Rusa kutub

Rusa kutub (Rangifer tarandus), juga dikenali sebagai karibu (caribou) di Amerika Utara, adalah spesies rusa bertaburan keliling kutub (circumpolar) yang hidup di kawasan-kawasan Artik, subartik, tundra, boreal, dan pergunungan di Eropah Utara, Siberia, dan Amerika Utara; termasuk populasi menetap dan yang menghijrah. Saiz kawana Rangifer sangat berbeza bergantung kepada kawasan geografinya. Kawanan rusa kutub tundra Taimyr (R. t. sibiricus) di Rusia ialah kawanan rusa kutub liar terbesar di dunia,[2] dengan bilanganantara 400,000 dan 1,000,000 ekor. Kwana yang kedua terbesar ialah kawanan karibu hutan jarang  (R. t. caribou)  di Sungai George, Kanada, dengan julat bilangan antara 28,000 dan 385,000 ekor. Malangnya, bilangan rusa tersebut telah menurun kepada lebih sedikit daripada 9,000 ekor sejak Januari 2018 mengikut suatu laporan berita.[3]

Rusa kutub
Seekor rusa kutub di Norway
Pengelasan saintifik e
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Mammalia
Keluarga:Cervidae
Subkeluarga:Capreolinae
Genus:Rangifer
C.H. Smith, 1827
Spesies:
R. tarandus
Nama binomial
Rangifer tarandus
(Linnaeus, 1758)
Habitat haiwan yang bertaburan di Amerika Utara dan Eurasia
Sinonim

Cervus tarandus (Linnaeus, 1758)

Subspesies

Buku Mammal Species of the World (edisi ke-3) mengiktiraf 14 subspesies rusa kutub, di mana 2 daripadanya telah pupus.

subspesies Rangifer tarandus
subspeciesnamatempat penghijrahandivisitaburanberat rusa jantan
R. t. buskensis[4] (1915)hutan jarangRusia dan kawasan yang berjiranantiada data
R. t. caboti** (G. M. Allen, 1914)[Notes 1]karibu Labrador
R. t. caribou (Gmelin, 1788)karibu hutang jarang, (termasuk jenis menghijrah)menetap[Notes 2]hutan boreal (keutaraan)selatan Kanada dan barat laut tanah besar Amerika Syarikat[5]terbesar
R. t. grantikaribu GrantberhijrahAlaska, Amerika Syarikat, dan Yukon, Kanada
R. t. fennicus (Lönnberg, 1909)rusa kutub hutan Finlandhutan jarang
barat laut Rusia dan Finland150–250 kg (330–550 lb)
R. t. groenlandicus (Borowski, 1780)karibu tanah gersang (barren-ground caribou)berhijrahtundraNunavut dan Wilayah Barat Laut Kanada dan barat Greenland150 kg (330 lb)
R. tarandus osborni** (J. A. Allen, 1902)karibu OsbornBritish Columbia, Kanadatiada data
R. t. pearsoni (Lydekker, 1903)Rusa kutub Novaya Zemlyasubspesies pulau yang bergerak setempatNovaya Zemlya, Rusiatiada data
R. t. pearyi (J. A. Allen, 1902)karibu Pearysubspesies pulau yang bergerak setempatkepulauan Artik tinggi Nunavut dan Wilayah Barat Laut, Kanadasubspesies terkecil di Amerika Utara
R. t. phylarchus (Hollister, 1912)rusa kutub Kamchatkahutan jarangSemenanjung Kamchatka dan kawasan yang bersempadanan dengan Laut Okhotsk, Rusiatiada data
R. t. platyrhynchus (Vrolik, 1829)rusa kutub Svalbardsubspesies pulau yang bergerak setempatKepulauan Svalbard Norwaysubspesies terkecil
R. t. sibiricus (Murray, 1866)rusa kutub tundra SiberiaSiberia, Rusiatiada data
R. t. tarandus (Linnaeus, 1758) – cariboukaribu / rusa kutub gunungtundra atau kawasan pergununganTundra Artik semenanjung Fennoscandia, Norwaytiada data
R. t. terraenovae** (Bangs, 1896)karibu Newfoundland
R. t. valentinae**rusa kutub hutanPergunungan Ural, Rusia, dan Pergunungan Altai, Mongoliatiada data
Subspesies Rangifer tarandus yang telah pupus
subspesiesnamamigrasitundrataburanketinggian rusa jantanpupus sejak
R. t. dawsoni (Thompson-Seton, 1900)karibu kepulauan Permaisuri CharlottepupustiadaHaida Gwaii (Kepulauan Permaisuri Charlotte)tiada data1910
R. t. eogroenlandicusrusa kutub Artikpupustiadatimur Greenlandtiada data1900

Ciri-ciri fizikal

Tanduk

Kedua-dua rusa jantan dan betina kebanyakan populasi rusa ini menumbuhkan tanduk; haiwan ini ialah satu-satunya spesies cervid yang bercirikan sedemikian.[6]

Kulit bulu

Warna bulu rusa ini berubah-ubah bergantung kepada musim dan subspesies. Taburan rusa yang terletak di utara lebih berwarna putih dan cerah berbanding taburan rusa selatan yang berwarna lebih gelap. Ini dapat dilihat di Amerika Utara, di mana subspesies utara karibu Peary merupakan subspesies paling kecil di benua ini manakala subspesies karibu hutan jarang di selatan adalah yang paling gelap dan terbesar.[7]

Bulu rusa kutub terdiri daripada dua lapisan bulu: satu lapisan kusut padat dan satu litupan yang terdiri daripada bulu halus yang berongga memerangkap udara.[8][Notes 3] Bulunya berpenebat rendah lalu membolehkannya mengawal suhu teras badan agar berhubungan dengan persekitarannya, thermogradient, bahkan jika suhu naik ke 100100 °F (38 °C).[9] Pada tahun 1913, Dugmore menyatakan bagaimana woodland karibou berenang begitu tinggi keluar dari air, tidak seperti yang lain mamalia, karena mereka kosong, "berisi udara, quill-seperti rambut" bertindak sebagai sokongan "hidup jaket."[10]

Pembiakan dan kitaran hidup

Rusa kutub mengawan pada akhir September sehingga awal November, di mana tempoh kebuntingan adalah sekitar 228-234 hari.[11] Pada musim ini, individu jantan berlaga untuk mendapatkan pasangan yang terbaik - dua rusa jantan akan melaga tanduk masing-masing dan cuba menolak satu sama lain sehingga salah satunya tersungkur. Rusa jantan yang paling dominan bisa mendapatkan sebanyak 15-20 ekor rusa betina untuk dijadikan pasangan. Rusa-rusa jantan tersebut akan berhenti makan pada masa ini lalu kehilangan banyak berat simpanan dalam badan.[12]

Rusa jantan hidup 4 tahun kurang daripada rusa betina di mana jangka hayat maksimumnya ialah sebanyak 17 tahun. Rusa betina bersaiz badan normal dengan gizi secukupnya pada musim panas boleh membiak pada bila-bila masa dari usia satu hingga tiga tahun. Jika sebaliknya berlaku dan rusa betina kekurangan zat, pembiakan tidak dapat dilakukan sepanjang tahun tersebut.[13] Haiwan jantan yang dominan, yakni mempunyai saiz badan dan tanduk yang lebih besar akan mengawan dengan lebih dari satu rusa betina dalam semusim.

Ekologi

Taburan dan habitat

Seekor rusa kutub yang berjalan di Sweden

Rusa kutub asalnya dapat ditemui di Skandinavia, Eropah timur, Greenland, Rusia, Mongolia, dan China utara melebihi garis lintang utara ke-50. Di Amerika Utara, ia ditemui di Kanada, negeri Alaska di Amerika Syarikat dan jangkauan sempadan bersambungan (conterminous) negara tersebut dari Washington ke Maine. Pada abad ke-19, ia mungkin dapat dilihat di kawasan selatan sejauh negeri Idaho. Bahkan ia mungkin didapati secara semulajadi dalam Ireland pada suatu ketika dahulu. Pada lewat zaman Pleistosen, rusa dijumpai di selatan sejauh negeri-negeri Nevada dan Tennessee di Amerika Utara, dan sejauh selatan Sepanyol di Eropah.[14] Hari ini, kawanan rusa liar telah menghilang dari kawasan ini, terutamanya dari bahagian selatan sehingga ia langsung tidak dapat dijumpai. Populasi besar rusa kutub liar masih ditemui di Norway, Finland, Siberia, Greenland, Alaska, dan Kanada.

Pemangsa

Pelbagai pemangsa mangsa banyak memburu rusa kutub, termasuk manusia yang memburu dengan berlebihan di beberapa lokasi sehingga menyumbang kepada penurunan populasi rusa ini. Helang emas memangsa anak rusa terutamanya di kawasan kawanan rusa membiak.[15] Wolverin akan mengambil anak-anak rusa yang baru lahir serta rusa dewasa yang lemah (meskipun ia kurang biasa). Bangkainya barangkali menjadi rebutan rubah, serta burung-burung helang dan raven.

Hubungan dengan manusia

Sebagai sumber makanan

Daging rusa kutub lembut dan kurang lemak, dan ia sangat digemari di negara-negara Scandinavian. Bebola daging rusa ini dijual dalam tin, bahkan sosej dari daging ini turut dijual di pasaraya dan kedai runcit di Alaska dan Finland. Daging ini boleh disediakan secara segarnya, dikeringkan, diawet dengan garam mahupun disalai. Organ dalaman rusa kutub turut digunakan dalam ramuan masakan tradisional tertentu.[16] Malah, daging segar rusa ini yang dihasilkan dan dibungkus di Lapland Finland (Lapin Poron liha) dilindungi pengelasan PDO Eropah untuk tujuan perdagangan.[17][18]

Pengangkutan

Penggunaan rusa sebagai kaedah pengangkutan biasa dalam kalangan orang-orang nomad utara Rusia (sepertimana di Skandinavia). Walaupun kereta luncur yang ditarik oleh 20 ekor rusa bergerak tidak lebih daripada 20-25 km sehari (berbanding 7-10 km dengan berjalan kaki mahupun kereta luncur anjing; 70–80 km sarat dengan kargo, 150-180 km tanpa kargo), kaedah pengangkutan ini lebih berkelebihan atas kebolehan rusa mencari makanannya sendiri berbanding dengan kawanan 5 hingga 7 ekor anjing kereta luncur yang memerlukan 10-14 kg ikan segar setiap hari.[19]

Pemburuan

Rusa kutub liar masih diburu di Greenland dan di Amerika Utara. Haiwan ini merupakan sumber makanan, pakaian, tempat tinggal dan alatan yang pentng dalam gaya hidup tradisional dari masyarakat Inuit, Bangsa-Bangsa Pertama di Kanada, Peribumi Alaska dan Kalaallit Greenland.

Nota

Rujukan