologi Jerman Georg August Goldfuss dalam Handbuch der Zoologie (1820). Tiga subkeluarga diiktiraf: Capreolinae, Cervinae dan Hydropotinae.[30][31]

Percubaan lain pada klasifikasi rusa telah berdasarkan perbezaan morfologi dan genetik.[32] Naturalis Inggeris-Ireland Victor Brooke mencadangkan pada 1878 bahawa rusa boleh dicabangkan kepada dua kelas mengikut ciri-ciri tulang metakarpus kedua dan kelima pada kaki hadapan mereka: Plesiometacarpalia (kebanyakan rusa Dunia Lama) dan Telemetacarpalia (kebanyakan rusa Dunia Baru). Beliau menganggap rusa kasturi sebagai rusa jati, meletakkannya di bawah Telemetacarpalia. Walaupun rusa telemetakarpus hanya menunjukkan unsur-unsur yang terletak jauh dari sendi, rusa plesiometaiarpus mengekalkan unsur-unsur lebih dekat dengan sendi juga.[33] Pembezan berdasarkan nilai kromosom diploid pada lewat abad ke-20 diganggu beberapa ketidakselarian.[32]

Taksonomi luaran

Hingga 2003, rusa kasturi diletakkan sebagai takson saudara Cervidae. Walau bagaimanapun, kajian filogenetik kini menunjukkan bahawa Moschidae dan Bovidae membentuk klad saudara kepada Cervidae. Menurut kajian, Cervidae mencapah dari klad Bovidae-Moschidae dalam 27 ke 28 juta tahun dahulu.[34] Kladogram di bawah adalah berdasarkan kajian tersebut.[34]

Ruminantia
Tragulina

Tragulidae

Pecora

Antilocapridae

Giraffidae

Cervidae

Bovidae

Moschidae


Hubungan dalaman

Kajian filogenetik 2006 tentang hubungan dalaman Cervidae oleh Clément Gilbert dan rakan membahagikan keluarga itu kepada dua kelas utama: Capreolinae (telemetakarpus atau rusa Dunia Baru) dan Cervinae (plesiometakarpus atau rusa Dunia Lama). Kajian pada akhir abad ke-20 mencadangkan percabangan sama dalam keluarga. Kajian ini serta kajian terdahulu menyokong monofili dalam Cervinae, manakala Capreolinae adalah parafiletik. Kajian 2006 mengenal pasti dua keturunan dalam Cervinae, Cervini (terdiri daripada genera Axis, Cervus, Dama dan Rucervus) dan Muntiacini (Muntiacus dan Elaphodus). Capreolinae menampilkan tiga keturunan, Alceini (spesies Alces), Capreolini (Capreolus dan subkeluarga Hydropotinae) dan Rangiferini (Blastocerus, Hippocamelus, Mazama, Odocoileus, Pudu dan Rangifer). Kladogram berikut adalah berdasarkan kajian 2006 ini.[35]

Cervidae
Cervinae (rusa Dunia Lama)
Muntiacini

Kijang Reeves

Rusa jumbai

Cervini

Rusa rang Eropah

Rusa rang Parsi

Rusa Jawa

Rusa sambar

Rusa merah

Rusa Thorold

Rusa Sika

Elk (Wapiti)

Rusa Eld

Rusa Père David

Rusa paya

Axis porcinus

Chital

Capreolinae (rusa Dunia Baru)
Rangiferini

Rusa kutub

Rusa broket merah

Rusa ekor putih

Rusa baghal

Rusa rawang

Rusa broket kelabu

Rusa pudu selatan

Taruca

Capreolini

Rusa roe

Rusa air

Alceini

Moose

Interaksi dengan manusia

Sekawan rusa kutub menarik luncur salji; Rusia, akhir abad ke-19 (fotokrom).

Manusia telah memburu rusa atas pelbagai sebab sejak zaman dahulu, termasuk memperoleh daging makanan dan bulu mereka. Rusa telah menjadi sumber makanan penting sejak zaman hominid awal. Di China, Homo erectus memberi makan kepada rusa sika, manakala rusa merah diburu di Jerman. Di China, rusa terus menjadi sumber makanan utama selama beribu tahun walaupun selepas orang ramai mula bertani, dan ada kemungkinan sika dan rusa lain mendapat manfaat daripada tapak ladang yang sering ditinggalkan.[36] Daging rusa dikenali kerana memiliki kadar nutrisi yang tinggi.[37][38]

Sebaliknya, ia selalunya memburu atas sebab sukan semata-mata, dan kebanyakannya memberi kesan kepada jantan kerana tanduk mereka. Rusa kutub pula telah dijinakkan (secara separa) dan kini berfungsi bukan sahaja sebagai sumber daging dan bulu, tetapi juga dipelihara sebagai haiwan tenusu dan digunakan dalam pengangkutan. Beberapa spesies telah diperkenalkan ke kawasan lain sebagai haiwan pemburu dan taman.

Pada zaman purba, rusa telah menjadi sebahagian budaya dan mitologi di tempat-tempat seperti Mesir Purba dan Yunani Purba. Di samping itu, rusa telah menjadi subjek sastera sejak zaman Sumer, dan juga dipetik dalam kitab-kitab suci seperti Bible dan Rig Veda. Rusa juga sering ditampilkan dalam jata-jata petempatan Eropah.

Isu, ancaman dan pemuliharaan

Peningkatan interaksi antara rusa dengan manusia mengakibatkan beberapa masalah, termasuk kemalangan trafik, kerosakan tanaman, kerosakan harta benda dan penularan penyakit Lyme.[39] Kadangkala, perkembangan populasi yang tak terkawal membawa kepada pemakanan tumbuhan yang berlebihan sehingga menjejaskan ekologi setempat.[39][40] Dalam hal ini, pengurusan rusa kini diamalkan sebagai kaedah pengurusan hidupan liar dalam mengawal selia populasi rusa di sesuatu kawasan, termasuk untuk mengawal saiz populasi, mengurangkan kesan negatif terhadap ekosistem, dan mengekalkan integriti populasi spesies lain.

Pembesaran habitat sesetengah spesies ini ditangkis oleh ancaman-ancaman tertentu, termasuk pemburuan dan pemusnahan habitat. Satu spesies, rusa Schomburgk asal Siam, telah pupus pada 1930-an.[41] Satu lagi spesies, rusa Père David asal China, berjaya terlepas daripada kepupusan melalui pembiakan di kandang Eropah pada sekitar 1900-an, dan setakat 2020, diiktiraf "pupus di liar" oleh IUCN,[42] tetapi usaha penempatan semula sedang giat dijalankan di China.[43] IUCN menyenaraikan sebilangan spesies sebagai terancam kritikal serta terancam, tetapi data tepat masih kekurangan bagi sesetengah spesies.[44]

Rujukan

Pautan luar